Iklan Kekosongan Jawatan - Penolong Juruteknik Tingkatan BiasaPrint this page 

Tawaran adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan yang disyaratkan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Penolong Juruteknik Tingkatan Biasa di Tenaga Nasional Berhad.

Huraian Tugas & Tanggungjawab

  • Menjalankan tugas-tugas kendalian dan pengawasan terhadap loji stesen janaelektrik (Termal / Hidro)
  • Memahami secara umum kaedah-kaedah keselamatan, menjalani latihan pencegah kebakaran dan tindakan kecemasan (Emergency Preparedness And Response - EPR).  Menjadi ahli pasukan pemadam kebakaran dan EPR bila berlaku kebocoran minyak dan bahan kimia
  • Memahami fungsi-fungsi loji dan mesin-mesin bantu di dalam kawasan rondaan
  • Menjalankan rondaan diseluruh kawasan stesen janaelektrik dan memastikan semuanya berfungsi dengan baik dan selamat
  • Mengambil bacaan log seperti tercatat di dalam logsheet yang disediakan dan majukan kepada Penyelia untuk disemak dan diperiksa. Logsheet berkenaan perlu difailkan dengan kemas kerana ianya adalah merupakan rekod ISO
  • Peka dengan nilai-nilai dan fakta-fakta kendalian termasuk had-had kendalian penggera (alarms) dan pelantikan loji
  • Melaporkan segala kecacatan loji dengan tepat dan jelas kepada Juruteknik Tingkatan Tertinggi / Kanan
  • Kerja-kerja pengasingan (isolation) loji mengikut peraturan keselamatan yang telah digariskan
  • Kerja-kerja pemulihan (normalization) dan pengujian bila sesuatu system atau mesin hendak dimulatugaskan
  • Kerja-kerja memulatugas dan hentitugas semua alatbantu berkaitan seperti pam, pemampat, kipas dan sebagainya
  • Kerja-kerja penukaran penyejuk, pemindah haba dan penapis (Coolers, heat exchangers & strainers)
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti kendalian mengikut prosedur ISO
  • Bersedia dalam setiap masa untuk bertindak dalam keadaan kecemasan seperti yang dinyatakan dalam Black Start Procedure

Syarat-syarat Kelayakan

  • Memiliki Sijil Kejuruteraan Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf termasuklah pemegang-pemegang Sijil Kejuruteraan dari Institut Kemahiran MARA (IKM) atau institusi pengajian lain yang memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (Bidang Elektrikal / Mekanikal)
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kredit mata pelajaran Bahasa Malaysia dan salah satu matapelajaran lain sama ada Matematik atau Sains
  • Sihat tubuh badan tanpa penyakit kronik

Penempatan

Stesen-stesen Janaelektrik, Bahagian Penjanaan, TNB di seluruh Malaysia

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan secara online. Sila layari http://emadis.tnb.com.my

Sekiranya anda tidak dimaklumkan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh iklan ditutup, anda tidak disenarai pendek untuk jawatan yang dipohon. Hanya pemohon yang disenaraipendek dijemput untuk menduduki sesi pemilihan seterusnya iaitu temuduga.

Tarikh Tutup: 16 Mei 2011