FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Status Bekalan Elektrik di Pahang, Terengganu pada 13 Disember 2013, jam 10.00 pagi.

12/12/2013

Berikut adalah laporan terkini situasi bekalan elektrik di negeri Pahang dan Terengganu setakat hari ini, 13 Disember 2013, jam 10.00 pagi. Kebanyakan kawasan di kedua-dua negeri ini telah pulih bekalan elektriknya dan hanya beberapa kawasan yang masih bergantung kepada set-set janakuasa (generator set). Sejumlah lima set janakuasa disediakan di Pahang, iaitu Kuantan satu set, Triang dua set dan Pekan dua set. Manakala, hanya satu set janakuasa ditempatkan di Kemaman, Terengganu.