Skim Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik dan Pencantum KabelPrint this page 

TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd - ILSAS kini menawarkan Skim Kekompetenan Penjaya Jentera Elektrik dan Pencantum Kabel kepada sesiapa yang berminat.

Kategori

Pengambilan

Tempoh Kursus

Tarikh Tutup Permohonan

Penjaga Jentera Elektrik

B4 33kV

Disember 2010

20 minggu

13 November 2010

B0 11kV

Mac 2011

20minggu

14 Januari 2011

A4

September 2011

16 minggu

14 Januari 2011

Modul Talian Atas Voltan Rendah

November 2010

2 minggu

13 November 2010

Modul Talian Atas Voltan Tinggi

Februari 2011

2 minggu

14 Januari 2011

Pencantum Kabel

PK1 ( 1 kV )

Disember 2010 & Jun 2011

12 Hari

13 November 2010

PK2 ( 11kV )

Jun 2011

10 Hari

18 Febuari 2011

PK3 ( 33kV )

Julai 2011

10 Hari

18 Febuari 2011

Syarat-syarat Kemasukan Skim Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik & Pencantum Kabel (yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga)

KELAYAKAN ASAS

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak kurang dari 20 tahun
  • Tamat tingkatan lima sekolah bantuan penuh kerajaan
  • Pengalaman kerja tidak kurang daripada 3 tahun di persekitaran yang mempunyai kelengkapan elektrik dan mengawal kelengkapan elektrik hidup. Pemohon dikehendaki mengemukakan buku log kerja harian sebagai bukti bagi tempoh tersebut semasa sesi temusoal
  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia

KELAYAKAN TEKNIKAL PENJAGA JENTERA

  • Kategori A4
    • Memiliki syarat-syarat di atas serta pemegang perakuan kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik dari kategori di bawah ini:
      • Kategori A0 tidak kurang daripada 2 tahun atau
      • Kategori A1 tidak kurang daripada 1 tahun
  • Kategori B0
    • Memiliki syarat-syarat di atas serta pemegang perakuan kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik dari kategori di bawah ini:
      • Kategori A4 tidak kurang daripada 2 tahun
  • Kategori B4
    • Memiliki syarat-syarat am di atas serta pemegang perakuan kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik dari salah satu kategori di bawah ini:
      • Kategori B1 tidak kurang daripada 1 tahun atau
      • Kategori B0 tidak kurang daripada 2 tahun
  • Modul Talian Atas Voltan Rendah
    • Memiliki perakuan kekompetenan A0 tidak kurang 2 tahun
    • Memiliki buku log yang lengkap berkaitan kerja-kerja dan pengalaman di atas yang telah disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan
    • Nota:
      • Modul ini digunakan untuk menggantikan pengalaman bagi calon-calon persendirian menduduki peperiksaan terbuka yang diuruskan oleh pejabat-pejabat kawasan Suruhanjaya Tenaga
      • Modul ini tidak boleh digunakan bagi melayakkan calon-calon menduduki mana-mana kategori kursus separuh masa yang dijalankan oleh institusi atau mana-mana institusi lain yang ditauliahkan

KELAYAKAN TEKNIKAL PENCANTUM KABEL

  • PK1
    • Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang dari 3 tahun dalam bidang mencantum,menyambung dan menamatkan kabel
    • Bekas atau kakitangan LLN / TNB / LLS / SESB / SESCO/ SEB (dengan surat sokongan, pengesahan kerja-kerja mencantum, menyambung dan menamatkan kabel)
    • Pemegang Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik AO dengan pengalaman kerja elektrik tidak kurang dari 3 tahun atau pemegang perakuan PJE yang lebih tinggi dengan pengalaman kerja elektrik tidak kurang dari 2 tahun
  • PK 2 (11kV)
    • Memiliki syarat-syarat di atas serta pemegang perakuan kekompetenan Pencantum Kabel dari kategori di bawah ini:
      • Kategori PK1 tidak kurang daripada 1 tahun
  • PK 3 (33 kV)
    • Memiliki syarat-syarat di atas serta pemegang perakuan kekompetenan Pencantum Kabel dari salah satu kategori di bawah ini:
      • Kategori PK2 ( 11kV ) tidak kurang daripada 1 tahun
      • Kategori PK3 ( 22kV ) tidak kurang daripada 1 tahun

Cara-cara Memohon

  • Muat turun borang permohonan ini, yang juga boleh diperolehi di Pejabat Koordinator Program Persijilan Teknikal di Blok B, Bilik B0-07, TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd (ILSAS)
  • Borang permohonan yang lengkap hendaklah dimajukan atau dipos ke alamat:

Koordinator
Skim Kekompetenan
TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd - ILSAS
Jalan IKRAM-UNITEN,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

  • Borang permohonan tidak lengkap atau tidak ditandatangani tidak akan dilayan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: