FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN, PLEASE CALL 15454
FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Pengenalan Dan Tempoh Lanjutan Berkaitan Pelan Bayaran Dengan Amaun Tertangguh

Bagi meringankan beban kewangan pengguna yang terkesan ketika situasi ekonomi yang mencabar serta keadaan banjir yang melanda, TNB melanjutkan tempoh pembayaran amaun tertangguh dari 6 bulan kepada 12 bulan iaitu bermula Januari hingga Disember 2022.
READ MORE

1. Apakah syarat-syarat serta kelayakan untuk menyertai Pelan Bayaran Mudah yang TNB perkenalkan pada awal tahun 2021?

Semua pengguna kediaman (Tarif A – Domestik) yang telah diberikan secara automatik sertai Pelan Bayaran Mudah adalah berdasarkan syarat-syarat berikut:

  • Premis adalah jenis kediaman sahaja
  • Pengguna domestik yang mempunyai tunggakan bil elektrik tidak melebihi 6 bulan setakat 31 Disember 2020

2. Berapa lama tempoh Pelan Bayaran Mudah ini akan ditawarkan?

Pelan Bayaran Mudah ditawarkan untuk tempoh 12 bulan bermula 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021. Melalui program ini, pengguna diberi fleksibiliti untuk pembayaran bil sebanyak 70% dari jumlah caj semasa.

3. Bilakah Program Pelan Bayaran Mudah ditamatkan?

Program Pelan Bayaran Mudah tamat pada 31 Disember 2021.

4. Apakah maklumat yang akan tertera dalam bil elektrik saya selepas tamat tempoh Program Pelan Bayaran Mudah?

Terdapat 2 jumlah yang diperkemaskini di dalam kotak kuning bil pengguna sebagai pilihan pembayaran iaitu:

  • Jumlah bagi Bayaran Penuh
  • Jumlah bagi Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh

5. Jika pengguna hanya perlu membuat bayaran 70% daripada caj bil semasa pada tahun 2021, apakah yang berlaku kepada baki 30%?

Baki 30% tersebut dikenali sebagai amaun tertangguh di mana tempoh  pembayarannya telah dilanjutkan dari 6 bulan kepada 12 bulan iaitu bermula dari Januari hingga Disember 2022.

Baki amaun tertangguh untuk tempoh pembilan Januari – Disember 2021 akan dibahagi sama rata bagi pembayaran bil sepanjang tempoh Januari – Disember 2022. Jumlah ini adalah sebahagian daripada Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh seperti yang dinyatakan dalam bil elektrik.

6. Di manakah saya boleh melihat maklumat Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh?

Maklumat tersebut akan dipaparkan di dalam kotak kuning di sudut kanan sebelah atas pada bil elektrik. Pengguna mempunyai dua (2) pilihan, sama ada membuat pembayaran berdasarkan Bayaran Penuh Atau Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh.

7. Saya sering membayar bil dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak berminat menyertai Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh iaitu bayaran secara ansuran. Bolehkah saya membuat bayaran penuh ke atas bil bulanan yang diterima?

Ya, anda boleh membuat pembayaran penuh seperti biasa dan tidak perlu memajukan sebarang permohonan untuk menarik diri (opt-out) kecuali anda merupakan pengguna Autopay / Direct Debit.

Sila rujuk FAQ di bahagian Pengguna Autopay dan Direct Debit bagi keterangan lanjut

8. Mengapa terdapat maklumat Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh di dalam bil elektrik saya?

Pengguna membayar mengikut amaun Pelan Bayaran Mudah yang tertera dalam bil elektrik sepanjang tempoh tahun 2021.

Maka, baki amaun tertangguh untuk tempoh pembilan Januari – Disember 2021 akan dibahagi sama rata bagi pembayaran bil sepanjang tempoh Januari – Disember 2022.

9. Mengapa tiada maklumat Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh di dalam bil saya?

Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh tidak akan tertera di dalam bil anda sekiranya:

  • Akaun TNB pengguna tidak terlibat dengan Pelan Bayaran Mudah (PBM) semasa tahun 2021
  • Tiada sebarang tunggakan pada 31 Disember 2021 iaitu pengguna telah membuat bayaran bagi keseluruhan jumlah yang telah dicajkan setakat 31 Disember 2021
  • Bil Manual dan Bil Akhir (Final bill)

10. Saya adalah pengguna kediaman yang tidak terlibat dengan Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh, adakah terdapat bantuan lain yang boleh ditawarkan oleh TNB bagi meringankan beban kewangan pengguna?

Pengguna kediaman yang tidak terlibat dengan Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh boleh mengadakan perbincangan lanjut bersama pihak TNB. Sila layari portal myTNB di https://www.mytnb.com.my/tnbtemujanji untuk menempah slot temujanji atau hubungi TNB Careline di talian 1-300-88-5454.

11. Adakah saya selaku tuan punya rumah, boleh membuat permohonan Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh untuk penyewa saya?

Permohonan tidak perlu dimajukan kepada TNB  kerana Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh akan dipaparkan di dalam kotak kuning di sudut kanan atas pada bil elektrik bagi pengguna yang layak.

12. Saya membuat pembayaran mengikut jumlah Pelan Bayaran Mudah yang dinyatakan oleh pihak TNB. Adakah saya masih layak mendapat lanjutan tempoh Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh sehingga 31 Disember 2022?

Ya, pengguna masih layak untuk mendapat tempoh lanjutan Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh sehingga 31 Disember 2022.

Pengguna disarankan untuk mengekalkan rekod pembayaran berdasarkan Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh seperti yang dinyatakan di dalam bil elektrik.

13. Saya tidak membuat pembayaran mengikut jumlah Pelan Bayaran Mudah yang dinyatakan oleh pihak TNB. Adakah saya masih layak untuk menikmati tempoh lanjutan Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh sehingga 31 Disember 2022?

Ya, pengguna masih layak untuk menikmati tempoh lanjutan Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh sehingga 31 Disember 2022.

14. Adakah pengguna yang ditawarkan Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh dibenarkan untuk memohon pembayaran ansuran yang berlainan?

Ya, pengguna boleh mengadakan perbincangan lanjut bersama pihak TNB. Sila layari portal myTNB di https://www.mytnb.com.my/tnbtemujanji untuk menempah slot temujanji atau hubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454.

15. Apakah saluran pembayaran yang disediakan oleh TNB untuk pelan ini?

TNB menyediakan pelbagai saluran pembayaran bagi pengguna membuat bayaran seperti berikut:

  • Aplikasi myTNB App dan myTNB Portal
  • Perbankan dalam talian
  • Aplikasi e-Wallet Touch ‘n Go dan Boost
  • Pembayaran di Kedai Tenaga melalui kaunter atau self-service kiosk
  • Rangkaian kaunter saluran ejen pembayaran rasmi TNB i.e Pos Malaysia, 7-Eleven dan lain-lain

Year:

View All

Description Date
View All
X

Surcaj Lewat Bayar

Pada dasarnya surcaj lewat bayar akan dicajkan ke atas bil yang tertunggak bagi semua pengguna. Namun, tiada surcaj lewat bayar kepada pengguna kediaman yang membuat pembayaran berdasarkan amaun dan tempoh Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh yang ditetapkan.
READ MORE

1. Adakah surcaj lewat bayar akan dikenakan kepada jumlah penuh atau mengikut jumlah Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh yang tidak dibayar?

Surcaj lewat bayar hanya dikenakan terhadap jumlah Pelan Bayaran bagi amaun tertangguh yang TIDAK dibayar.

2. Saya adalah pengguna komersil. Adakah saya akan dikenakan caj surcaj lewat bayar sekiranya saya tidak membayar bil dalam tempoh Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh?

Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh adalah bagi pengguna-pengguna kediaman (Tarif A) yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Ya. Surcaj lewat bayar akan dikenakan ke atas jumlah bil elektrik yang tertunggak bagi pengguna komersil. Pembayaran masih perlu dibuat berdasarkan jumlah yang perlu dibayar mengikut bil bulanan di dalam tempoh kredit yang ditetapkan.

3. Bagaimanakah surcaj lewat bayar akan dikenakan ke atas bil saya?

Pengiraan surcaj lewat bayar adalah seperti berikut:

  • surcaj lewat bayar dikira pada kadar 1% sebulan (simple interest) ke atas jumlah tunggakan bil dengan mengambil kira bilangan hari tertunggak
  • [Jumlah tunggakan] x 1% x Bilangan hari tertunggak / 30 hari

Sila rujuk bahagian Penalties & Charges untuk maklumat lanjut.

Year:

View All

Description Date
View All
X

Pemotongan Bekalan Elektrik

Penangguhan aktiviti pemotongan bekalan elektrik mulai 1 Januari sehingga 30 Jun 2022 bagi pengguna kediaman yang terlibat dengan Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh pada tahun 2022 kecuali bagi pengguna yang mempunyai tunggakan melebihi 6 bulan.
READ MORE

Adakah premis kediaman saya akan terlibat dengan pemotongan bekalan dalam tempoh Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh sekiranya bil bulanan tidak dibayar?

Aktiviti pemotongan bekalan ditangguhkan mulai 1 Januari sehingga 30 Jun 2022 bagi pengguna kediaman di bawah Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh pada tahun 2022 kecuali bagi pengguna yang mempunyai tunggakan melebihi 6 bulan.

Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk membayar mengikut amaun Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh seperti yang dinyatakan dalam bil elektrik sepanjang tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan pada masa akan datang.

2. Bilakah operasi pemotongan bekalan akan dimulakan semula?

Operasi pemotongan bekalan akan dilaksanakan mulai Januari 2022 bagi premis yang mempunyai tunggakan melebihi 6 bulan. Seterusnya tindakan pemotongan bekalan akan dilaksanakan terhadap semua pengguna yang tidak menjelaskan pembayaran yang ditetapkan dalam tempoh kredit mulai 01 Julai 2022.

3. Apakah situasi yang membolehkan pihak TNB melaksanakan pemotongan  bekalan  ke atas akaun yang terlibat dengan Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh?

Pihak TNB boleh melaksanakan pemotongan bekalan bagi situasi berikut:

  • Tunggakan melebihi 6 bulan
  • Arahan daripada pihak berkuasa
  • Kes usikan pepasangan meter

4. Adakah notis pemotongan akan dikeluarkan bagi pengguna yang layak untuk Program Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh?

Notis pemotongan bekalan tidak dikeluarkan dari 1 Januari 2022 sehingga 30 Jun 2022 bagi pengguna kediaman yang terlibat dengan Program Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh kecuali bagi pengguna yang mempunyai tunggakan melebihi 6 bulan.

5. Saya pernah mendapat pilihan kaedah pembayaran sama ada secara Bayaran Penuh atau Pelan Bayaran Mudah (PBM) yang dinyatakan dalam kotak kuning bil elektrik saya dalam tempoh 1 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021. Namun, saya memilih untuk membuat pembayaran  penuh. Adakah bekalan elektrik saya akan dipotong sekiranya saya tidak membayar bil di dalam tempoh kredit pada tahun 2022?

Tidak. Bagi pengguna kediaman yang pernah ditawarkan Pelan Bayaran Mudah (PBM) pada tahun 2021, pengguna tidak akan menerima notis pemotongan dalam tempoh 1 Januari 2022 hingga 30 Jun 2022 kecuali bagi pengguna yang mempunyai tunggakan melebihi 6 bulan.

Year:

View All

Description Date
View All
X

Pengguna Autopay Dan Direct Debit

Pengguna Autopay /Direct Debit juga ditawarkan Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh yang diberikan secara automatik.
READ MORE

1. Saya merupakan pengguna kediaman yang berdaftar Autopay / Direct Debit. Adakah perlu saya hubungi TNB untuk memohon Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh?

Pengguna kediaman Autopay / Direct Debit layak mendapat Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh secara automatik jika tidak melaksanakan opt out.

2. Sekiranya jumlah Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh melebihi RM 5,000, berapakah amaun yang akan dicaj kepada bank?

Autopay – Caj maksimum setakat RM 5,000 sebulan.  Baki amaun bil boleh dibuat melalui pelbagai saluran pembayaran seperti berikut:

  • myTNB App dan myTNB Portal
  • Perbankan dalam talian
  • Aplikasi e-Wallet Touch n’ Go dan Boost
  • Pembayaran di Kedai Tenaga melalui kaunter atau self-service kiosk
  • Rangkaian kaunter saluran ejen pembayaran rasmi TNB i.e Pos Malaysia, 7-Eleven dan lain-lain

Direct Debit – Caj mengikut amaun Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh sepenuhnya.

3. Sekiranya saya merupakan pemegang kad bagi akaun berdaftar Autopay / Direct Debit, adakah saya boleh memohon untuk membuat pembayaran penuh bagi akaun tersebut?

Ya. Anda boleh membuat permohonan untuk pembayaran penuh bil bulanan dengan menghubungi:

  • TNB Careline
    E-mel: [email protected] atau
    Hubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454 (Isnin – Jumaat: 8.00 pagi - 7.00 petang, Hujung minggu & cuti umum: 8.00 pagi - 5.00 petang)
     
  • Unit Autopay / Direct Debit
    E-mel: [email protected]
     
  • Kedai Tenaga
    (Waktu operasi 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Tidak beroperasi pada hujung minggu dan cuti umum)

4. Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya caj pembayaran bil masih mengikut Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh walaupun permohonan untuk pembayaran penuh telah dibuat?

Pengguna boleh mendapatkan penjelasan dengan menghubungi:

  • TNB Careline
    E-mel: [email protected] atau
    Hubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454 (Isnin – Jumaat: 8.00 pagi - 7.00 petang, Hujung minggu & cuti umum: 8.00 pagi - 5.00 petang)
     
  • Unit Autopay / Direct Debit
    E-mel: [email protected]
     
  • Kedai Tenaga
    (Waktu operasi 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Tidak beroperasi pada hujung minggu dan cuti umum)

5. Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya tiada caj Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh tertera di dalam bil sedangkan saya layak dapat dan tidak membuat permohonan untuk pembayaran penuh?

Pengguna boleh mendapatkan penjelasan dengan menghubungi:

  • TNB Careline
    E-mel: [email protected] atau
    Hubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454 (Isnin – Jumaat: 8.00 pagi - 7.00 petang, Hujung minggu & cuti umum: 8.00 pagi - 5.00 petang)
     
  • Unit Autopay / Direct Debit
    E-mel: [email protected]
     
  • Kedai Tenaga
    (Waktu operasi 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Tidak beroperasi pada hujung minggu dan cuti umum)

6.  Adakah saya boleh menamatkan Autopay / Direct Debit semasa tempoh Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh berkuatkuasa?

Ya. Penamatan Autopay boleh dimajukan kepada Unit Autopay / Direct Debit melalui alamat e-mel: [email protected] Bagi penamatan Direct Debit, pihak pengguna perlu berhubung dengan pihak bank yang berkaitan bagi tujuan tersebut.

7.  Adakah Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh boleh diteruskan setelah penamatan Autopay/ Direct Debit?

Ya. Pelan Bayaran dengan amaun tertangguh masih diteruskan sehingga 31 Disember 2022 dan pembayaran boleh dibuat melalui mana-mana saluran pembayaran rasmi TNB.

Year:

View All

Description Date
View All
X