FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN, PLEASE CALL 15454
FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

MAKLUMAT AM

1. Apakah bantuan yang boleh saya perolehi berikutan kesan terjejas ke atas bencana banjir bulan Disember 2021 baru-baru ini?

Lanjutan daripada pengumuman Perdana Menteri mengenai usaha Kerajaan dalam meringankan beban mangsa banjir, TNB akan melaksanakan pemberian rebat 100% bagi bil elektrik bulan Disember 2021 secara one-off kepada pengguna kediaman (domestik) yang terjejas berikutan bencana banjir. Pemberian rebat adalah kepada pengguna kediaman/domestik yang terjejas merangkumi beberapa negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu dan Kelantan.

2. Bilakah pengguna yang layak akan menerima Rebat Bantuan Banjir?

Rebat akan diberikan secara automatik sebanyak 100% secara one-off bagi penggunaan satu bulan bil. Pengguna yang layak akan menerima Rebat Bantuan Banjir di dalam bil elektrik bulan Januari 2022.

3.  Apakah yang dimaksudkan dengan pengguna terjejas dan layak menerima Rebat Bantuan Banjir ini?
  • Pengguna dari kategori Kediaman (Tarif A - Domestik); dan
  • Premis pengguna dimasuki dan/atau dinaiki air semasa tempoh banjir bulan Disember 2021 di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Terengganu dan Kelantan.

Year:

View All

Description Date
View All
X

KAEDAH PELAKSANAAN REBAT BANTUAN BANJIR

4. Berapakah jumlah Rebat Bantuan Banjir yang akan diterima oleh pengguna yang layak?

Pengguna yang layak akan menerima jumlah rebat berdasarkan tarikh bil bulan Disember 2021 iaitu:

a) Jika bil bulan Disember 2021 anda di antara 1 – 17 Disember 2021, jumlah rebat adalah berdasarkan caj semasa bil Januari 2022.
b) Jika bil bulan Disember 2021 anda di antara 18 – 31 Disember 2021, jumlah rebat adalah berdasarkan caj semasa bil Disember 2021.

5. Apakah komponen bil elektrik yang diambilkira dalam pengiraan Rebat Bantuan Banjir?

Pemberian rebat adalah berdasarkan keseluruhan jumlah penggunaan semasa termasuk kesemua komponen bil iaitu unit kegunaan kWj, Imbalance Cost Pass-Through (ICPT), diskaun (sekiranya ada), KWTBB (1.6%), Service Tax (6%) dan surcaj lewat bayar. Pemberian rebat adalah tidak termasuk caj tunggakan bil elektrik dan bil anggaran terdahulu (sekiranya ada).

6. Bagaimana saya boleh mengetahui bahawa Rebat Bantuan Banjir telah dimasukkan ke dalam bil elektrik bulan Januari 2022?

Sekiranya anda layak menerima Rebat Bantuan Banjir, pemberian rebat ini akan dimasukkan ke dalam bil bulan Januari 2022. Anda juga akan menerima Penyata Rebat Bantuan Banjir serta risalah berkaitan Rebat Bantuan Banjir dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh bacaan meter dibuat.

Contoh Bil

Nota: Bil ini adalah berdasarkan Tarikh bil sebelum 18 Disember 2021 di mana rebat akan diberikan berdasarkan caj semasa bil Januari 2022.

Penyata Rebat Bantuan Banjir yang akan diserahkan bersama bil elektrik bulan Januari 2022.

  • Jika bil Disember 2021 anda di antara 1 – 17 Dis 2021, jumlah rebat adalah berdasarkan caj semasa bil Januari 2022
  • Jika bil Disember 2021 anda di antara 18-31 Dis 2021, jumlah rebat adalah berdasarkan caj semasa bil Disember 2021
7. Pembaca Meter telah datang ke rumah saya untuk membaca meter. Namun, bil tidak diserahkan kepada saya. Kenapa Pembaca Meter tidak serahkan bil elektrik bulan Januari 2022 kepada saya?

Pembaca Meter akan membuat semakan di premis pengguna semasa bacaan meter dibuat bagi mengenalpasti pengguna yang layak menerima rebat. Sekiranya pengguna layak menerima rebat, Pembaca Meter akan menyerahkan risalah seperti di bawah.

Bil Januari 2022 anda akan diserahkan oleh Pembaca Meter dalam tempoh 7 hari bekerja selepas bacaan meter dibuat berserta Penyata Rebat Bantuan Banjir dan infografik “Memahami Penyata Rebat Bantuan Banjir”.

8. Bagaimana saya boleh memperolehi salinan bil Januari 2021 saya?

Anda boleh mendapatkan salinan bil dalam tempoh 7 hari bekerja selepas bacaan meter dibuat melalui:

I.   Aplikasi myTNB (muat turun secara percuma di Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery)
II.  Portal myTNB di www.mytnb.com.my
III. E-mel ke [email protected]
IV. Hubungi TNB CareLine 1-300-88-5454 (Isnin – Jumaat: 8.00 pagi - 7.00 petang, Hujung minggu & cuti umum: 8.00 pagi - 5.00 petang)
V.  Media Sosial: Private Message di Facebook TNB Careline

9. Saya telah menerima bil Januari 2022 di mana ia merupakan bil anggaran, dan bil Disember 2021 saya juga merupakan bil anggaran. Adakah rebat ini akan diselaraskan apabila bacaan sebenar diperolehi?

Tiada sebarang pelarasan bagi Rebat Bantuan Banjir akan dibuat apabila bacaan sebenar diperolehi.

10. Rumah saya dinaiki air semasa bencana banjir yang melanda baru-baru ini tetapi tiada pemberian rebat secara automatik diberikan di dalam bil bulan Januari 2022. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan rebat ini?

Pengguna boleh menghubungi TNB CareLine, TNB Sosial Media atau Kedai Tenaga berdekatan untuk memberi maklum balas.

Kami di TNB akan menolong pelanggan dengan membuat semakan dan pengesahan sokongan dengan agensi kerajaan yang terlibat dalam pengurusan bencana banjir seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Ketua Masyarakat. Pengguna juga boleh mengemukakan terus kepada pihak TNB sekiranya telah memperolehi dokumen pengesahan daripada agensi yang berkaitan.

Tarikh akhir untuk pengguna membuat maklum balas kepada TNB adalah sebelum atau pada 28 Februari 2022 dan pemberian Rebat Bantuan Banjir yang diluluskan akan dimasukkan ke dalam bil bulan seterusnya.

Year:

View All

Description Date
View All
X

KAEDAH PENGIRAAN REBAT BANTUAN BANJIR

11. Bagaimanakah pengiraan Rebat Bantuan Banjir dibuat?

Contoh pengiraan Rebat Bantuan Banjir di dalam bil elektrik bulan Januari 2022:

Contoh A:
Tarikh bil bulan Disember 2021 adalah di antara 18hd - 31 Disember 2021

Tempoh Bil Jenis Bacaan
20.11.2021 – 20.12.2021 (31 hari) Sebenar
21.12.2021- 20.01.2022 (31 hari) Sebenar

Rebat Bantuan Banjir = RM127.70 (bersamaan dengan Caj Semasa bil bulan Disember 2021)

Nota:

  • Rebat Bantuan Banjir tidak termasuk tunggakan dan jumlah bil anggaran terdahulu
  • Kadar ICPT adalah berdasarkan kepada kadar terkini yang diluluskan oleh Kerajaan setiap 6 bulan

Pengguna juga boleh merujuk Penyata Rebat Bantuan Banjir untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti contoh di bawah:

 

Contoh B:
Tarikh bil Disember 2021 adalah di antara 1 - 17 Disember 2021.

Tempoh Bil Jenis Bacaan
15.11.2021 – 15.12.2021 (31 hari) Sebenar
16.12.2021 – 15.01.2022 (31 hari) Sebenar

Kegunaan Januari 2022 (A) = RM213.22
Rebat ICPT (B) = -RM11.28
KWTBB (C) = RM3.41
Jumlah Caj bulan Januari 2022 (A+B+C)
 
= RM213.22 + (-RM11.28) + RM3.41
= RM205.35
Rebat Bantuan Banjir = RM205.35
(bersamaan dengan Caj bil bulan Januari 2022)

Nota:

  • Rebat Bantuan Banjir tidak termasuk tunggakan dan jumlah bil anggaran terdahulu.
  • Kadar ICPT adalah berdasarkan kepada kadar terkini yang diluluskan oleh Kerajaan setiap 6 bulan

Pengguna juga boleh merujuk Penyata Rebat Bantuan Banjir untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti contoh di bawah:

 

Contoh C:

Tempoh Bil Jenis Bacaan
21.10.2021 – 20.11.2021 (31 hari) Sebenar
21.11.2021 – 20.12.2021 (31 hari) Anggaran
21.11.2021 – 19.01.2022 (60 hari) Sebenar

Kegunaan Januari 2022 (A) = RM141.98 (bagi tempoh 2 bulan)
Rebat ICPT (B) = -RM11.28
KWTBB (C) = RM2.27
Jumlah Caj bulan Januari 2022 (A+B+C)
 
= RM141.98+ (-RM11.28) + RM2.27
= RM132.97
Rebat Bantuan Banjir
Jumlah Caj Semasa bulan Januari 2022 / bilangan bulan tempoh bil
= RM132.97 / 2 bulan
= RM66.49
(berdasarkan penggunaan sebulan)

Nota:

  • Rebat Bantuan Banjir tidak termasuk tunggakan dan jumlah bil anggaran terdahulu.
  • Kadar ICPT adalah berdasarkan kepada kadar terkini yang diluluskan oleh Kerajaan setiap 6 bulan

Pelanggan juga boleh merujuk Penyata Rebat Bantuan Banjir untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti contoh di bawah:

Year:

View All

Description Date
View All
X

SALURAN PERTANYAAN

Di manakah saya boleh memperolehi maklumat lanjut berhubung Rebat Bantuan Banjir?

Year:

View All

Description Date
View All
X

Bantuan-Bantuan lain oleh Kerajaan dan Pelbagai Syarikat

Senarai bantuan-bantuan yang disediakan Kerajaan dan pelbagai syarikat untuk membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir.

- bantuanbanjir.com

Year:

View All

Description Date
View All
X