FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN, PLEASE CALL 15454
FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

MAKLUMAT AM

1. Apakah manfaat yang boleh saya perolehi sebagai pelanggan TNB di bawah Pakej PEMULIH yang telah diumumkan oleh Kerajaan Malaysia baru-baru ini?

Lanjutan daripada pengumuman Kerajaan Malaysia mengenai pelaksanaan Pakej PEMULIH pada 28 Jun 2021, diskaun bil elektrik akan diberikan kepada kumpulan sasar berikut berdasarkan jumlah penggunaan elektrik bulanan untuk tempoh 3 bulan dari 1 Julai 2021 hingga 30 September 2021:

Nota: 6 sektor Komersial (Perdagangan) terpilih di bawah inisiatif PEMERKASA Plus akan terus menerima diskaun sebanyak 10% ke atas jumlah penggunaan elektrik bulanan dari 1 Julai - 30 September 2021.

2. Bilakah tempoh layak menerima diskaun di bawah Pakej PEMULIH dan Rebat ICPT?

Diskaun bil elektrik di bawah Pakej PEMULIH adalah diberikan untuk tempoh tiga (3) bulan untuk penggunaan elektrik mulai dari 1 Julai 2021 sehingga 30 September 2021 untuk pengguna kediaman (Tarif A - Domestik) sehingga 900kWj sebulan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) voltan rendah.

Manakala, bagi pengguna komersil dari 6 sektor perniagaan terpilih, diskaun PEMULIH adalah bermula dari 1 Oktober 2021 sehingga 31 Disember 2021. Untuk penggunaan dari 1 Julai 2021 sehingga 30 September 2021, diskaun adalah di bawah pakej PEMERKASA Plus.

Di samping itu, semua pengguna TNB akan terus menikmati rebat ICPT sebanyak RM0.02 per kWj untuk penggunaan elektrik bulanan bermula dari 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021.

3.  Apakah jenis-jenis tarif yang layak menerima diskaun bil elektrik?

Jenis-jenis tarif yang layak menerima diskaun bil elektrik adalah seperti berikut:

Kategori Pengguna Tarif Kadar Diskaun

Kediaman (Domestik)
Jumlah penggunaan sebulan:

  • Di antara 1-200kWj atau sehingga RM43.60
  • Di antara 201-300kWj atau RM43.93 hingga RM77.00
  • Di antara 301-600kWj atau RM77.52 hingga RM231.80
  • Di antara 601-900kWj atau RM232.35 hingga RM395.60
A


 

  • 40%
  • 15%
  • 10%
  • 5%
Perindustrian
-Pengguna PKS
D, Ds, D_ETOU
  • 5%
Pertanian Spesifik
-Pengguna PKS
H
  • 5%
Komersial (Perdagangan)
- Pengguna PKS
B*
  • 5%
Komersial (Perdagangan)
- 6 sektor perniagaan terpilih
B, C1, C2 dan
Perjanjian Khas**
  • 10%

*Termasuk tarif B yang mendapat diskaun rumah ibadat, intitusi pendidikan dan badan kebajikan
**Tertakluk kepada terma dan syarat oleh Kerajaan. Perjanjian Khas adalah merujuk kepada pengguna seperti pengguna co-generator, pengguna di pulau-pulau dengan Tarif Khas, pengguna-pengguna keretapi ber-rel seperti KTM double track, MRT, LRT, ERL dan seumpamanya

4. Adakah pengguna Net Energy Metering (NEM) layak menerima diskaun?

Ya Pengguna NEM adalah layak menerima diskaun elektrik berdasarkan kategori dan tarif sepeti yang dinyatakan di soalan 3.

5.  Siapakah yang layak menerima rebat ICPT?

Semua pengguna TNB akan terus menikmati rebat ICPT sebanyak RM0.02 per kWj untuk penggunaan elektrik bulanan untuk tempoh enam (6) bulan bermula dari 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021.

6.  Adakah diskaun pakej PEMULIH ini akan terus dimasukkan dalam bil bulan Julai 2021?

Diskaun pakej PEMULIH akan diberikan mulai penggunaan 1 Julai sehingga 30 September 2021.

Pengguna akan dapat melihat diskaun di dalam bil elektrik yang bertarikh 15 Julai 2021 dan seterusnya. Bagi pengguna yang menerima bil bertarikh antara 1 – 14 Julai 2021, amaun diskaun (yang layak) untuk bulan Julai 2021 akan dimasukkan ke dalam bil bulan Ogos 2021.

Pelanggan yang menerima bil sepanjang bulan Julai 2021 akan menikmati diskaun mengikut bilangan hari penggunaan dalam bulan Julai 2021. Diskaun yang diberikan adalah selepas mengambil kira rebat ICPT sebanyak RM0.02 per kWj.

Diskaun PEMULIH akan mula dinikmati sepenuhnya di dalam bil bulan Ogos dan September 2021.

Year:

View All

Description Date
View All
X

PENGGUNA KEDIAMAN (DOMESTIK)

7. Saya adalah pengguna kediaman (domestik). Apakah yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan diskaun?

Pengguna kediaman (domestik) tidak perlu mengambil apa-apa tindakan. Diskaun diberikan secara automatik kepada semua pengguna kediaman (domestik) yang berdaftar dengan TNB berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 Julai hingga 30 September 2021.

8. Saya adalah pengguna kediaman (domestik). Berapakah kadar diskaun yang layak saya terima samada 40%, 15%, 10% atau 5%?

Pengguna kediaman (domestik) di Semenanjung Malaysia layak menerima diskaun ini secara automatik berdasarkan jumlah penggunaan bulanan seperti jadual di bawah:

Jumlah Penggunaan Sebulan Bagi Pengguna Kediaman (Domestik) Kadar Diskaun

1 hingga 200 kWj atau sehingga RM43.60

40%

201 hingga 300kWj atau RM43.93 sehingga RM77.00

15%

301 hingga 600kWj atau RM77.52 sehingga RM231.80

10%

Di antara 601-900kWj atauRM232.35 hingga RM395.60

5%

Contoh, sekiranya penggunaan elektrik bulanan adalah 300kWj atau RM 77.00, maka pengguna akan mendapat diskaun sebanyak 15% ke atas bil mereka.

9. Saya adalah pengguna kediaman (domestik) dengan bil bulanan sekitar RM400, adakah saya layak menerima diskaun di bawah pakej PEMULIH?

Pengguna tidak layak menerima diskaun bil elektrik di bawah pakej PEMULIH kerana penggunaan telah melebihi had maksimum diskaun PEMULIH iaitu 900kWj atau RM395.60 sebulan.

Namun pengguna masih dapat menikmati rebat ICPT pada kadar RM0.02 per kWJ bagi penggunaan elektrik dari tempoh 1 Julai sehingga 31 Disember 2021 dengan anggaran penjimatan bil sebanyak 4-5%.

10. Saya tinggal di servis apartment, mengapakah kadar diskaun yang saya terima tidak berdasarkan kadar diskaun pengguna kediaman?

Servis apartment diklasifikasikan sebagai pengguna komersial berdasarkan status tanah (gazzetted commercial land) sepertimana definasi dalam buku tarif. Sehubungan itu tarif yang diberikan bagi servis apartment adalah tarif komersial, B dan layak menerima diskaun 5%.

Namun begitu pengguna boleh membuat penukaran ke tarif kediaman jika premis servis apartmen itu dijadikan sebagai kediaman persendirian. Permohonan pertukaran tariff boleh dimajukan secara online menerusi portal myTNB atau walk-in di Kedai Tenaga dengan membawa dokumen sokongan seperti salinan perjanjian jual beli atau penyewaan premis.

11. Jika saya membuat penukaran tarif dari komersial ke tarif kediaman, adakah saya akan menerima diskaun mengikut penggunaan dari 1 Julai 2021?

Ya, pengguna layak menerima diskaun mengikut penggunaan dan pengiraan diskaun akan dibuat secara prorata mengikut kelayakan bermula dari tarikh penukaran tarif.

Year:

View All

Description Date
View All
X

PENGGUNA PKS DI BAWAH VOLTAN RENDAH (KOMERSIAL, PERINDUSTRIAN DAN PERTANIAN SPESIFIK VOLTAN RENDAH)

12. Apakah kategori pengguna PKS di bawah voltan rendah yang layak menerima diskaun 5%?

Diskaun 5% diberikan kepada pengguna PKS kategori komersial (perdagangan), perindustrian dan pertanian spesifik voltan rendah dengan Tariff B, D dan H.

13. Adakah pengguna elektrik bagi kategori PKS perlu membuat permohonan dan pengesahan kelayakan bagi diskaun 5%?

Tidak. Diskaun 5% diberikan secara automatik kepada semua pengguna TNB bagi kategori Komersial (Perdagangan, Tarif B), Perindustrian (Tarif D) dan Pertanian Spesifik (Tarif H) yang mengambil bekalan di paras voltan rendah.

14. Saya adalah PKS yang berdaftar dengan SME Corp. Malaysia dan mengambil bekalan di paras voltan sederhana/tinggi, adakah saya layak menerima diskaun 5% ini?

Tidak, kelayakan bagi diskaun 5% ini adalah terhad kepada pengguna PKS yang mengambil bekalan voltan rendah dengan Tarif B, D dan H.

15. Saya adalah PKS yang sedang menikmati diskaun 10% di bawah pakej PEMERKASA/PEMERKASA+, adakah saya layak menerima tambahan diskaun 5% ini?

Tidak, pengguna hanya layak menerima satu kategori diskaun sahaja.

Year:

View All

Description Date
View All
X

ENAM (6) SEKTOR PERNIAGAAN TERPILIH

16.Apakah sektor perniagaan yang layak menerima diskaun sebanyak 10%?

Komersial (Pedagangan) dari enam (6) sektor perniagaan terpilih yang telah dikenalpasti oleh Kerajaan bagi diskaun 10% ialah:

  • Pengendali Hotel;
  • Taman Tema;
  • Pusat Konvensyen;
  • Pusat Membeli Belah;
  • Pejabat Syarikat Penerbangan Tempatan; dan
  • Agensi Pelancongan.

Pengguna perdagangan dari 6 sektor terpilih yang telah menerima diskaun 10% di bawah Pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) akan secara automatik layak menerima diskaun 10% di bawah PEMERKASA+ dan PEMULIH.

17. Saya termasuk dalam enam (6) sektor perniagaan yang layak menerima diskaun 10% tetapi apabila menyemak penggunaan elektrik untuk bulan Julai 2021, saya dapati tiada diskaun diberikan. Bagaimana saya boleh memohon diskaun tersebut?

Maklumat lanjut berhubung kelayakan dan cara memohon untuk mendapatkan diskaun 10% di bawah pakej Pemerkasa+ boleh didapati di sini.

Year:

View All

Description Date
View All
X

KAEDAH PENGIRAAN DISKAUN

18. Bagaimanakah pengiraan diskaun bil elektrik dibuat?

Diskaun bil elektrik dikira seperti berikut:

Formula Pengiraan Diskaun % Diskaun  x  [ Caj dalam RM (kW + kWj) + ICPT +  Diskaun Lain (Sekiranya Ada) ]

Keterangan:

Jenis Caj Keterangan
kWj Caj  Penggunaan Elektrik
kW Caj Kehendak Maksimum
ICPT Imbalance Cost Pass Through atau Pelepasan Imbangan Kos Bahan Api dan Penjanaan
Diskaun Lain Diskaun sediada seperti diskaun 10% bagi Institusi Pendidikan, Rumah Ibadat dan Badan Kebajikan yang layakNota: Jenis caj yang tidak diambilkira untuk Diskaun Bil Elektrik ialah Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu, Surcaj Angkadar Kuasa,

Nota: Jenis caj yang tidak diambilkira untuk Diskaun Bil Elektrik ialah Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu, Surcaj Angkadar Kuasa, Penalti Lewat Bayar, Surcaj Alat Kimpal, Deposit, Tambahan, Lampu Jalan Individu, Caj Minima Bulanan dan Caj Bekalan Sementara.

Contoh Pengiraan Diskaun PEMULIH di dalam Bil Elektrik:

a) Contoh 1: Pelanggan Kediaman (Tarif A) bagi tempoh bil 6 Julai 2021 – 5 Ogos 2021 dengan penggunaan elektrik sebanyak 186kWj, layak menerima diskaun sebanyak 40%. (Diskaun sebanyak 40% bagi penggunaan elektrik bulanan sebanyak 1-200kWj)

Pengiraan Diskaun PEMULIH = % Discount x (Caj dalam RM (kWj) + RM ICPT)
= 40% x (RM40.55 + (-RM3.72))
Jumlah Diskaun PEMULIH yang diperolehi = RM14.73

b) Contoh 2: Pelanggan Kediaman (Tarif A) bagi tempoh bil 16 Julai 2021 – 15 Ogos 2021 dengan penggunaan elektrik sebanyak 286kWj, layak menerima diskaun sebanyak 15% (Diskaun sebanyak 15% bagi penggunaan elektrik bulanan sebanyak 201-300kWj)

Pengiraan Diskaun PEMULIH = % Discount x (Caj dalam RM (kWj) + RM ICPT)
= 40% x (RM72.32+ (-RM5.72))
Jumlah Diskaun PEMULIH yang diperolehi = RM9.99

c) Contoh 3: Pelanggan Perdagangan (Tarif B) bagi tempoh bil 16 Julai 2021 – 15 Ogos 2021 layak menerima diskaun sebanyak 5%.

Pengiraan Diskaun PEMULIH = % Discount x (Caj dalam RM (kWj) + RM ICPT)
= 5% x (RM216.29+ (-RM9.08))
Jumlah Diskaun PEMULIH yang diperolehi = RM10.36

d) Contoh 4: Pelanggan Kediaman (Tarif A) menerima bil bertarikh 5 Julai 2021 dengan tempoh bil 5 Jun 2021 – 5 Julai 2021. Penggunaan elektrik sebanyak 186kWj dalam bulan Jun 2021 dan Julai 2021. Pengiraan diskaun dikira secara prorata untuk penggunaan bagi tempoh 5 hari (mulai 1 Julai hingga 5 Julai 2021).

Pengiraan Bil Semasa
Tempoh Bil 5 Jun hingga 5 Julai 2021 (31 hari)
Jumlah Penggunaan Elektrik Bulanan 186 kWj
Amaun Penggunaan [A] 186 kWj x RM0.218
= RM40.55
Rebat ICPT 186 kWj x RM0.02
= RM3.72
Pengiraan Prorata Jumlah Layak Diskaun
Bilangan hari layak diskaun 5 hari
Jumlah penggunaan layak diskaun [5 / 31] hari x 186kWj
= 30kWj
Amaun layak diskaun (RM) 30kWj x RM0.218
= RM6.54
Rebat ICPT layak diskaun 30kWj x RM0.02
= RM0.60
Jumlah layak diskaun Amaun layak diskaun – Rebat ICPT layak diskaun
RM6.54 – RM0.60
= RM5.94
Pengiraan Diskaun PEMULIH
Diskaun PEMULIH [C] Kadar Diskaun Pemulih x Jumlah Layak Diskaun
= 40% x RM5.94
= RM2.38
Jumlah Kegunaan Bulan Semasa
A – B – C
= RM40.55 – RM3.72 – RM2.38
= RM34.45

e) Contoh 5: Pelanggan Perdagangan (Tarif B) menerima bil bertarikh 16 Julai 2021 dengan tempoh bil 17 Jun 2021 – 16 Julai 2021. Penggunaan elektrik sebanyak 454kWj dalam bulan Jun 2021 dan Julai 2021. Pengiraan diskaun dikira secara prorata untuk penggunaan bagi tempoh 16 hari (mulai 1 Julai hingga 16 Julai 2021).

Pengiraan Bil Semasa
Tempoh Bil 17 Jun hingga 16 Julai 2021 (30 hari)
Jumlah Penggunaan Elektrik Bulanan 454 kWj
Amaun Penggunaan [A] 200 kWj x RM0.435 = RM87.00
254kWj x RM0.509 = RM129.29
Jumlah = RM87.00 + RM129.29
=RM216.29
Rebat ICPT 454 kWj x RM0.02
= RM9.08
Pengiraan Prorata Jumlah Layak Diskaun
Bilangan hari layak diskaun 16
Jumlah penggunaan layak diskaun [16/ 30] hari x 454kWj
= 242 kWj
Amaun layak diskaun (RM) 107 kWj (16/30 x 200kWj) x RM0.435 = RM46.55
135 kWj (242kWj – 107kWj) x RM0.509 = RM68.72
Jumlah = RM46.55 + RM68.72
             = RM115.27
Rebat ICPT layak diskaun 242 kWj x RM0.02
= RM4.84
Jumlah layak diskaun Amaun layak diskaun – Rebat ICPT layak diskaun
RM115.27 – RM4.84
= RM110.43
Pengiraan Diskaun PEMULIH
Diskaun PEMULIH [C] Kadar Diskaun Pemulih x Jumlah Layak Diskaun
= 5% x RM110.43
= RM5.52
Jumlah Kegunaan Bulan Semasa
A – B – C
= RM216.29 – RM9.08 – RM5.52
= RM201.69

 

19. Penggunaan di premis saya adalah 0 kWj dan menerima bil dengan Caj Minima Bulanan (Minimum Monthly Charge, MMC) sebanyak RM3, adakah saya layak menerima diskaun PEMULIH?

Tidak, diskaun PEMULIH dikira berdasarkan formula seperti di soalan 18 di atas. Sehubungan itu tiada diskaun diberikan kerana penggunaan adalah 0kWj.

20. Berapakah Caj Minima Bulanan (Minimum Monthly Charge, MMC) yang dikenakan?

Caj MMC bulanan yang dikenakan adalah berbeza mengikut tarif seperti berikut:

Tarif Caj MMC
Domestik A RM3.00
Perdagangan B RM7.20
C1 RM600.00
C2 RM600.00
Perindustrian D RM7.20
Pertanian Spesifik H RM7.20

Nota: Caj MMC di atas adalah berdasarkan tempoh pembacaan 28 - 31 hari. Caj MMC akan dikira secara prorata sekiranya tempoh bacaan lebih 31 hari atau kurang dari 28 hari.

Maklumat lanjut berkenaan dengan pengiraan caj MMC boleh diperolehi di laman sesawang TNB seperti berikut;

21. Sekiranya bil saya adalah kurang dari nilai Caj Minima Bulanan (Minimum Monthly Charge, MMC) adakah saya akan menerima diskaun PEMULIH?

Ya. Pengguna akan menerima diskaun PEMULIH berdasarkan jumlah kWj penggunaan.

Walau bagaimanapun sekiranya jumlah bil bersih sebulan setelah mengambil kira jumlah penggunaan, rebat ICPT dan semua jenis diskaun (diskaun TNB, diskaun PEMULIH, diskaun PEMERKASA+) adalah kurang dari nilai caj MMC maka pengguna akan dikenakan caj semasa mengikut nilai MMC seperti jadual di soalan 20.

Pengiraan Bil Semasa
Tempoh Bil 17 Julai hingga 16 Ogos 2021 (31 hari)
Jumlah Penggunaan Elektrik Bulanan 2 kWj
Amaun Penggunaan [A] 2 kWj x RM0.218
= RM0.44
Rebat ICPT 2 kWj x - RM0.02
= -RM0.04
Diskaun Pemulih di atas penggunaan elektrik [C] % Discount x (Caj dalam RM (kWj) + RM ICPT)
40% x (RM0.44 – RM0.04)
=RM0.16
Pengiraan Caj Minimum Bulanan [D]
RM3.00 - RM kWh [A] - RM ICPT - RM Diskaun Pemulih [C]
= RM3.00 – RM0.44 – (-RM0.04) – (-RM0.16)
= RM2.76
Jumlah Kegunaan Bulan Semasa/Caj Semasa
A – B – C + D
= RM0.44 – RM0.04 – RM0.16 + RM2.76
= RM3.00

22. Berapakah jumlah penjimatan bil yang akan saya perolehi dengan menerima Diskaun PEMULIH dan Rebat ICPT?

Pengguna akan menerima diskaun PEMULIH dan juga rebat ICPT berdasarkan jumlah penggunaan elektrik bulanan.

Peratus penjimatan bagi pengguna adalah seperti berikut:

A. Pengguna Kediaman (Domestik)

Penggunaan (kWj) Bil Maksimun Sebulan (RM) Rebat ICPT Maksimun (RM) Diskaun PEMULIH Maksimun (RM) Jumlah Rebat ICPT dan PEMULIH (RM) Bil Selepas Rebat ICPT dan PEMULIH (RM) Peratus Penjimatan Keseluruhan
1-200 43.60 4.00 15.84 19.84 23.76 46%
201-300 77.00 6.00 10.65 16.65 60.35 22%
301-600 231.80 12.00 21.98 33.98 197.82 15%
601-900 395.60 18.00 18.88 36.88 358.72 9%
>900 396.17* 18.02* 0.00 18.02* 378.15* 5%

*Berdasarkan penggunaan 901kWj

B. Pengguna PKS di bawah voltan rendah (komersial (perdagangan), perindustrian dan pertanian spesifik voltan rendah)

Jumlah penjimatan adalah sekitar 9% – 10% dengan mengambil kira diskaun PEMULIH (5%) dan rebat RM0.02 per kWj.

23. Saya telah menerima bil anggaran dengan diskaun elektrik bagi tempoh PKP. Adakah saya akan menerima diskaun elektrik apabila menerima bil dengan bacaan sebenar?

Ya. Bil anggaran yang dikeluarkan akan diselaraskan apabila bacaan sebenar diperolehi. Pelarasan juga akan dibuat ke atas diskaun elektrik.

Bagi pengguna kediaman yang mana bil mereka melibatkan penggunaan sebelum dan selepas 1 Julai 2021, kelayakan diskaun akan dikira berdasarkan dua langkah berikut:

  • Tentukan jumlah bil bagi penggunaan selepas 1 Julai 2021 untuk diberikan diskaun
  • Tentukan jumlah kegunaan bagi setiap band berdasarkan prorata tempoh bacaan
  • Kira % diskaun yang layak berdasarkan band yang telah diprorata
  • Selaraskan bil anggaran sebelum ini di mana pengguna telah dicajkan diskaun dalam bulan sebelumnya berdasarkan anggaran

24. Saya adalah pengguna NEM. Bil elektrik saya bulan ini mempunyai baki negatif selepas menerima diskaun. Adakah baki negatif tersebut akan ditolak dari bil elektrik untuk bulan-bulan akan datang?

Pengiraan diskaun bagi pengguna NEM yang layak adalah berdasarkan kegunaan bulan semasa. Sekiranya jumlah bil adalah negatif selepas ditolak diskaun dan caj eksport, ia akan menjadi baki NEM.

Untuk pengguna NEM NOVA, baki NEM akan terus dilupuskan dan tidak boleh ditolak dalam bil bulan berikutnya.

Untuk pengguna NEM 1.0, NEM 2.0, NEM Rakyat & NEM GoMEn, baki NEM akan ditolak dari jumlah bil-bil elektrik akan datang sehingga tarikh lupusnya. Sebagai contoh, jika tarikh lupus baki NEM pada 31/12/2021, ia tidak lagi boleh ditolak dari jumlah bil pada 1/1/2022.

Year:

View All

Description Date
View All
X

SALURAN PERTANYAAN

Siapakah yang boleh dihubungi untuk mendapatkan maklumat diskaun bawah Pakej PEMULIH dengan lebih lanjut?

  • TNB CareLine di talian 1-300-88-5454; atau
  • E-mel [email protected]; atau
  • Kedai Tenaga yang berdekatan.

Year:

View All

Description Date
View All
X