Iklan Tawaran Untuk Mengisi Kekosongan Jawatan - Juruteknik ILSASPrint this page
Date: 13/07/2010
Tenaga Nasional Berhad, sebuah syarikat utiliti elektrik terbesar di Malaysia, mempelawa graduan-graduan yang berminat dan berkelayakan untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai:
JURUTEKNIK (SENGGARAAN AWAM)
Kelayakan:
- Memiliki Sijil Kejuruteraan Awam dari Politeknik atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dengan memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 3.0
dan
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Matematik dan Bahasa Inggeris.
- Umur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan
- Berdaya harap dan boleh mempelajari teknologi baru berkaitan project software
- Mempamerkan semangat kerja berpasukan yang tinggi dan memiliki kecekapan komunikasi (interpersonal) yang baik
- Memiliki Sijil Pelukis Pelan merupakan satu kelebihan.
Tugas & Tanggungjawab:
- Merancang dan mengawasi kerja-kerja senggaraan dan pembaikan.
- Menyelia perlaksanaan projek dan kerja-kerja pembaikan.
- Menjalakan tugas-tugas senggaraan bangunan.
- Menggunakan technical software seperti AUTOCAD dan project management software.
- Membuat lukisan teknik seperti pelan bangunan dan kerja-kerja awam menggunakan AUTOCAD atau perisian teknikal.
- Menyediakan Bil of Quantity atau spesifikasi projek.
- Memastikan semua tugas yang diarahkan oleh Penyelia dilaksanakan dengan cekap dan bertanggungjawab.
JURUTEKNIK (MULTIMEDIA)
Kelayakan:
-
Memiliki Sijil Teknologi Maklumat & Multimedia dari Politeknik atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dengan memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 3.0
dan
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Matematik dan Bahasa Inggeris
- Umur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan Mahir mengendalikan sistem audio
- Mahir dalam video/photo shooting
- Mahir mengendalikan video camera serta alat bantuan mengajar
Tugas & Tanggungjawab:
-
Mengendalikan peralatan AVA/Video/kamera untuk sebarang majlis/kursus
-
Mengendalikan kerja-kerja peyuntingan video/gambar bagi sebarang majlis/kursus yang telah dijalankan
-
Mengendalikan kerja-kerja rekabentuk pengajaran bagi kursus-kursus di ILSAS
-
Menyelia sebarang projek multimedia yang dijalankan oleh pihak ketiga
-
Mengendalikan kerja-kerja senggaraan dan pembaikan peralatan multimedia
-
Memastikan permintaan pelanggan diberi maklumbalas dengan segera.
-
Memastikan semua tugas yang diarahkan oleh Penyelia dilaksanakan dengan cekap dan bertanggungjawab.
Penempatan:
Calon-calon berjaya akan ditempatkan di:
TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd.– ILSAS,
Jalan IKRAM-UNITEN, Karung Berkunci 205,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan
Cara Memohon:
- Permohonan hendaklah menggunakan Borang TNB188C yang boleh juga didapati di pejabat-pejabat TNB yang berhampiran
- Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil Kelahiran, Salinan Transkrip & Kelayakan Akademik, Kad Pengenalan, Resume/CV dan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan), dan dialamatkan kepada:
Pengurus Besar
Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Sumber Manusia
Tingkat 9, Bangunan Ibu Pejabat TNB
129, Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur
- Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat anda.
- Tarikh tutup permohonan ialah pada 24 Julai 2010.
- Hanya calon-calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.