FAQs on BM - Tarif

Bilakah  semakan  semula  tarif  ini  akan berkuatkuasa?

• Semakan  semula  tarif  akan  berkuatkuasa  pada  1Januari 2014

Apakah  purata  tarif  yang  baru  dan  berapakah kadar kenaikan tarif elektrik?

 Secara  umumnya,  purata  tarif  baru  adalah  pada 38.53sen/kWj  untuk  semua  kategori  tarif  elektrik. Ini  bersamaan  dengan  peningkatan  sebanyak 14.89%  daripada  tarif  sebelumnya  iaitu 33.54sen/kWj.

Apakah  purata  tarif  baru  bagi  kategori pelanggan utama  - cth. Domestik, Perindustrian dan Komersial?

Kenaikan  purata  tarif  bagi  kategori  pelanggan utama adalah seperti berikut:

 - Domestik: 31.66sen/kWj  (peningkatan 10.6% daripada tarif sebelumnya 28.63sen/kWj)

 - Perindustrian: 36.15sen/kWj (peningkatan  16.85% daripada tarif sebelumnya 30.94sen/kWj)

 - Komersial: 47.92sen/kWj  (peningkatan 16.85% daripada tarif sebelumnya 41.01sen/kWj)

Apakah kesan kepada pengguna Domestik?

• Tarif  elektrik  akan  meningkat  sebanyak  purata 10.60% bagi kategori  pelanggan Domestik.

• Walau  bagaimanapun,  pelanggan  domestik dengan  penggunaan  bawah  300kWj  tidak  akan mengalami  sebarang  kenaikan  dan  akan  terus menikmati  kadar sedia ada:

   - 21.80  sen/kWj  untuk  penggunaan  bulanan  0 hingga  200kWj  (Jalur  Penggunaan  Asas)

     (tiada perubahan sejak 1997)

   - 33.40  sen/kWj  untuk  penggunaan  bulanan 201  hingga  300kWj  (tiada  perubahan  sejak 2009)

• Terdapat  3.25  juta  dan  1.31  juta  pelanggan masing-masing  pada  0  –  200kWj  dan  201  –  300 kWj jalur penggunaan Domestik (TK2012). Oleh itu jumlah  pelanggan  domestik  yang  tidak  terjejas oleh  kenaikan  tarif  adalah  4.56  juta  atau  70.67% daripada 6.45 juta jumlah pelanggan  domestik.

• Dalam  hal  ini,  pelanggan  dengan  bil  bulanan RM77.00  dan  ke  bawah  tidak  akan  mengalami sebarang kenaikan  tarif.

Adakah Kerajaan akan terus memberikan  rebat elektrik kepada pelanggan  domestik yang menggunakan kurang daripada  RM20 (bersamaan  dengan 91 kWj) elektrik  setiap bulan?

• Rebat  daripada Kerajaan kepada pengguna domestik  yang  menggunakan elektrik sehingga RM20 sebulan masih dikekalkan.

• Terdapat kira-kira 1 juta pelanggan domestik dalam kategori ini.

Adakah diskaun kepada pelanggan-pelanggan terpilih seperti institusi pendidikan, institusi kebajikan dan tempat ibadat masih dikekalkan?

• Ya 10% diskaun kepada pelanggan-pelanggan berikut masih dikekalkan:

   - sekolah-sekolah kerajaan dan institusi kerajaan pengajian tinggi

   - institusi pendidikan yang sebahagiannya dibiayai oleh kerajaan

   - tempat-tempat ibadat

   - rumah-rumah kebajikan yang berdaftar dengan kerajaan

• Diskaun 10% juga diberikan kepada hospital pengajar universiti yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran (USM, UKM dan UM).

Siapakah yang bertanggungjawab untuk kaedah pengiraan  tarif dan penetapan tarif?

Kadar tarif elektrik ditentukan oleh pihak kerajaan

Apakah komponen kos dalam membekalkan elektrik kepada pengguna?

• Komponen  kos  utama  dalam  membekalkan elektrik  yang  berkaitan  dengan  penjanaan, penghantaran  dan  pengagihan  elektrik  kepada pengguna akhir adalah:

  - Kos  bahan  api  (seperti  arang  batu,  gas  dan lain-lain  jenis  bahan  api  yang  digunakan oleh stesen janakuasa)

  - Kos  pembelian  tenaga  elektrik  daripada Pengeluar  Tenaga  Bebas  (IPP)  dan penjanaan  stesen janakuasa  TNB.

  - Kos penyelenggaraan dan operasi

  - Perolehan bahagian  dan peralatan

  - Perbelanjaan  modal  untuk  membina  dan membaik  pulih  projek-projek  infrastruktur  -contohnya  rangkaian  pengagihan  dan penghantaran,  sub-stesen,  pusat  kawalan dan  loji  janakuasa  (termasuk  kos kewangan).

Apakah yang dimaksudkan dengan kawal selia berinsentif (Incentive Based Regulations  - IBR)?

• IBR adalah mekanisme yang digunakan secara meluas di seluruh dunia tanpa mengira struktur 

pasaran dan diperkenalkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) pada tahun 2012 untuk memastikan sektor industri bekalan elektrik yang berterusan melalui pulangan yang telus dan adil yang menggalakkan kecekapan maksimum.

• Pelaksanaan IBR memastikan TNB beroperasi secara cekap dan mengenakan caj yang kompetetif kepada pelanggan. Kecekapan ini dinilai dari masa ke masa melalui satu rangka kerja insentif yang berasaskan ganjaran dan penalti.

• Kualiti perkhidmatan dan prestasi kepada pengguna dikekalkan manakala TNB mendapat insentif yang tepat untuk meningkatkan prestasi dan menambah pelaburan secara berterusan.

• Tempoh pelaksanaan IBR adalah selama 4 tahun (tahun 2014-2017).

Apakah Pelepasan Kos Ketidakseimbangan (Imbalance Cost Pass Through - ICPT)?

• Pelepasan Kos Ketidakseimbangan (ICPT)  adalah mekanisme  yang  membolehkan  TNB  sebagai utiliti  untuk  mencerminkan  perubahan  (sama  ada peningkatan  atau  pengurangan)  daripada  kos bahan  api  yang  tidak  terkawal  dalam  tarif  elektrik setiap 6 bulan.

• Kuantum  ICPT dikira  dengan  membandingkan kos  bahan  api  penjanaan  sebenar  dengan ramalan  daripada  enam  bulan  sebelumnya.  ICPT ini  hanya  terpakai  kepada  komponen  caj  tenaga dalam bil pengguna. 

• Sekiranya  belaku  pengurangan  dalam  kos  bahan api,  TNB  juga  akan  memindahkan  pengurangan tersebut kepada pengguna.

Apakah kesan daripada semakan semula tarif itu kepada pelanggan-pelanggan Komersial dan Perindustrian?

• Pelanggan  komersil  dan  industri  akan  mengalami purata  peningkatan  sebanyak  16.85%  dalam  bil bulanan mereka.

• Sementara  pelanggan  perindustrian  pada  Tarif Perindustrian  Khas  (SIT)  akan  mengalami peningkatan  purata  18.85%  ke  atas  bil  elektrik bulanan mereka.

• Butiran analisis impak dinyatakan di dalam dokumen Rates (1 January 2014)

 

Kajian semula tarif yang lepas telah dilaksanakan pada bulan Jun 2011, Apakah kewajaran semakan tarif baru-baru ini?

• Semakan  semula  tarif  baru-baru  ini  adalah dikaitkan  dengan  kenaikan  kos  input  iaitu  kos bahan api:

   - Peningkatan  gas  paip  daripada RM13.70/mmBTU  kepada  RM15.20mmBTU (1000 mmscfd)

   - LNG pada harga pasaran RM41.68/mmBTU

   - Arang  batu  pada  USD87.50/tan  (CIF@CV 5500 kcal/kg)

• Untuk  memenuhi  pelaburan  dalam infrastruktur  bekalan  elektrik  bagi  memastikan bekalan  elektrik  yang  berdaya  harap  dan berterusan  kepada pelanggan.

• Bagi menampung perubahan kos operasi pada masa akan datang.

TNB  telah  melaporkan  pendapatan  yang  baik  bagi suku  tahun lepas.  Adakah semakan semula  tarif (kenaikan 4.99 sen/kWj) baru-baru ini wajar? 

• 78.60%  daripada  kenaikan  tarif  adalah  disebabkan oleh  kenaikan  harga  gas  daripada  RM13.70/mmbtu kepada  RM15.20/mmbtu  dan  harga  LNG  sebanyak RM41.68/mmbtu.  Manakala  3.4%  kenaikan  harga  arang batu iaitu sebanyak  USD 87.50/MT .

• Cuma  18%(atau  0.9  sen/kWj  sahaja  baki  yang  tinggal bagi  menampung  peningkatan  kos  operasi  serta pelaburan  yang  diperlukan  dalam  infrastruktur industri  bekalan  elektrik  agar  bekalan  tenaga  elektrik yang mampan dan berdaya  harap dapat dikekalkan.

• TNB  melabur  kira-kira  RM3.5  bilion  sehingga  RM4.0 bilion  setiap  tahun  untuk  bekalan  dan  sistem peningkatan  baru  pada  rangkaian  pengedarannya. Selain  itu,  TNB  juga  melabur  di  antara  RM2  bilion kepada  RM2.5  bilion  setiap  tahun  untuk  peningkatan rangkaian  penghantaran  dan pembangunan.

Mengapakah  ada  keperluan  untuk merasionalkan  subsidi  harga gas  secara berperingkat  sehingga  ia  mencecah  harga pasaran?

• Peralihan  harga  tenaga  secara  berperingkat sehingga  mencapai  harga  pasaran  akan  memberi nilai  maksimum  kepada  ekonomi  dalam menyediakan  asas  untuk  pembangunan  sektor tenaga  yang  lebih  mampan.  Penetapan  harga  gas berasaskan  prinsip  pasaran  akan  memastikan pengagihan  sumber  tenaga  secara  efektif  kos, selaras  dengan  hala  tuju  negara  ke  arah  ekonomi berpendapatan tinggi menjelang  tahun 2020.

• Pada  Mac  2009,  Kerajaan  telah  memutuskan  supaya harga  gas  akan  disemak  setiap  enam  bulan. Walaubagaimanapun,  keputusan  tersebut  tidak dilaksanakan  memandangkan  krisis  kewangan global  pada ketika  itu.  Penyelarasan  harga  gas sebelumnya  adalah  pada  Jun  2011  daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU.

Adakah sebarang perubahan dalam struktur tarif baru untuk pelanggan Domestik?

Sektor  Domestik  kini  telah  direka  semula kepada  5  jalur  daripada  9  jalur  sebelumnya. Perubahan  ini  adalah  selaras  dengan  usaha berterusan  TNB  untuk  meningkatkan  reka bentuk  tarif  serta  untuk  meringkaskan struktur tarif daripada pelanggan.

Adakah Tarif Perindustrian  Khas (SIT) (untuk pelanggan  yang layak dikekalkan)?

• Tarif  Perindustrian  Khas  (SIT)  dikekalkan dan  pelanggan  dalam  kategori  ini  akan mengalami  semakan  semula  tarif  kira-kira 18.85%.  Ini  adalah  selaras  dengan  usaha Kerajaan  untuk  mengurangkan  secara berperingkat  subsidi kepada pelanggan SIT .

• Walaupun  dengan  semakan  ini,  pelanggan SIT  akan  terus  menikmati  kadar  tarif diskaun,  berbanding  dengan  kadar  bagi pengguna Perindustrian biasa.

• Tambahan  pula,  kerajaan  juga  telah membuat  keputusan  bagi  membenarkan pengendali  pembetungan  dan  air  untuk secara  automatik  layak  menikmati  Tarif Perindustrian  Khas (SIT).

Bagaimanakah  dengan mengambil inisiatif  EE dan pembangunan bijak  tenaga bersih boleh diperbaharui  akan memastikan Malaysia berpotensi  untuk meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga bukannya meningkatkan kapasiti rizab serta kapasiti simpanan yang tinggi?

• Perlu  diperhatikan  bahawa  penjanaan  elektrik daripada  sumber  RE  adalah  sangat  mahal  (iaitu tidak  berdaya  saing)  berbanding  sumber konvensional  khususnya  untuk  penjanaan elektrik berskala besar. 

• Selain  itu,  teknologi  terkini  RE  hanya membenarkan  penjanaan  tenaga  dalam  kapasiti dan skala  yang  terhad.

Back to previous page