FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN, PLEASE CALL 15454
FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

MAKLUMAT AM

1. Apakah Diskaun Bil Elektrik yang boleh saya perolehi berikutan penularan Wabak COVID-19?

Dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia (PERMAI 2021) yang diumumkan oleh Kerajaan pada 18 Januari 2021, enam (6) sektor perniagaan terpilih yang terjejas berikutan penularan wabak COVID-19 akan menerima diskaun 10% bagi penggunaan elektrik dari 1 Januari hingga 31 Mac 2021. Seterusnya, Kerajaan telah mengumumkan Pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA 2021) pada 17 Mac 2021 iaitu pelanjutan diskaun 10% kepada 6 sektor perniagaan terpilih dari 1 April hingga 30 Jun 2021.

2. Siapakah yang layak menerima diskaun bil elektrik di bawah Pakej Bantuan PERMAI/PEMERKASA 2021?

Pengguna-pengguna dari kategori Perdagangan bagi 6 sektor berikut layak menerima diskaun ke atas bil elektrik:

  • Pengendali Hotel;
  • Taman Tema;
  • Pusat Konvensyen;
  • Pusat Membeli Belah;
  • Pejabat Syarikat Penerbangan Tempatan; dan
  • Agensi Pelancongan.

3. Berapakah jumlah diskaun yang akan diberi?

Diskaun 10% akan diterima oleh pengguna-pengguna bagi 6 sektor perniagaan terpilih seperti di para 2.

4. Bilakah tempoh layak menerima diskaun bil elektrik ini?

Diskaun bil elektrik di bawah Pakej Bantuan PERMAI 2021 ini diberikan untuk tempoh tiga (3) bulan bagi penggunaan elektrik dari 1 Januari hingga 31 Mac 2021. Manakala, diskaun bil elektrik di bawah Pakej PEMERKASA 2021 diberikan untuk tempoh 3 bulan bagi penggunaan elektrik dari 1 April hingga 30 Jun 2021.

Ini bermakna bagi bil elektrik yang diterima dalam bulan Januari 2021 dan meliputi penggunaan elektrik untuk bulan Disember 2020 dan Januari 2021, diskaun akan dikira secara prorata berdasarkan penggunaan dalam bulan Januari 2021. Sekiranya bil yang diterima dalam bulan Januari 2021 hanya meliputi penggunaan sehingga 31 Disember 2020, tiada diskaun yang akan diterima oleh pengguna bagi bil tersebut.

Bermula 1 Februari 2021, pengguna akan menerima bil dengan pemakluman mengenai diskaun PERMAI 2021 bagi penggunaan elektrik mulai 1 Januari 2021.

5. Apakah jenis-jenis tarif yang layak menerima diskaun bil elektrik?

Jenis-jenis tarif yang layak menerima diskaun bil elektrik di bawah Pakej PERMAI/PEMERKASA 2021 adalah seperti berikut:

Kategori Pengguna Tarif Kadar Diskaun
Perdagangan
6 sektor perniagaan terpilih
B, C1, C2 dan
Perjanjian Khas*
10%

*Yang diluluskan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) sahaja

Year:

View All

Description Date
View All
X

ENAM (6) SEKTOR PERNIAGAAN TERPILIH

6. Apakah sektor perniagaan yang layak menerima diskaun sebanyak 10%?

Enam (6) sektor perniagaan yang telah dikenalpasti oleh Kerajaan bagi diskaun 10% meliputi:

  • Pengendali Hotel;
  • Taman Tema;
  • Pusat Konvensyen;
  • Pusat Membeli Belah;
  • Pejabat Syarikat Penerbangan Tempatan; dan
  • Agensi Pengembaraan dan Pelancongan.

Pengguna perdagangan dari 6 sektor terpilih yang telah menerima diskaun 15% di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 akan secara automatik layak menerima diskaun 10% di bawah Pakej PERMAI/ PEMERKASA 2021.

7. Adakah saya layak untuk menerima diskaun 10% untuk kesemua akaun berdaftar sekiranya mempunyai lebih dari satu akaun elektrik?

Ya. Bagi pengguna yang mempunyai lebih daripada satu akaun berdaftar dalam enam (6) sektor perniagaan terpilih dan semua akaun telah disahkan layak oleh Kerajaan, maka kesemua akaun tersebut adalah layak menerima diskaun bil elektrik 10%.

8. Saya mendapatkan perkhidmatan bekalan elektrik daripada pembekal lain selain Tenaga Nasional Berhad (TNB). Adakah saya juga layak menerima diskaun bil elektrik 10%?

Ya. Pengguna dalam enam (6) sektor perniagaan terpilih yang disahkan oleh Kerajaan layak menerima diskaun bil elektrik 10% daripada pembekal elektrik masing-masing.

9. Saya merupakan pengendali pelancongan tetapi saya tidak mempunyai akaun yang berdaftar dengan TNB kerana saya menyewa premis perniagaan. Bagaimanakah saya boleh memohon diskaun 10% tersebut?

Pengguna dari 6 kategori perniagaan terpilih dan tidak mempunyai akaun berdaftar dengan pihak TNB boleh memohon diskaun 10% dengan mengambil tindakan seperti berikut:

  • Lengkapkan Borang Permohonan Diskaun 10%. Borang boleh dimuat turun di pautan yang dinyatakan di bawah sehingga 30 Jun 2021 dan perlu dihantar kepada pembekal elektrik selewat-lewatnya pada 30 Jun 2021:
  • Sila pastikan setiap borang permohonan yang lengkap disertakan bersama- sama dengan dokumen sokongan seperti berikut:
    • Salinan Borang 9 (Borang Pendaftaran Syarikat);
    • Salinan Lesen Perniagaan yang sah tempoh; dan
    • Salinan bil elektrik
  • Kemukakan borang yang telah dilengkapkan dan dokumen sokongan kepada pihak utiliti:

    ​Bagi Pengguna TNB
    • e-mel kepada TNB CareLine di [email protected]; atau
    • Kedai Tenaga yang berdekatan (selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan)

Seterusnya, pihak utiliti akan melakukan semakan silang dan proses saringan pengguna yang layak dan memajukan permohonan yang lengkap kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bagi tujuan pengesahan dan kelulusan untuk mendapat diskaun 10%. Bagi permohonan yang telah diluluskan, pihak utiliti akan mengemaskini maklumat kelayakan dalam sistem pembilan utiliti.

Maklumat pengguna yang layak akan dikemaskini dalam laman sesawang Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. Pengguna boleh menyemak status kelayakan diskaun 10% di laman sesawang KeTSA.

10. Saya termasuk dalam enam (6) sektor perniagaan yang layak menerima diskaun 10% tetapi apabila menyemak penggunaan elektrik saya untuk bulan Januari 2021, saya dapati tiada diskaun diberikan. Bagaimana saya boleh memohon diskaun tersebut?

Pengguna dari 6 sektor perniagaan terpilih di mana akaun elektrik mereka tidak termasuk dalam senarai awal yang diluluskan Kerajaan, boleh membuat rayuan dengan mengambil langkah-langkah seperti berikut:

  • Lengkapkan Borang Permohonan Diskaun 10%. Borang boleh dimuat turun di pautan yang dinyatakan di bawah sehingga 30 Jun 2021 dan perlu dihantar kepada pembekal elektrik selewat-lewatnya pada 30 Jun 2021:
  • Sila pastikan setiap borang permohonan yang lengkap disertakan bersama- sama dengan dokumen sokongan seperti berikut:
    • Salinan Borang 9 (Borang Pendaftaran Syarikat);
    • Salinan Lesen Perniagaan yang sah tempoh; dan
    • Salinan bil elektrik
  • Kemukakan borang yang telah dilengkapkan dan dokumen sokongan kepada pihak utiliti:
    Bagi Pengguna TNB
    • e-mel kepada TNB CareLine di [email protected]; atau
    • Kedai Tenaga yang berdekatan (selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan)

Seterusnya, pihak utiliti akan melakukan semakan silang dan proses saringan pengguna yang layak dan memajukan permohonan yang lengkap kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bagi tujuan pengesahan dan kelulusan untuk mendapat diskaun 10%. Bagi permohonan yang telah diluluskan, pihak utiliti akan mengemaskini maklumat kelayakan dalam sistem pembilan utiliti.

Maklumat pengguna yang layak akan dikemaskini dalam laman sesawang Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. Pengguna boleh menyemak status kelayakan diskaun 10% di laman sesawang KeTSA di sini.

11. Di manakah saya perlu menghantar borang permohonan rayuan diskaun 10%?

Borang permohonan yang lengkap dengan dokumen sokongan yang diperlukan boleh dihantar ke saluran berikut untuk dimajukan oleh pihak TNB kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi tujuan semakan dan pengesahan:

  • e-mel kepada TNB CareLine di [email protected]; atau
  • Kedai Tenaga yang berdekatan (selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan)

12. Apakah tindakan yang perlu diambil oleh pengguna yang tiada dalam senarai pihak Kerajaan untuk melayakkan mereka menerima diskaun 10% ini?

Bagi pengguna di bawah enam (6) sektor perniagaan terpilih yang tidak tersenarai dalam senarai awal yang disahkan layak oleh pihak Kerajaan, pengguna boleh mengemukakan rayuan dengan mengambil tindakan seperti dinyatakan di Soalan 10.

13. Jika permohonan saya bagi diskaun bil elektrik 10% diluluskan oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli selepas 1 Februari 2021, bolehkah saya membuat tuntutan diskaun bil elektrik 10% bermula dari 1 Januari 2021?

Ya. Kelayakan pengguna akan dikira mulai penggunaan elektrik dari 1 Januari 2021 hingga 31 Mac 2021 bagi Pakej PERMAI dan 1 April hingga 30 Jun 2021 bagi Pakej PEMERKASA. Seterusnya, pihak TNB akan membuat pelarasan ke atas bil pengguna.

14. Di manakah saya boleh membuat semakan sama ada akaun elektrik saya telah tersenarai untuk menerima diskaun bil elektrik 10%?

Anda boleh membuat semakan kelayakan di laman sesawang KeTSA di sini dengan memasukkan nombor akaun elektrik berdaftar anda.

15. Adakah pemberian diskaun bil elektrik 10% diberi secara automatik?

Ya. Pemberian diskaun 10% diberi secara automatik kepada pengguna dalam 6 sektor perniagaan terpilih di mana akaun elektrik mereka telah diluluskan oleh pihak Kerajaan.

Bagi pengguna dalam 6 sektor perniagaan terpilih yang akaun elektrik mereka tidak termasuk dalam senarai yang telah diluluskan, pengguna boleh membuat rayuan melalui proses seperti dinyatakan di Soalan 10 di atas.

Year:

View All

Description Date
View All
X

KAEDAH PENGIRAAN DISKAUN

16. Bagaimanakah pengiraan diskaun 10% pada bil elektrik dibuat?

Diskaun bil elektrik dikira seperti berikut:

Formula Pengiraan Diskaun % Diskaun  x  Caj dalam RM (kW + kWh) + ICPT +  Diskaun Lain (Sekiranya Ada)

Keterangan:

Jenis Caj Keterangan
kWh Caj  Penggunaan Elektrik
kW Caj Kehendak Maksimum
ICPT Imbalance Cost Pass Through atau Pelepasan Imbangan Kos Bahan Api dan Penjanaan
Discount Diskaun sedia ada seperti diskaun 10% bagi institusi pendidikan

Nota: Jenis caj yang tidak diambilkira untuk Diskaun Bil Elektrik ialah Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu, Surcaj Angkadar Kuasa, Penalti Lewat Bayar, Surcaj Alat Kimpal, Deposit Tambahan, Lampu Jalan Individu, Caj Minimum Bulanan dan Caj Bekalan Sementara.

Contoh-contoh pengiraan diskaun bil elektrik pengguna adalah:

Contoh 1: Pengguna Tarif Perdagangan Berdasarkan Bacaan Sebenar Yang Layak Menerima Diskaun 10% (Penggunaan selepas 1 Januari 2021)

Pengiraan Diskaun = % Diskaun x (Caj Penggunaan kWh + Caj ICPT)
= 10% x (RM1,565.14 + (RM-62.08))
Jumlah diskaun diterima = RM 150.31

 

Contoh 2: Pengguna Tarif Perdagangan Yang Meliputi Penggunaan di Bulan Disember 2020 dan Januari 2021. Pengiraan Berdasarkan Kaedah Prorata Bagi Penggunaan Yang Layak Menerima Diskaun 10% (Penggunaan selepas 1 Januari 2021)

Pengiraan prorata bagi penggunaan yang layak menerima diskaun 10% (1 Januari 2021 – 12 Januari 2021):

A: Tempoh Bil 14.12.2020 -12.01.2021 30 Hari
B :Tempoh Penggunaan sebelum 1.1.2021 18 Hari
C :Tempoh Penggunaan selepas 1.1.2021 12 Hari
D :Jumlah Penggunaan kWh 1,150 kWh
E :Jumlah Penggunaan sebelum 1.1.2021  (B/A)* D 690 kWh
F : Jumlah Penggunaan selepas 1.1.2021  (D-E) 460 kWh
G:  Pengiraan Rebat ICPT (RM0.02/kWh) (F*RM0.02) RM -9.20

Prorata Blok Tarif (kWh) bagi Januari 2021 dan pengiraan diskaun bagi penggunaan 460kWh:

Blok Tarif Blok Tarif
Jan 2021
Kegunaan(kWh)
Jan 2021
Kadar (RM) Amaun RM
200 80 80 0.435 RM34.80
> 200 kWh >80 380 0.509 RM193.42
Jumlah penggunan bagi 460kWh RM228.22
% Diskaun x (Caj Penggunaan kWh + Caj ICPT) [10% x (228.22 +(-9.20)]
Jumlah diskaun diterima RM21.90

17. Saya telah menerima bil anggaran (Bil E) dengan 10% Diskaun Permai. Adakah saya akan menerima diskaun elektrik apabila menerima bil dengan bacaan sebenar?

Ya. Bil anggaran yang dikeluarkan akan diselaraskan apabila bacaan sebenar diperolehi. Pelarasan juga akan dibuat ke atas diskaun elektrik.

Contoh: Berdasarkan bacaan anggaran bagi pengguna Tarif Perdagangan yang layak menerima Diskaun 10% (penggunaan selepas 1 Januari 2021) dan diselaraskan pada bulan berikutnya dengan bacaan sebenar.

Contoh 1: Bil bacaan anggaran dan pengiraan diskaun ke atas penggunaan anggaran:

Pengiraan Diskaun = % Diskaun x (Caj Penggunaan kWh + Caj ICPT)
= 10% x (RM86.13 + (RM-3.96))
Jumlah diskaun diterima = RM 8.22

 

Contoh 2: Bil diselaraskan berdasarkan penggunaan Bacaan Sebenar:

Pengiraan Diskaun = % Diskaun x (Caj Penggunaan kWh + Caj ICPT)
= 10% x (RM224.90 + (RM-10.00))
Jumlah diskaun diterima = RM 21.49

18. Adakah terdapat had masa bagi pelarasan diskaun untuk bil anggaran?

Bagi pengguna yang menerima bil anggaran (Bil E), pelarasan diskaun akan dibuat setakat pembilan 31 Ogos 2021 sahaja. Sekiranya bil sehingga pembilan 31 Ogos 2021 masih berstatus E, maka diskaun yang telah diberikan dianggap muktamad dan tiada lagi pelarasan akan dibuat setelah bil sebenar diperolehi.

Year:

View All

Description Date
View All
X

SALURAN PERTANYAAN

Siapakah yang boleh dihubungi untuk mendapatkan maklumat diskaun Pakej PERMAI 2021 dengan lebih lanjut?

  • Talian hotline MyGCC: 03-8000 8000
  • Talian hotline TNB: 1-300-88-5454
  • Talian hotline SESB: 088-515000
  • Talian hotline SEB: 1-300-88-3111
  • Talian hotline Sekretariat PERMAI/PEMERKASA 2021: 03-8882 9089

Year:

View All

Description Date
View All
X