FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN, PLEASE CALL 15454
FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

OPERASI BACAAN METER & PENGEBILAN

Operasi bacaan meter TNB dan penyerahan bil fizikal akan disambung semula secara berperingkat mulai 15 Mei 2020 di Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Kelantan, dan mulai 19 Mei 2020 di Terengganu, Pahang, Melaka, Johor termasuk Putrajaya/ Cyberjaya dan Seri Manjung, Perak.
READ MORE

Operasi bacaan meter TNB dan penyerahan bil fizikal akan disambung semula secara berperingkat mulai 15 Mei 2020 di Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Kelantan, dan mulai 19 Mei 2020 di Terengganu, Pahang, Melaka, Johor termasuk Putrajaya/ Cyberjaya dan Seri Manjung, Perak.

Bagi pengguna-pengguna yang berada di negeri Selangor, Negeri Sembilan termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih akan menerima bil anggaran yang dikeluarkan berdasarkan amaun bil bulan sebelumnya. Bil anggaran tersebut akan diselaraskan apabila pembaca meter kami mengambil bacaan sebenar di premis apabila operasi bacaan meter dan penyerahan bil disambung semula.

Pengguna yang mempunyai meter pintar dan pengguna kuasa besar (seperti pasaraya, kilang dan sebagainya) pula akan menerima bil sebenar memandangkan bacaan meter boleh diperolehi secara jarak jauh. Sekiranya bacaan tidak berjaya diperolehi, bil akan dianggarkan.

1. Saya adalah pengguna kediaman yang telah menerima bil sebenar pada 15 Mei 2020. Bagaimana bil saya diselaraskan dengan bil anggaran yang diterima semasa tempoh PKP?

Sepanjang tempoh PKP, bil anda telah dianggarkan berdasarkan jumlah bil yang sama (RM) bagi bulan sebelumnya  kerana operasi bacaan meter dan penyerahan bil di premis dihentikan sementara waktu.

Walau bagaimanapun, pengguna meter pintar dan Pengguna Kuasa Besar (LPC) menerima bil sebenar disebabkan bacaan meter diperolehi secara jarak jauh semasa tempoh PKP.

Semasa bil sebenar dikeluarkan, pelarasan akan dibuat terhadap bil anggaran yang telah dikeluarkan berdasarkan prinsip berikut:

i. Apabila bacaan sebenar diperolehi, unit penggunaan sebenar akan dibahagikan secara sama rata mengikut bilangan hari yang telah dianggarkan sebelum ini dan dijumlahkan semula secara bulanan.
ii. Seterusnya, jumlah unit penggunaan bulanan akan didarabkan dengan kadar blok tarif bagi setiap bulan.
iii. Diskaun Pakej Rangsangan Ekonomi bagi bil anggaran yang telah dikeluarkan akan diselaraskan bagi menentukan kelayakan diskaun berdasarkan jumlah penggunaan sebenar dalam tempoh diskaun bermula 1 April 2020.
iv. Akhir sekali, jumlah bil sebenar selepas diskaun akan ditolak dengan jumlah bil anggaran terdahulu yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Contoh:

  • Tempoh pembilan = 20.02.2020 - 19.05.2020 (90 Hari)
  • Jumlah kegunaan = 900 kWh
  • Jenis Pembilan Semasa = Bil Sebenar
  • Jenis Pembilan Terdahulu = Bil Anggaran
  • Jumlah Bil Anggaran Terdahulu (bil bulan Mac dan April 2020) = RM167.78 (Caj Jumlah kegunaan + Diskaun PRIHATIN + caj KWTBB).

Butiran pembilan bil sebenar yang diterima pada 19.5.2020 adalah seperti berikut:

Tempoh pembilan 20.02.2020 - 19.05.2020 (90 Hari)
Jumlah kegunaan 900 kWh
Jenis Pembilan Semasa Bil Sebenar (bacaan sebenar)
Jenis Pembilan Terdahulu Bil Anggaran
Jumlah Bil Anggaran Terdahulu (Mac dan April) RM 167.78
(Caj jumlah kegunaan + Diskaun PRIHATIN + caj KWTBB)
Penggunaan di dalam bil anggaran 320 kWh sebulan
Diskaun PRIHATIN 15% sebulan

Contoh Bil Anggaran Bulan Mac dan April 2020

Contoh Bil dengan Bacaan Sebenar

Langkah 1: Tentukan faktor prorata

Faktor Prorata Tempoh Pembilan / 30
= 90 / 30
= 3.00000

Langkah 2: Darabkan faktor prorata dengan setiap band blok tariff (kWh) dan kadar tarif yang ditetapkan. Pengguna dapat menikmati kadar tarif yang rendah bagi penggunaan maksima di dalam setiap band.

Band Penggunaan x Faktor Prorata

Blok Tarif Asal (kWh) Blok Tarif Prorata Kadar Tarif (RM) Kadar Amaun (RM)
200 200 x 3 = 600 kWh 0.218 600 x 0.218 = 130.80
100 100 x 3 = 300 kWh 0.334 300 x 0.334 = 100.20

Langkah 3: Tentukan Jumlah Bil Layak Diskaun (Penggunaan Selepas 1 April 2020)

A = Jumlah Kegunaan sebelum 1 April 2020 (20.2.2020 – 31.3.2020) (41 hari / 90 hari) * 900 kWh = 410 kWh
B = Jumlah Kegunaan selepas 1 April 2020 (1.4.2020 – 19.5.2020)
adalah jumlah yang layak mendapat diskaun PRIHATIN
900 – 410 = 490 kWh
Pengiraan penentuan threshold Diskaun selepas 1 April 2020
C: Faktor Prorata
= Tempoh pembilan selepas 1 April 2020 / 30 hari
= 49 hari / 30 hari = 1.63333
Pengiraan  threshold bagi band penggunaan
1-200 kWh      = 50%
201-300 kWh  = 25%
301-600 kWh  = 15%
> 600 kWh      = 2%
= Band penggunaan kWh x C
= 200 x 1.63333 = 327 kWh  (50%)
= 300 x 1.63333 = 490 kWh  (25%)
= 600 x 1.63333 = 980 kWh  (15%)
> 980 kWh                             (2%)
Memandangkan Jumlah Kegunaan 490 kWh, maka diskaun PRIHATIN yang layak diterima adalah 25%
Kira % dan jumlah diskaun yang layak berdasarkan band penggunaan yang telah diprorata tempoh bacaan 1. (200 x (49 hari/30 hari)) x RM 0.218
    = 327 kWh x RM 0.218 = RM 71.29

2. (490 – 327) kWh x RM 0.334
    = 163 kWh x RM 0.334 = RM 54.44

25% Diskaun PRIHATIN x RM (71.29 + 54.44)
= 25% x RM 125.73
= - RM 31.43

Langkah 4: Selaraskan bil yang telah dicajkan semasa tempoh anggaran

Pelarasan Anggaran bagi bulan March & April - RM 167.78
Kegunaan Bulan Semasa (Mei 2020) Caj kegunaan bulan Mei + 25% Diskaun PRIHATIN + Jumlah pelarasan anggaran
= RM 231.00 + (- RM 31.43) + (- RM 167.78)
= 31.79
KWTBB (1.6%) (Caj kegunaan bulan Mei + (Diskaun PRIHATIN)) x 1.6%
= [RM 231.00 + (- RM 31.43)]  x 1.6%
= RM 3.19
Jumlah Caj Semasa dalam bulan Mei 2020 Kegunaan bulan Semasa  (Mei 2020) + KWTBB
= RM 31.79 + RM 3.19
= RM 34.98

2. Mengapa saya masih belum mendapat bil dengan bacaan sebenar walaupun TNB telah menyambung semula operasi bacaan meter di negeri-negeri yang telah diisytiharkan sebagai zon hijau mulai 15 Mei 2020?

Pembaca Meter telah mengunjungi premis anda untuk membuat bacaan. Namun begitu, bacaan meter mungkin tidak dapat dibuat disebabkan faktor – faktor berikut:

  • Premis berkunci
  • Meter di premis rosak
  • Tiada meter di premis
  • Paparan meter terhalang dari pandangan
  • Halangan akibat bencana alam
  • Anjing bebas di kawasan premis
  • Dan lain - lain

3. Saya masih menerima bil anggaran walaupun TNB telah menyambung semula operasi bacaan meter di premis bermula 15 Mei 2020. Bagaimana saya boleh memperolehi bil sebenar?

Untuk makluman, operasi bacaan meter TNB dan penyerahan bil disambung semula secara berperingkat mulai 15 Mei 2020, bermula dengan negeri-negeri yang telah diisytiharkan sebagai zon hijau bagi menjamin keselamatan pelanggan dan anggota kerja TNB.

Terdapat dua (2) kaedah di mana tuan/puan boleh mendapatkan bil dengan bacaan sebenar:

  • Sebagai pemilik akaun elektrik, tuan/puan boleh mengaktifkan perkhidmatan Self Meter Reading (SMR) dan menghantar bacaan pada meter di premis melalui aplikasi atau portal myTNB untuk tujuan pembilan apabila menerima notifikasi/SMS daripada pihak TNB. Perkhidmatan ini tersedia kepada pengguna kediaman (domestik) yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mytnb.com.my/residential/get-electricity/self-meter-reading.
  • Tuan/puan juga boleh memajukan gambar bacaan meter di premis, tarikh gambar meter diambil berserta nombor akaun TNB (12-digit) melalu:

Setelah semakan dibuat untuk memastikan maklumat bacaan meter yang diberikan adalah teratur, pelarasan bil dengan bacaan sebenar akan dibuat dalam masa lima (5) hari bekerja.

4. Sekiranya saya telah memberikan bacaan sebenar kepada TNB CareLine, bilakah  saya boleh memperolehi  bil dengan bacaan sebenar?

Setelah semakan dibuat untuk memastikan maklumat bacaan meter yang diberikan adalah teratur, pelarasan bil dengan bacaan sebenar akan dibuat dalam masa lima (5) hari bekerja.

5. Bagaimana saya boleh mendapatkan salinan bil elektrik saya semasa tempoh PKPB?

Salinan bil elektrik boleh diperolehi melalui:

  • Aplikasi myTNB (muat turun secara percuma di Google Play Store atau Apple App Store)
  • Portal myTNB
  • E-mel: [email protected]
  • Hubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454 (8:00 pagi hingga 5:00 petang setiap hari)
  • Media Sosial: Direct message di Facebook TNB CareLine

6. Saya tidak menerima sebarang bil anggaran dan pembayaran belum dibuat sepanjang tempoh PKP. Saya telah menerima bil bulanan sebenar pertama dengan jumlah perlu dibayar yang tinggi. Bagaimana saya boleh mengasingkan jumlah bil anggaran yang perlu dibayar dan jumlah bil semasa?

Maklumat mengenai bil anggaran yang perlu dibayar dan jumlah bil semasa boleh diperolehi daripada bil elektrik anda yang terkini.

Bagi pembayaran bil terdahulu yang belum dijelaskan, amaun tersebut akan dipaparkan di bawah keterangan ‘Tunggakan’ manakala amaun bil semasa di bawah keterangan ‘Caj Semasa.’

Contoh:

Jumlah bil anggaran yang belum dibayar di bawah tunggakan adalah RM 1,128.72
Jumlah bil semasa bulan Mei 2020 adalah RM 40.21

7. Adakah TNB akan menghantar bil bulan Mac dan April apabila tempoh PKP/PKBP tamat?

TNB tidak akan menghantar bil anggaran yang dikeluarkan semasa tempoh PKP/PKPB  berkuatkuasa. Walau bagaimanapun, salinan bil elektrik boleh diperolehi melalui:

  • Aplikasi myTNB (muat turun secara percuma di Google Play Store atau Apple App Store)
  • Portal myTNB
  • E-mel: [email protected]
  • Hubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454 (8:00 pagi hingga 5:00 petang setiap hari)
  • Media Sosial: Direct message di Facebook TNB CareLine

8. Adakah saya masih perlu membuat pembayaran sekiranya saya menerima bil anggaran semasa PKP/PKPB?

Ya. Pembayaran masih perlu dibuat berdasarkan jumlah pada bil anggaran yang telah dikeluarkan. 

Pelbagai saluran pembayaran disediakan untuk kemudahan anda:

  • Express Payment di portal myTNB – bayar bil tanpa perlu log masuk ke portal myTNB
  • Portal dan aplikasi myTNB – akses bil dan buat pembayaran dengan mudah
  • JomPay (biller code: 5454, ref 1: nombor akaun TNB) dan perbankan internet
  • Pos Malaysia, Kedai Mesra, 7-Eleven, KK Mart and 99 Speedmart

Pengguna adalah dinasihatkan agar berhati-hati semasa membuat pembayaran bil elektrik dan elakkan daripada ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang cuba menyamar sebagai ejen kutipan TNB.

9. Pemotongan bekalan elektrik telah dilaksanakan di premis saya sebelum PKP berkuatkuasa. Adakah saya akan menerima bil walaupun bekalan elektrik telah dipotong?

Tiada bil akan dikeluarkan sekiranya pemotongan bekalan elektrik telah dilaksanakan di premis.

10. Sekiranya negeri saya kembali ke zon kuning atau merah status Covid-19, adakah TNB akan kembali membuat bacaan anggaran bagi bil bulanan yang diterima oleh pengguna?

TNB sentiasa menilai situasi Covid-19 dari semasa ke semasa. Berdasarkan perkembangan semasa dan demi keselamatan pengguna dan pembaca meter TNB, maka kami akan membuat pengumuman sekiranya bacaan meter di premis pengguna perlu dihentikan sementara waktu dan bil anggaran akan dikeluarkan bagi tempoh tertentu.

Year:

View All

Description Date
View All
X

OPERASI KEDAI TENAGA DAN KIOS PEMBAYARAN LAYAN DIRI

Mulai 12 Mei 2020, Kedai Tenaga kini kembali beroperasi secara berperingkat
READ MORE

1. Adakah Kedai Tenaga akan beroperasi di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bersyarat berkuatkuasa?

  • Mulai 12 Mei 2020, Kedai Tenaga kini kembali beroperasi secara berperingkat.  Untuk permulaan, sebanyak 45 Kedai Tenaga dan 31 kios pembayaran layan diri telah mula beroperasi di lima negeri yang telah diisytihar sebagai Zon Hijau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (kecuali Seri Manjung) dan Kelantan.
     
  • Seterusnya, sebanyak 47 Kedai Tenaga dan 26 kios pembayaran layan diri akan mula beroperasi pada 18 Mei 2020 di lima negeri di mana kawasan/daerah telah diisytihar sebagai Zon Hijau dan Zon Kuning oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, termasuk Putrajaya/Cyberjaya dan Seri Manjung, Perak.
     
  • Waktu operasi Kedai Tenaga bermula dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang (tiada operasi pada hujung minggu dan cuti umum) dan kios pembayaran layan diri dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari.
     
  • Kedai Tenaga di negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih ditutup di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat  (PKPB) berkuatkuasa.
     
  • TNB sedang melaksanakan persiapan terakhir bagi memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat dan peraturan semasa serta Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di semua Kedai Tenaga dan kios pembayaran layan diri.
     
  • Tarikh mula operasi Kedai Tenaga dan kios pembayaran layan diri di kawasan dan negeri lain akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Senarai Kedai Tenaga yang telah dibuka boleh dirujuk di sini.

2. Adakah TNB melaksanakan sebarang langkah berjaya-jaga untuk melindungi keselamatan pengguna atau pelawat yang mengunjungi Kedai Tenaga?

Ya. Langkah-langkah persiapan telah dibuat untuk melindungi keselamatan pengguna dan pelawat sebelum Kedai Tenaga dan kios pembayaran layan diri kembali beroperasi.
Semasa mengunjungi Kedai Tenaga, para pelanggan dinasihatkan agar mematuhi langkah berjaya-jaga berikut:

  • Memakai penutup hidung dan mulut
  • Mengamalkan penjarakan sosial (social distancing) dengan duduk / berdiri di kawasan yang disediakan
  • Menggunakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) yang disediakan
  • Menjalani pemeriksaan suhu badan
  • Mengisi maklumat perhubungan di pintu masuk

Pelanggan yang mengalami gejala seperti demam (suhu melebihi 37.5 darjah celcius), batuk, selesema dan kesukaran bernafas dinasihatkan supaya duduk di rumah dan dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

Year:

View All

Description Date
View All
X

PEMBAYARAN BIL DAN CAS SAMBUNGAN PENGGUNA (CSP)

1. Adakah terdapat kaedah pembayaran yang lain selain pembayaran di Kedai Tenaga dan kios pembayaran layan diri TNB?

Pelbagai saluran pembayaran disediakan untuk kemudahan pengguna iaitu:

a. Express Payment @ portal myTNB – bayar bil tanpa perlu log masuk ke portal myTNB
b. Portal dan aplikasi myTNB – akses bil dan buat pembayaran dengan mudah
c. JomPay (biller code: 5454, ref 1: nombor akaun TNB 12-digit)
d. Perbankan internet
e. Pos Malaysia, Kedai Mesra, 7-Eleven, KK Mart and 99 Speedmart

Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

2. Sekiranya saya ingin membuat pembayaran Caj Sambungan Pengguna (CSP) melebihi RM30 ribu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa, bolehkah saya membuat pembayaran tersebut di portal myTNB?

Pembayaran maksimum yang dibenarkan dengan akaun bank simpanan/semasa melalui portal myTNB adalah RM30 ribu bagi setiap transaksi. Anda boleh menghubungi TNB CareLine 1-300-88-5454 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai saluran pembayaran bagi amaun melebihi RM30 ribu bagi setiap transaksi.

Year:

View All

Description Date
View All
X

PENALTI LEWAT BAYAR

1. Adakah saya, pengguna akaun Perdagangan akan dikenakan Penalti Lewat Bayar sekiranya bil anggaran yang diterima semasa tempoh PKP?

Ya. Penalti lewat bayar akan dicajkan seperti biasa ke atas jumlah bil elektrik yang tertunggak oleh pengguna akaun Perdagangan. Pembayaran masih perlu dibuat berdasarkan jumlah pada bil yang dikeluarkan.

2. Bagaimana penalti lewat bayar akan dikenakan ke atas bil saya?

a. Penalti lewat bayar dikira pada kadar 1% sebulan (simple interest) ke atas jumlah tunggakan bil dengan mengambil kira bilangan hari tertunggak
b. [Jumlah tunggakan] x 1% x Bilangan hari tertunggak / 30 hari
c. Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

Year:

View All

Description Date
View All
X

PEMOTONGAN BEKALAN

1. Adakah premis saya akan terlibat dengan pemotongan bekalan dalam tempoh PKP/PKPB ini sekiranya bil terdahulu atau bil anggaran tidak dibayar dalam tempoh kredit 30 hari?

Tidak. Bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, TNB telah  menghentikan sebarang aktiviti pemotongan termasuk permintaan daripada pemilik akaun TNB sepanjang tempoh PKP/PKPB berkuatkuasa.

Year:

View All

Description Date
View All
X

PERKHIDMATAN LAIN

Untuk kemudahan pengguna, anda boleh mendapatkan perkhidmatan berkaitan akaun elektrik TNB melalui Portal myTNB
READ MORE

Demi keselamatan pengguna dan warga kerja TNB, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pembukaan Kedai Tenaga dan kios pembayaran dilaksanakan secara berperingkat mengikut negeri yang telah diisytihar sebagai Zon Hijau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Untuk kemudahan pengguna, anda boleh mendapatkan perkhidmatan berkaitan akaun elektrik TNB melalui Portal myTNB.

1. Saya telah menjual rumah saya dan memajukan permohonan untuk menutup akaun elektrik TNB sebelum tempoh PKP berkuatkuasa. Namun, saya masih belum menerima bil terakhir dan pengguna baru telah pun menduduki premis tersebut. Siapa yang akan bertanggungjawab untuk pembayaran bil elektrik yang dikeluarkan oleh TNB?

Sekiranya akaun premis belum bertukar nama, penama bagi akaun aktif adalah bertanggungjawab terhadap bil elektrik yang dikeluarkan.

2. Adakah permohonan baharu untuk mendapatkan bekalan elektrik boleh dikemukakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkuasa?

Ya. Anda boleh membuat permohonan baharu untuk mendapatkan bekalan elektrik melalui portal myTNB di www.mytnb.com.my atau melalui mana-mana Kedai Tenaga yang telah mula beroperasi. Permohonan akan diproses seperti biasa dan penyaluran bekalan ke premis telah dilaksanakan bermula tempoh PKPB kecuali permohonan bekalan melibatkan projek/pembangunan yang masih belum mendapat kebenaran untuk perlaksanaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Sila klik di sini untuk senarai Kedai Tenaga yang telah mula beroperasi.

3. Sekiranya saya ingin membuat penukaran nama akaun elektrik TNB, bolehkah proses penukaran nama ini dilakukan semasa tempoh PKP berkuatkuasa?

Ya. Proses penukaran nama pemegang akaun boleh dilakukan melalui portal myTNB atau melalui mana-mana Kedai Tenaga yang telah mula beroperasi.

4. Adakah permohonan penutupan  akaun untuk menamatkan kontrak bekalan boleh dikemukakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkuasa?

Ya. Anda boleh membuat permohonan penutupan akaun melalui portal myTNB atau melalui mana-mana Kedai Tenaga yang telah mula beroperasi. Permohonan akan diproses seperti biasa dan penanggalan jangka bagi tujuan pemotongan bekalan telah dilaksanakan bermula tempoh PKPB.

5. Adakah permohonan pemotongan bekalan boleh dikemukakan di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat berkuatkuasa?

Tidak. Bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna dan warga kerja TNB, TNB telah menghentikan sebarang aktiviti pemotongan termasuk permintaan daripada pemilik akaun TNB di sepanjang tempoh PKPB berkuatkuasa.

6. Bekalan elektrik saya telah dipotong sebelum 18 Mac 2020 dan saya ingin membuat penyambungan semula bekalan eletrik. Adakah permohonan penyambungan semula bekalan boleh dikemukakan di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat berkuatkuasa?

Ya. Anda boleh membuat permohonan penyambungan semula melalui saluran sedia ada setelah pembayaran penuh dilakukan melalui saluran pembayaran rasmi yang disediakan oleh TNB.

Year:

View All

Description Date
View All
X

SALURAN PERTANYAAN

1. Memandangkan Kedai Tenaga hanya akan dibuka secara berperingkat, di manakah saya boleh mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kedai Tenaga?

Anda boleh melayari portal myTNB atau hubungi TNB CareLine di talian 1-300-88-5454 yang beroperasi pada 8:00 pagi hingga 5:00 petang setiap hari.

2. Jika berlaku sebarang gangguan bekalan elektrik, adakah saya masih boleh menghubungi talian 15454?

Ya. Anda  boleh menghubungi talian 15454 yang beroperasi 24 jam setiap hari atau membuat aduan melalui saluran Facebook TNB CareLine.

Year:

View All

Description Date
View All
X