FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN, PLEASE CALL 15454
FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Pengenalan Tentang Pelan Bayaran Mudah

Bagi membantu pengguna kediaman yang terkesan dengan bil sebenar yang lebih tinggi disebabkan oleh peningkatan penggunaan elektrik semasa PKP/ PKPB/ PKPP, TNB akan terus menawarkan kemudahan Pelan Bayaran Mudah sehingga 30 Jun 2021.
READ MORE

1. Apakah syarat – syarat untuk menyertai Pelan Bayaran Mudah ini?

Semua pengguna kediaman (Tarif A – Domestik) secara automatik layak menyertai Pelan Bayaran Mudah ini  yang memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Premis adalah jenis kediaman sahaja
  • Pengguna domestik yang mempunyai tunggakan bil elektrik tidak melebihi 6 bulan setakat 31 Disember 2020

2. Adakah saya perlu memohon untuk menyertai Pelan Bayaran Mudah ini?

Pelan Bayaran Mudah ditawarkan secara automatik kepada semua pengguna kediaman dengan syarat pengguna mempunyai tunggakan bil elektrik tidak melebihi 6 bulan setakat 31 Disember 2020. Oleh itu, pengguna tidak perlu memohon untuk menikmati kemudahan Pelan Bayaran Mudah ini.

3. Berapa lama tempoh Pelan Bayaran Mudah ini akan ditawarkan?

Pelan Bayaran Mudah ditawarkan untuk tempoh 6 bulan bermula 1 Januari sehingga 30 Jun 2021.

Pelan Bayaran Mudah ini akan ditawarkan secara 2 peringkat iaitu tempoh 3 bulan pertama (Januari – Mac 2021) dan tempoh 3 bulan seterusnya (April – Jun 2021).

Untuk tempoh 3 bulan pertama, pengguna diberi fleksibiliti untuk pembayaran bil sebanyak 70% daripada jumlah caj semasa. Penangguhan 30% jumlah caj semasa bagi tempoh Januari – Mac 2021 akan dibahagi sama rata bagi pembayaran bil untuk tempoh 3 bulan yang seterusnya.

4. Dimanakah saya boleh melihat maklumat Pelan Bayaran Mudah ini di dalam bil saya?

Maklumat ini akan dipaparkan di dalam kotak kuning di sudut kanan atas pada bil elektrik. Pengguna mempunyai dua (2) pilihan, sama ada membuat pembayaran berdasarkan bayaran penuh atau jumlah Pelan Bayaran Mudah.

Contoh Bil Keterangan yang dipaparkan pada bil adalah seperti berikut:
Pelan Bayaran Mudah
(Bahasa Melayu)
Pelan Bayaran Mudah
(Bahasa Inggeris)

Bil diterima di premis

Salinan bil melalui portal and aplikasi myTNB

Maklumat ini akan dipaparkan di dalam kotak kuning di sudut kanan atas pada bil elektrik. Untuk makluman, bayaran penuh adalah sama dengan Jumlah Perlu Dibayar yang dipaparkan pada bil elektrik.

Apabila pengguna menerima bil bulanan, pengguna mempunyai dua (2) pilihan, sama ada untuk membuat pembayaran berdasarkan bayaran penuh atau jumlah Pelan Bayaran Mudah.

5. Saya sering  membayar bil dalam tempoh yang ditetapkan kerana tidak berminat dengan bayaran secara ansuran. Bolehkah saya membuat bayaran penuh ke atas bil bulanan sebenar pertama yang diterima? Adakah saya perlu memajukan permohonan untuk menarik diri (opt-out) daripada Pelan Bayaran Mudah?

Anda boleh membuat pembayaran penuh seperti biasa dan tidak perlu memajukan sebarang permohonan untuk menarik diri (opt-out) daripada Pelan Bayaran Mudah kecuali anda merupakan pengguna Autopay / Direct Debit.

6. Mengapa tiada maklumat Pelan Bayaran Mudah di dalam bil saya?

Pelan Bayaran Mudah tidak akan tertera di dalam bil anda sekiranya

  • Jumlah tunggakan bil melebihi 6 bulan setakat 31 Disember 2020
  • Akaun TNB bukan didaftarkan sebagai pengguna Kediaman. Hanya pengguna kediaman sahaja yang diberikan Pelan Bayaran Mudah
  • Bil Manual dan Bil Akhir (Final bill)

7.  Adakah saya layak untuk menerima Pelan Bayaran Mudah ini sekiranya bacaan bil saya adalah bacaan anggaran?

Ya, pengguna akan menerima Pelan Bayaran Mudah bagi bacaan sebenar atau bacaan anggaran.

8. Saya adalah pengguna Perniagaan. Adakah saya layak menerima Pelan Bayaran Mudah ini?

Tidak. Pelan Bayaran Mudah ini hanya ditawarkan kepada pengguna kediaman

9. Saya mempunyai bayaran ansuran (installment plan) yang masih aktif. Adakah saya layak untuk menyertai Pelan Bayaran Mudah?

Pengguna yang mempunyai bayaran ansuran yang masih aktif layak menerima Pelan Bayaran Mudah ini dengan syarat pengguna mempunyai tunggakan bil elektrik tidak melebihi 6 bulan setakat 31 Disember 2020.

10. Adakah saya selaku tuan punya rumah, boleh membuat permohonan Pelan Bayaran Mudah untuk penyewa saya?

Sebarang permohonan tidak perlu dimajukan kepada TNB  kerana Pelan Bayaran Mudah ini diberikan secara automatik dengan syarat pengguna mempunyai tunggakan bil elektrik tidak melebihi 6 bulan setakat 31 Disember 2020. Jumlah Pelan Bayaran Mudah akan dipaparkan di dalam kotak kuning di sudut kanan atas pada bil elektrik.

11. Saya adalah pengguna kediaman yang mempunyai tunggakan melebihi 6 bulan dan tidak layak untuk menikmati Pelan Bayaran Mudah, adakah terdapat bantuan lain yang boleh ditawarkan oleh TNB bagi meringankan beban kewangan pengguna?

Pengguna kediaman yang tidak layak menikmati Pelan Bayaran Mudah secara automatik boleh kunjungi Kedai Tenaga terdekat atau hubungi TNB CarelIne di talian1-300-88-5454 untuk membuat permohonan bayaran ansuran dan tertakluk kepada terma dan syarat.

12. Saya telah memohon penukaran tariff dari komersil kepada domestik sebelum bulan Disember 2020. Adakah saya layak untuk menikmati Pelan Bayaran Mudah bermula pada 1 Jan 2021 hingga 30 Jun 2021?

Ya. Pengguna kediaman yang didaftarkan Tarif A – Domestik sebelum 1 Januari 2021 adalah  layak untuk menikmati Pelan Bayaran Mudah jika tunggakan bil elektrik tidak melebihi 6 bulan setakat 31 Disember 2020.

13. Saya mendiami kondominium yang didaftarkan sebagai Tarif Komersil. Atas saranan kawan, saya telah memohon penukaran tarif dari komersil kepada domestik selepas 1 Januari 2021. Adakah akaun TNB saya ini layak untuk Pelan Bayaran Mudah secara automatik bagi tempoh 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021?

Memandangkan pertukaran tarif dari komersil kepada domestic dilaksanakan selepas 1 Januari 2021, maka akaun TNB tersebut tidak layak untuk Pelan Bayaran Mudah secara automatik bagi tempoh 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2021.

Walau bagaimanapun, anda boleh boleh kunjungi Kedai Tenaga terdekat atau hubungi TNB CarelIne di talian 1-300-88-5454 untuk membuat permohonan bayaran ansuran dan tertakluk kepada terma dan syarat.

Year:

View All

Description Date
View All
X

Penalti Lewat Bayar

Caj penalti lewat bayar akan mula dilaksanakan semula bermula 1 Januari 2021
READ MORE

1. Adakah caj penalti lewat bayar akan dikenakan kepada jumlah penuh atau mengikut jumlah Pelan Bayaran Mudah yang tidak dibayar?

Caj penalti lewat bayar akan hanya dikenakan terhadap jumlah Pelan Bayaran Mudah yang tidak dibayar.

2. Saya adalah pengguna Komersil. Adakah saya akan dikenakan penalti lewat bayar sekiranya saya tidak membuat pembayaran bil dalam tempoh PKP/ PKPB/ PKPP?

Ya. Caj penalti lewat bayar akan dicajkan ke atas jumlah bil elektrik yang tertunggak bagi pengguna komersial. Pembayaran masih perlu dibuat berdasarkan jumlah yang perlu dibayar mengikut bil bulanan.

3. Bagaimana caj penalti lewat bayar akan dikenakan ke atas bil saya?

Pengiraan caj penalti lewat bayar adalah seperti berikut:

  • Penalti lewat bayar dikira pada kadar 1% sebulan (simple interest) ke atas jumlah tunggakan bil dengan mengambil kira bilangan hari tertunggak
  • [Jumlah tunggakan] x 1% x Bilangan hari tertunggak / 30 hari

Year:

View All

Description Date
View All
X

Pemotongan Bekalan

Penangguhan aktiviti pemotongan kepada pengguna kediaman akan dilanjutkan bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2021 bagi pengguna yang mempunyai tunggakan bil tidak melebihi tempoh 6 bulan setakat 31 Disember 2020
READ MORE

1. Adakah premis kediaman saya akan terlibat dengan pemotongan bekalan dalam tempoh PKP/ PKPB/ PKPP ini sekiranya bil terdahulu atau bil anggaran tidak dibayar?

Aktiviti pemotongan bekalan akan ditangguhkan bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2021 bagi pengguna yang mempunyai tunggakan bil tidak melebihi tempoh 6 bulan setakat 31 Disember 2020.

2. Bilakah operasi pemotongan bekalan akan dimulakan semula?

Operasi pemotongan bekalan elektrik ke atas akaun tertunggak akan dimulakan semula pada 1 Januari 2021 bagi pengguna kediaman yang mempunyai tunggakan bil elektrik melebihi tempoh 6 bulan setakat 31 Disember 2020.

3. Apakah situasi yang membolehkan pihak TNB melaksanakan pemotongan bekalan semasa tempoh PKP/ PKPB/ PKPP?

Pihak TNB akan melaksanakan pemotongan bekalan bagi situasi berikut:

  • pengguna kediaman mempunyai tunggakan bil elektrik melebihi tempoh 6 bulan setakat 31 Disember 2020
  • permohonan daripada pengguna berdaftar
  • arahan daripada pihak berkuasa
  • kes usikan pepasangan meter

Year:

View All

Description Date
View All
X

Pengguna Autopay Dan Direct Debit

Pengguna Autopay / Direct Debit juga ditawarkan Pelan Bayaran Mudah yang diberikan secara automatik.
READ MORE

1. Saya merupakan pengguna kediaman yang berdaftar Autopay / Direct Debit. Adakah perlu saya hubungi TNB untuk memohon Pelan Bayaran Mudah?

Pengguna Autopay / Direct Debit layak mendapat Pelan Bayaran Mudah secara automatik jika tidak melaksanakan opt out untuk Pelan Bayaran Mudah bagi tahun 2020.

2. Sekiranya, jumlah Pelan Bayaran Mudah melebihi RM 5,000, berapakah jumlah yang akan dicaj kepada bank?

  • Autopay – Caj maksimum setakat RM 5,000 sebulan. Baki jumlah bil boleh dibuat pembayaran menggunakan saluran online banking atau pembayaran over the counter melalui agensi kutipan. 
  • Direct Debit – Caj mengikut amaun Pelan Bayaran Mudah.

3. Sekiranya saya merupakan pemegang kad bagi akaun berdaftar Autopay / Direct Debit, adakah saya boleh memohon untuk membuat pembayaran penuh bagi akaun tersebut?

Ya. Anda boleh membuat permohonan untuk pembayaran penuh bil bulanan dengan menghubungi:

  • TNB Careline
    E-mel: [email protected] atau
    Hubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454 (8:00 pagi hingga 5:00 petang setiap hari)
     
  • Unit Autopay/ Direct Debit
    E-mel: [email protected]
     
  • Kedai Tenaga
    (Waktu operasi 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Tiada operasi pada hujung minggu dan cuti umum)

4. Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya caj pembayaran bil masih mengikut Pelan Bayaran Mudah walaupun permohonan untuk pembayaran penuh telah dibuat?

Tuan/Puan boleh membuat aduan dengan menghubungi:

  • TNB Careline
    E-mel: [email protected] atau
    Hubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454 (8:00 pagi hingga 5:00 petang setiap hari)
     
  • Unit Autopay/ Direct Debit
    E-mel: [email protected]
     
  • Kedai Tenaga
    (Waktu operasi 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Tiada operasi pada hujung minggu dan cuti umum)

5. Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya caj pembayaran bil adalah mengikut jumlah Sebenar Bil dan tidak mengikut Pelan Bayaran Mudah sedangkan saya tidak membuat permohonan untuk pembayaran penuh?

Tuan/Puan boleh membuat aduan dengan menghubungi:

  • TNB Careline
    E-mel: [email protected] atau
    Hubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454 (8:00 pagi hingga 5:00 petang setiap hari)
     
  • Unit Autopay/ Direct Debit
    E-mel: [email protected]
     
  • Kedai Tenaga
    (Waktu operasi 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Tiada operasi pada hujung minggu dan cuti umum)

6. Adakah saya boleh menamatkan Autopay / Direct Debit semasa tempoh Pelan Bayaran Mudah berkuatkuasa?

Ya. Penamatan Autopay boleh dibuat dengan menghubungi TNB Careline di 1-300-88-5454. Bagi penamatan Direct Debit, pihak pengguna perlu berhubung dengan pihak bank yang berkaitan bagi tujuan tersebut.

7. Adakah Pelan Bayaran Mudah boleh diteruskan setelah penamatan Autopay / Direct Debit?

Ya. Pelan Bayaran Mudah masih diteruskan sehingga 30 Jun 2021 dan pembayaran boleh dibuat melalui mana-mana saluran pembayaran TNB yang sah.

Year:

View All

Description Date
View All
X