FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN, PLEASE CALL 15454
FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

 

Tonton video Ini dalam bahasa: MANDARIN | TAMIL

1. Apakah Bantuan Prihatin Elektrik (BPE)?

BPE adalah pakej bantuan tambahan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia bersama TNB kepada semua pelanggan domestik dalam bentuk manfaat penggunaan elektrik percuma sehingga RM77 sebulan, bersamaan penggunaan elektrik sehingga 300kWj pertama untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP.

Di samping itu, bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik di antara 601 – 900 kWj sebulan akan menikmati diskaun tambahan sebanyak 10% iaitu tambahan 8% daripada kadar diskaun sedia ada sebanyak 2% mulai bulan April 2020 hingga Disember 2020.

2. Apakah perbezaan antara Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) ini dengan diskaun PRIHATIN?

Diskaun Prihatin diberikan kepada para pelanggan bermula April 2020 sehingga Disember 2020, manakala BPE adalah bantuan tambahan yang diberikan secara sekali gus bagi meringankan beban kenaikan bil yang lebih tinggi sepanjang April 2020 hingga Jun 2020 yang dihadapi para pelanggan.

3. Siapakah yang layak menerima BPE?

Semua pelanggan domestik TNB akan menerima BPE yang jumlahnya akan dimasukkan secara sekaligus ke dalam bil bulan Julai 2020.

4. Bagaimanakah saya boleh menyemak kelayakan saya, ahli keluarga atau penyewa rumah untuk menerima BPE?

Pelanggan tidak perlu membuat semakan kelayakan kerana BPE akan diberikan secara automatik kepada semua pelanggan domestik.

5. Saya adalah pelanggan Meter Pintar, adakah saya layak menerima BPE?

Semua pelanggan domestik akan menerima BPE ini, termasuklah pelanggan smart meter.

6. Adakah pelanggan komersial, perindustrian dan pertanian juga layak menerima BPE?

BPE ini hanya diberikan kepada pelanggan domestik TNB yang terkesan akibat bil elektrik yg lebih tinggi daripada kebiasaan pada bulan April 2020, Mei 2020 dan Jun 2020. Walau bagaimanapun, pelanggan komersial, perindustrian dan pertanian masih menikmati diskaun Prihatin dari April 2020 sehingga September 2020 yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.

7. Adakah saya perlu memohon untuk menerima BPE?

Pelanggan tidak perlu membuat sebarang permohonan untuk menikmati manfaat bantuan tambahan ini yang akan diberikan secara automatik.

8. Mengapa BPE hanya mengambil kira bil April 2020 – Jun 2020?

TNB sedar bahawa sepanjang pelaksanaan PKP, berkemungkinan penggunaan elektrik adalah lebih tinggi daripada kebiasaan. Oleh itu, BPE diberikan secara sekali gus kepada semua pelanggan bagi membantu mengurangkan bebanan bil yang lebih tinggi.

9. Mengapa bantuan ini tidak diberikan lebih awal semasa Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau Pakej Rangsangan Ekonomi dan hanya diberikan setelah saya menerima bil yang tinggi?

Pada awal permulaan PKP, diskaun PRIHATIN telah diberikan bermula April 2020 sehingga September 2020. Atas dasar keprihatinan Kerajaan Malaysia, BPE diberikan kepada para pelanggan yang terbeban dengan jumlah bil yang lebih tinggi dengan harapan dapat mengurangkan beban kewangan para pelanggan.

10. Siapakah yang memberikan BPE, adakah TNB atau Kerajaan?

BPE merupakan bantuan tambahan oleh kerajaan Malaysia dengan kerjasama TNB yang bertujuan untuk meringankan beban para pelanggan yang terkesan akibat kenaikan bil elektrik yang lebih tinggi.

11. Adakah saya akan menerima BPE ini dalam bentuk wang tunai?

Pelanggan akan menikmati bantuan tambahan BPE ini yang akan dimasukkan ke dalam bil bulan Julai 2020 secara sekali gus.

12. Adakah terdapat kesilapan pada pengiraan bil yang diberikan sebelum ini?

Kaedah pengiraan bil yang dibuat oleh TNB telah disemak serta diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga. Kaedah ini juga merupakan kaedah lazim yang turut digunapakai oleh syarikat-syarikat utiliti elektrik terkemuka di seluruh dunia.

13. Premis saya tidak berpenghuni selama ini dan dikenakan cas minima sebanyak RM3. Adakah saya juga layak menerima BPE?

Ya, BPE ini akan diberikan kepada semua pelanggan domestik termasuk pelanggan yang telah dikenakan cas minima.

14. Bagaimanakah BPE dikira?

Semua pelanggan domestik akan menikmati bantuan tambahan BPE. Di bawah Bantuan Prihatin Elektrik, kesemua 7.66 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia yang mempunyai akaun dengan TNB akan menerima manfaat penggunaan elektrik percuma sehingga RM77 sebulan, bersamaan penggunaan elektrik sehingga 300kWj pertama. Bantuan ini diberikan untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP iaitu bulan April 2020, Mei 2020 dan Jun 2020 yang membolehkan pengguna menerima manfaat sehingga RM231 bagi tempoh 3 bulan tersebut.

Maklumat Bantuan Prihatin Elektrik

blok Jumlah Maksimum Bil Jumlah Pengguna Domestik Diskaun Elektrik di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Bantuan Prihatin Elektrik Jumlah Manfaat
0 - 200 kWj RM 43.60 2,454,788 50% PERCUMA PERCUMA
201 - 300 kWj RM 77.00 1,544,897 25%
301 - 600 kWj RM 231.80 2,330,386 15% RM 77 / Bulan  RM 231 + 15%
601 - 900 kWj RM 395.60 916,002 2% RM 77 / Bulan + 8% RM 231 + 10%
>900 kWj  > RM 396.15 414,989 2% RM 77 / Bulan RM 231 + 2%

Nota:

  • Bantuan ini merupakan tambahan kepada diskaun elektrik di bawah Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) sedia ada dan akan dimasukkan secara sekaligus dalam bil Julai 2020
  • Sekiranya pengguna telah membuat bayaran pada bulan April, Mei dan Jun, lebihan bayaran untuk ketiga-tiga bulan tersebut akan dikreditkan ke dalam bil Julai 2020
  • Untuk penggunaan elektrik di antara 601 - 900 kWj sebulan, diskaun tambahan 8% akan diberikan bermula April hingga Disember 2020

Muat Turun: Infografik Bantuan Prihatin Elektrik

15. Saya masih menerima bil anggaran, bagaimanakah saya boleh mendapatkan bil sebenar?

Pelanggan tidak perlu risau. Sekiranya pelanggan tidak mendapat bacaan bil sebenar, pelanggan boleh menghubungi TNB Careline untuk mengatur temu janji untuk pembaca meter mengambil bacaan meter di premis pelanggan. Pelanggan juga boleh mengambil bacaan meter sendiri dan memajukan gambar bacaan meter melalui emel TNB Careline, [email protected]. Bil sebenar akan dikeluarkan selepas itu.

16. Berdasarkan bil bulan sebenar Jun 2020 saya, berapakah jumlah BPE yang saya akan terima pada bulan Julai 2020 nanti?

Bantuan ini diberikan untuk tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP iaitu bulan April 2020, Mei 2020 dan Jun 2020 yang membolehkan pengguna menerima manfaat sehingga RM231 bagi tempoh 3 bulan tersebut. Jumlah sebenar BPE akan tertera di dalam bil Julai 2020.

17. Bagaimana boleh saya tahu jumlah BPE yang saya terima pada bil Julai saya?

Jumlah BPE diterima akan tertera di dalam bil bulan Julai 2020 nanti.

18. Bagaimana BPE disalurkan kepada pengguna?

Jumlah BPE akan dimasukkan sekali gus di dalam bil sebenar pada bulan Julai 2020.

19. Jika saya menggunakan 601-900kWj adakah saya akan menerima BPE?

Semua pelanggan domestik layak menerima manfaat BPE.

Di samping itu, pelanggan domestik yang telah menggunakan antara 601 – 900 kWj sebulan akan menikmati diskaun tambahan sebanyak 10% iaitu tambahan 8% daripada kadar diskaun sedia ada sebanyak 2% mulai bulan April 2020 hingga Disember 2020.

20. Berapa kali BPE boleh diterima oleh saya?

BPE adalah satu bantuan tambahan yang diberikan secara sekali gus untuk meringankan beban pembayaran bil elektrik semasa PKP untuk tempoh 3 bulan iaitu April 2020, Mei 2020 dan Jun 2020.

21. Bagaimanakah BPE akan memberi kesan kepada jumlah EPP yang perlu saya bayar kelak?

BPE akan membantu mengurangkan jumlah bil tunggakan dan amaun EPP akan dikemaskini secara otomatik setiap bulan sehingga Disember 2020.

22. Bolehkah saya menggunakan BPE untuk menyelesaikan amaun tunggakan yang lepas?

Boleh. BPE adalah satu bantuan tambahan yang diberikan secara sekali gus untuk meringankan beban pembayaran bil elektrik untuk tempoh 3 bulan, iaitu April 2020, Mei 2020 dan Jun 2020.

23. Bilakah BPE akan dilaksanakan?

Manfaat BPE akan dimasukkan secara sekali gus di dalam bil bulan Julai 2020.

24. Adakah BPE masih diteruskan selepas bulan Julai 2020?

Tidak. BPE adalah bantuan tambahan yang diberikan secara sekali gus bagi meringankan beban kenaikan bil yang lebih tinggi pada bulan April 2020, Mei 2020 dan Jun 2020 yang dihadapi para pelanggan.

25. Adakah Diskaun Rangsangan Ekonomi akan dilanjutkan?

Diskaun Rangsangan Ekonomi  akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. Kadar diskaun yang dinikmati oleh pelanggan kediaman (domestik) adalah berdasarkan jumlah penggunaan elektrik bulanan seperti jadual di bawah :-

Jumlah Penggunaan Jumlah Bil Diskaun
1 - 200 kWj RM 0.22 - RM 43.60 50%
201 - 300 kWj RM 43.93 - RM 77.00 25%
301 - 600 kWj RM 77.52 - RM 231.80 15%
601 - 900 kWj RM 232.35 - RM 395.60
* Diskaun April, Mei & Jun dimasukkan ke dalam bil Julai secara sekali gus
2% + *8%
> 900 kWj RM 396.17 ke atas 2%

26. Saya bukan warganegara Malaysia sedang menyewa sebuah rumah/kondominium/apartment. Adakah saya layak menerima BPE Tambahan?

Semua pelanggan kediaman yang berdaftar dengan TNB dan mempunyai akaun aktif, termasuk bukan warganegara Malaysia akan menikmati manfaat BPE Tambahan secara automatik pada bulan Julai 2020.

27. Saya bukan warganegara Malaysia dan memiliki sebuah rumah kediaman di Kuala Lumpur. Adakah saya layak menerima BPE Tambahan?

Semua pelanggan kediaman yang berdaftar dengan TNB dan mempunyai akaun aktif, termasuk bukan warganegara Malaysia akan menikmati manfaat BPE Tambahan secara automatik pada bulan Julai 2020.

28. Adakah saya layak untuk menerima Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) Tambahan sekiranya saya bertukar tarif (daripada Domestik kepada Komersial, atau daripada Komersial kepada Domestik) semasa bulan April, Mei  atau Jun 2020?

Para pelanggan yang telah bertukar tarif pada bulan April, Mei atau Jun 2020 tidak perlu bimbang kerana;

  • bagi penukaran tarif domestik kepada komersial, BPE Tambahan diberikan mengikut jumlah penggunaan elektrik bulanan sebelum penukaran tarif tersebut dibuat
  • bagi penukaran tarif komersial kepada domestik, BPE Tambahan diberikan mengikut jumlah penggunaan elektrik bulanan selepas penukaran tarif tersebut dibuat

Manfaat BPE Tambahan yang layak diterima pelanggan akan dimasukkan secara sekali gus dan akan dipaparkan dalam bil bulan Julai 2020. Namun begitu, pelanggan bukan kediaman tidak akan menerima Penyata Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan.

29. Adakah saya layak menerima BPE Tambahan sekiranya saya membuat Change of Tenancy (COT) atau Closure of Account (COA) semasa bulan April, Mei atau Jun 2020?

Pelanggan kediaman yang telah membuat COT dan COA semasa bulan April, Mei atau Jun 2020 layak menikmati manfaat BPE Tambahan yang akan dikreditkan ke akaun pelanggan.

30. Saya telah membuat penyambungan semula bekalan semasa tempoh PKP, adakah saya layak untuk menerima BPE Tambahan?

Pelanggan kediaman yang telah membuat penyambungan semula semasa bulan April, Mei atau Jun 2020 layak menerima BPE Tambahan.

31. Saya telah membuat permohonan bekalan baru dan telah menerima bekalan semasa tempoh PKP. Adakah saya layak untuk menerima Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan?

Pelanggan kediaman yang telah membuat permohonan bekalan baru dan menerima bekalan semasa bulan April, Mei atau Jun 2020 layak menerima BPE Tambahan.

32. Bagaimanakah saya boleh mengetahui jumlah Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) Tambahan yang saya perolehi?

Pelanggan kediaman boleh mengetahui jumlah Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) Tambahan dengan merujuk kepada penyata Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan dan bil Julai 2020 seperti contoh berikut.

33. Sebagai pelanggan kediaman smart meter, bagaimanakah saya boleh mengetahui jumlah Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) Tambahan yang saya terima?

Pelanggan kediaman smart meter akan menerima penyata Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) Tambahan dan bil Julai melalui pos dalam tempoh 7 hari setelah bacaan meter diperolehi dan melalui e-mel sekiranya pelanggan telah mendaftarkan alamat e-mel dengan TNB. Selain itu, pelanggan juga boleh menggunakan myTNB app atau portal untuk mendapatkan bil terkini dan penyata terperinci Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan.

34. Sekiranya saya ingin mengetahui jumlah BPE Tambahan dan jumlah bil Julai lebih awal, bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat?

Pelanggan boleh melayari myTNB app atau portal untuk mengetahui jumlah BPE Tambahan dan jumlah bil Julai selepas 48 jam bacaan meter diperolehi.

35. Mengapakah tiada serahan bil di premis kepada pelanggan kediaman pada bulan Julai 2020?

Pembaca meter TNB hanya akan mengambil bacaan meter di premis pelanggan kediaman dan menyerahkan notis bacaan meter telah diambil. Ini bertujuan untuk penyediaan penyata Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan yang akan diserahkan bersama bil bulan Julai 2020 melalui kiriman pos dalam tempoh 7 hari selepas bacaan meter dibuat. Infografik ‘Memahami Penyata Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan Anda’ juga akan disertakan sebagai panduan kepada pelanggan kediaan untuk memahami butiran penyata tersebut.

Contoh notis yang diserahkan oleh pembaca meter TNB semasa mengambil bacaan meter di premis pelanggan.

36. Saya telah menerima Penyata Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan melalui pos bersama bil bulan Julai 2020. Apakah maklumat penting yang saya perlu ketahui berdasarkan penyata ini?

Terdapat empat maklumat penting pelanggan kediaman perlu ketahui daripada penyata ini seperti contoh di bawah:

  • Diskaun Rangsangan Ekonomi
  • Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan.
  • Jumlah Keseluruhan Bantuan Diterima (April – Julai 2020)
  • Jumlah Perlu Dibayar

Infografik: Memahami Penyata Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan Anda. Klik pada gambar untuk muat turun.

37. Sekiranya saya masih belum menerima Penyata Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan dan bil Julai 2020 melalui pos selepas tempoh 7 hari, apakah yang harus saya lakukan?

Pelanggan boleh melayari myTNB app atau portal, selain menghubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454 atau mengunjungi Kedai Tenaga berdekatan untuk mendapatkan salinan Penyata Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan dan bil Julai 2020.

38. Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai BPE?

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat melalui;