FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Hari Terbuka UNITEN 2014

18/03/2014

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) akan mengadakan Hari Terbuka pada 22 Mac 2014 (Sabtu) di kampus induknya di Kolej Teknologi Maklumat, Kampus Putrajaya.

Pelbagai acara menarik telah disediakan untuk para pengunjung seperti pameran pendidikan dan kerjaya dari Kolej Pengajian Asas dan Umum, Kolej Kejuruteraan, Kolej Teknologi Maklumat, Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan serta Kolej Pengajian Siswazah. Kaunter khidmat nasihat dan kaunseling serta kaunter bantuan pembiayaan dari institusi kewangan juga turut disediakan.

Tawaran istimewa turut disediakan untuk pengunjung pada Hari Terbuka seperti pemohon akan menerima surat tawaran yang akan dikeluarkan serta-merta untuk bakal pelajar yang memenuhi syarat-syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan. Paling menarik, pemberian diskaun 100% bagi yuran memproses permohonan dari para pemohon dari kalangan warganegara Malaysia. Selain dari itu, pengecualian Bayaran Menunjukkan Kesungguhan (BMK) sebanyak RM300 akan diberi kepada 100 orang pelajar pertama yang berjaya ditawarkan semasa Hari Terbuka UNITEN.

Bagi bakal pelajar yang masih mencari program untuk menyambung pengajian mereka, mereka juga berpeluang berinteraksi secara langsung dengan para pensyarah dan warga akademik UNITEN.

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila layari www.uniten.edu.my atau hubungi 03-89212020.