TNB Tangani Isu Hutang Lapuk Bil Elektrik PenggunanyaPrint this page
Date: 03 August 2005
Kuala Lumpur, 2 Ogos 2005 - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperkenalkan satu lagi inisiatif untuk mendapatkan semula hutang-hutang lapuk daripada bil elektrik yang tidak dijelaskan oleh penggunanya disebabkan akaun mereka telah ditutup. Ini berlaku kerana pengguna terbabit meninggalkan premis tanpa menjelaskan bil elektrik atau tidak dapat dikesan oleh TNB sebelum ini. Bagi melaksanakan inisiatif ini, TNB telah melantik CCR Networks Sdn. Bhd. sebagai agennya bagi tujuan mengutip hutang lapuk daripada bil elektrik yang tidak dijelaskan di seluruh negara untuk tempoh masa setahun mulai 1 Januari 2005 hingga 31 Disember 2005. Sebagai panduan kepada pengguna TNB, agen tersebut memakai kad kuasa CCR Networks Sdn. Bhd. sebagai agen yang dilantik oleh TNB dan juga surat pengesahan daripada TNB untuk menjalankan tugas bagi pihak TNB. Untuk maklumat kepada pengguna-pengguna TNB, akaun-akaun yang diserahkan kepada CSR Networks Sdn. Bhd., itu adalah hanya akaun bukan kerajaan, dimana akaun-akaun tersebut :- 1. Yang telah ditutup (vacated accounts) dan mempunyai tunggakan 2. Yang tidak dalam proses tindakan undang-undang oleh TNB 3. Yang tidak berada dalam kes perbincangan dengan pengguna (disputed cases) Pengguna-pengguna TNB yang terlibat adalah dinasihatkan untuk membuat bayaran melalui kaunter TNB atau di mana-mana agensi bayaran setempat sedia ada. Bayaran tunai, cek dan kad kredit juga boleh dibuat. Sekiranya pengguna terbabit ingin membuat bayaran terus kepada agen TNB iaitu CCR Networks Sdn. Bhd., agen itu dibenarkan oleh TNB untuk menerima bayaran melalui cek sahaja yang ditulis atas nama TNB. Satu resit khas akan dikeluarkan oleh CCR Networks Sdn. Bhd. kepada pengguna tersebut sebagai bukti pembayaran. CCR Nertworks Sdn. Bhd., adalah dipertanggungjawabkan oleh TNB untuk mengutip hutang dalam jumlah yang sepenuhnya. Sebarang pembayaran sebahagian daripada jumlah penuh atau ‘partial payment’ bagi tujuan penyelesaian pembayaran tidak dibenarkan sama sekali. Syed Hidzam Osman Pengurus Kanan (Perhubungan Media) Tenaga Nasional Berhad