Iklan Jawatan Kosong : Juruteknik Tingkatan BiasaPrint this page 

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk dipertimbangkan bagi mengisi kekosongan jawatan Juruteknik Tingkatan Biasa, di Bahagian Pembahagian TNB di seluruh Semenanjung Malaysia.

- Permohonan terbuka kepada Calon Luar sahaja.
(Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak-Anak Syarikat TNB)

Syarat-syarat kelayakan:

- Warganegara Malaysia.                                         
-  Mempunyai Sijil dalam bidang Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) atau Elektrik & Elektronik dari Politeknik tempatan dan universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan. 
-  Minimum CGPA 3.00 bagi peringkat Sijil 
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia dan lulus dalam matapelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.
- Tidak rabun warna dan sihat tubuh badan (tidak menghidap sebarang penyakit kronik).
- Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan. 
- Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer.
- Boleh bekerja dalam satu pasukan.
- Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.
- Hanya terhad kepada calon lelaki sahaja.

Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan secara 'on-line'. Sila layari laman web seperti di bawah:
- http://emadis.tnb.com.my

Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui 'link' di atas, serta permohonan secara manual (borang) tidak akan dilayan. Hanya pemohon yang telah disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 2 bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan adalah dianggap tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

Encik Muhamad Azwan bin Mohd Zain
Tel : 03-79679000 ext 1209 E-mail : mazwan.mzain@tnb.com.my
Encik Wan Faizul Azahar bin Wan Mansor
Tel : 03-79679000 ext 9396 E-mail : faizulazahar@tnb.com.my
Encik Ahmad Hasnulfitri bin Che Kamaruddin
Tel : 03-79679000 ext 1202 E-mail : hasnulfitri.ck@tnb.com.my

Tarikt Tutup Permohonan : 7 September 2012