FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN, PLEASE CALL 15454
FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Choose by categories:

Tarif & ICPT

Butiran-butiran Penting

1. Berapakah jumlah ICPT yang akan dilepaskan kepada pengguna?

Perlaksanaan Imbalance Cost Pass-Through (ICPT) bagi tempoh 1 Januari 2019 hingga 30 Jun 2019, adalah seperti berikut:

a) Kadar tarif asas kekal pada 39.45 sen/kWj.

b) Kenaikan kos bahan api dan penjanaan bagi tempoh 1 Julai – 31 Disember 2018 telah menyebabkan terdapat kos lebihan penjanaan sebanyak RM1,820 juta.

c) Surcaj bagi pengguna domestik berjumlah RM 308 juta, ditampung menggunakan dana dari Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) bagi meringankan beban rakyat.

d) Sebahagian surcaj bagi pengguna bukan domestik berjumlah RM 564 juta, akan ditampung dengan menggunakan penjimatan daripada pelarasan kos dan hasil Tenaga Nasional Berhad bagi tahun 2018, seperti yang dipersetujui semasa rundingan kawal selia kedua IBR di bawah kerangka Incentive-Based Regulation (IBR Regulatory Period 2 – RP2 : 2018-2020). Oleh itu, hanya baki kos ICPT sebanyak RM 948 juta dilepaskan kepada pengguna bukan domestik.

Jadual Kadar ICPT yang Terkini:

Pengguna Domestik Pengguna Bukan Domestik

Kadar ICPT bagi pengguna domestik adalah seperti berikut :

a. Pengguna domestik dengan penggunaan bulanan sebanyak 300 kWj dan ke bawah : Tidak tertakluk  dengan pelaksanaan ICPT.

b. Pengguna domestik dengan penggunaan 300kWh dan ke atas : tidak terjejas dengan perlaksanaan surcaj ICPT kerana ianya ditampung menggunakan dana dari Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE). Oleh yang demikian, kadar ICPT ditetapkan pada kadar  0 sen/kWj

Kadar surcaj ICPT bagi pengguna bukan domestik dikenakan secara berfasa iaitu :

a. Bagi tempoh 1 Januari 2019 sehingga 28 februari 2019 : Kadar surcaj ICPT dikekalkan pada kadar  1.35 sen/kWj

b. Bagi tempoh 1 Mac 2019 hingga 30 Jun 2019:  kadar surcaj ICPT sebanyak 2.55 sen/kWj akan dikenakan.

* Pengguna domestik merujuk kepada pengguna kediaman
* Pengguna bukan domestik merujuk kepada pengguna komersil, industri dan lain-lain

2. Siapakah yang akan terlibat dengan surcaj ICPT ini?

Surcaj ICPT ini hanya akan dikenakan kepada pengguna bukan domestik.

Tiada surcaj akan dikenakan kepada semua pengguna domestik kerana ianya ditampung menggunakan dana dari Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE). Oleh yang demikian, ICPT surcaj untuk pengguna domestik ditetapkan pada kadar 0 sen/kWj. Bagi pengguna domestik dengan penggunaan bulanan sebanyak 300 kWj (RM77.00) dan ke bawah, mereka tidak tertakluk kepada mekanisma ICPT.

3. Mengapakah pengguna Domestik dengan penggunaan bulanan sebanyak 300 kWj (RM 77.00) dan ke bawah tidak terlibat dengan perlaksanaan ICPT ini?

Pengguna Domestik dengan penggunaan bulanan sebanyak 300 kWj (RM77.00) dan ke bawah tidak terlibat dengan penyelarasan tarif sebelum ini iaitu:

i. Kadar tarif bagi pengguna dalam Jalur Penggunaan Asas (0-200 kWj) telah dikekalkan pada 21.8 sen / kWj sejak tahun 1997; dan

ii. Kadar tarif bagi jalur penggunaan 201-300 kWj telah dikekalkan pada 33.4 sen / kWj sejak tahun 2009.

Selain daripada itu, kerajaan memperuntukkan pemberian subsidi elektrik sebanyak RM 40.00 khusus kepada pengguna domestik golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan program e-kasih. Pengguna-pengguna dari golongan ini tidak terlibat dengan perlaksanaan ICPT ini.

Mengapa kadar surcaj baru ICPT untuk pengguna bukan domestik dikenakan secara berperingkat?

Tempoh kadar ICPT adalah efektif pada 1 Januari 2019 sehingga 30 Jun 2019. Walaubagaimanapun, kadar surcaj ICPT 1.35 sen/kWj dikekalkan dari 1 Januari 2019 – 28 Februari 2019 dan  kadar surcaj baru ICPT iaitu 2.55 sen/kWj, akan mula dikenakan bermula 1 Mac 2019 sehingga 30 Jun 2019.

Pelaksanaan berperingkat surcaj ICPT ini merupakan “once-off”, dimana ia bertujuan untuk memberikan notis siap sedia bagi perancangan kewangan yang lebih berkesan kepada pengguna bukan domestik.

Apakah yang dimaksudkan dengan Imbalance Cost Pass-Through (ICPT)?

ICPT adalah mekanisma di bawah rangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (Incentive Based Regulation, IBR) yang membolehkan TNB sebagai utiliti untuk mencerminkan perubahan (sama ada peningkatan atau penurunan) kos bahan api dan penjanaan untuk dilepaskan kepada pengguna melalui tarif elektrik setiap enam (6) bulan bagi tujuan pelarasan dalam bentuk rebat atau surcaj.

Apakah faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kos ICPT?

Antara faktor utama yang menyumbangkan kepada peningkatan kos ICPT di Semenanjung bagi tempoh tersebut ialah peningkatan harga purata bahan api arang kepada USD97.835/tan metric, berbanding harga yang telah diunjurkan dalam tarif asas bagi tempoh kawal selia kedua IBR (Regulatory Period 2 – RP2 : 2018-2020) iaitu USD75/tan metrik. Peningkatan harga bahan api arang batu adalah diluar kawalan Kerajaan kerana ia adalah berasaskan harga pasaran global.

Apakah itu Kumpulan Wang Industri Elekrik (KWIE)?

Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) merupakan satu tabung yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Tenaga (ST). Matlamat penubuhan KWIE adalah untuk menguruskan atau mengawal impak tarif elektrik terhadap pengguna.

Siapakah yang bertanggungjawab untuk menentukan kaedah pengiraan ICPT?

Suruhanjaya Tenaga selaku pengawal selia sektor tenaga di Malaysia bertanggungjawab menentukan kaedah pengiraan ICPT, tertakluk kepada kelulusan Kerajaan setiap enam (6) bulan.

Apakah komponen-komponen di dalam mekanisma ICPT?

Terdapat 2 komponen utama di dalam ICPT:

  • FCPT: ialah komponen Pelepasan Kos Bahan Api yang melibatkan perubahan kos bahan api (gas asli berpaip, gas asli secair (Liquefied Natural Gas, LNG) dan arang batu) akibat daripada perubahan harga pasaran bahan api, kuantiti bahan api, campuran bahan api untuk penjanaan elektrik, pertukaran wang asing dan lain-lain.

  • GSCPT: ialah Pelepasan Kos Spesifik Penjanaan yang melibatkan perubahan dalam kos penjanaan yang lain berkaitan Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement, PPA & Perjanjian Tahap Perkhidmatan (Service Level Agreements, SLA) dan kontrak perolehan bahan api seperti Perjanjian Bekalan Arang Batu (Coal Supply Agreement, CSA), Perjanjian Bekalan Arang Batu dan Pengangkutan (Coal Supply and Transportation Agreement, CSTA), Perjanjian Bekalan Gas (Gas Supply Agreement, GSA) Perjanjian Rangka Kerja Gas (Gas Framework Agreement, GFA) dan lain-lain

Bagaimanakah jumlah ICPT yang dilepaskan kepada pengguna ditentukan?

Jumlah ICPT adalah berdasarkan perbezaan di antara anggaran kos sebenar bahan api dan kos penjanaan untuk enam (6) bulan tertentu berbanding dengan kos bahan api dan penjanaan yang telah ditetapkan di dalam pengiraan Tarif Asas.

Sejak pelaksanaannya pada tahun 2014 sehingga Jun 2018, sejumlah RM6.3 bilion rebat ICPT dan subsidi telah dilepaskan kepada pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia. Berikutan peningkatan harga arang batu semasa yang telah memberi kesan terhadap peningkatan kos bahan api dan penjanaan dari Julai 2018 sehingga Jun 2019, sejumlah RM2.5 billion surcaj ICPT telah dilepaskan kepada pengguna elektrik bukan domestik di Semenanjung Malaysia.

Bagaimanakah caj ICPT akan memberi kesan terhadap bil elektrik saya?

  • Caj ICPT adalah caj yang dikenakan untuk setiap kWj tenaga elektrik yang digunakan. Caj ICPT adalah komponen boleh ubah dalam bil elektrik di mana kadar ICPT adalah berdasarkan penggunaan tenaga elektrik anda pada setiap bulan.
  • ICPT adalah caj yang dilepaskan secara terus dan pengiraannya adalah mengikut penggunaan bulanan tenaga elektrik dalam unit kWj didarab dengan kadar ICPT (sen/kWj). Caj ICPT ini kemudiannya akan ditambah atau ditolak daripada jumlah bil semasa anda.

Adakah semua pengguna membayar jumlah yang sama untuk caj ICPT?

Jumlah caj ICPT pada bil elektrik anda mungkin berbeza daripada jiran anda kerana ia bergantung kepada jumlah penggunaan tenaga elektrik (kWj) sebulan. Oleh itu, jumlah ICPT yang perlu dibayar adalah berbeza daripada seorang pengguna dengan pengguna yang lain, dan berbeza dari satu bulan ke satu bulan yang lain, bergantung kepada penggunaan tenaga elektrik.

Untuk mengurangkan impak ICPT di dalam bil, pengguna disarankan mengambil langkah penjimatan elektrik seperti yang disarankan oleh Pihak Suruhanjaya Tenaga.

Apakah inisiatif dari pihak kerajaan dan pengawal selia untuk mempersiapkan pengguna bagi menghadapi kadar ICPT baru pada masa hadapan?

Kerajaan telah menyediakan platform Kalkulator ICPT mesra pengguna (user-friendly) melalui portal www.myelectricitybill.my yang terdapat di laman web rasmi Suruhanjaya Tenaga. Kalkulator ICPT tersebut akan membantu pengguna menganggarkan kadar ICPT ke atas bil elektrik  bulanan mereka bermula Januari 2019.

Kalkulator ICPT ini diwujudkan bertujuan untuk mendidik pengguna supaya lebih peka kepada perubahan harga bahan api dan kadar tukaran wang asing di pasaran. Pengguna boleh memasukkan unjuran harga arang batu dan gas serta kadar tukaran wang asing (forecast fuel price & forex) untuk membuat anggaran kos ICPT pada tempoh pelarasan tarif akan datang.