FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN, PLEASE CALL 15454
FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

1. Apakah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales & Service Tax)?

i. Cukai Perkhidmatan (Service Tax)

  • Cukai yang dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu yang telah diperuntukkan dalam Service Tax Regulation 2018
  • Perkhidmatan bercukai oleh pembekal (Taxable Person) yang berdaftar di Malaysia
  • Tidak dikenakan ke atas perkhidmatan diimport / dieksport
  • Kadar 6%

ii. Cukai Jualan (Sales Tax) adalah cukai peringkat tunggal yang dikenakan terhadap:

  • Cukai yang dikenakan ke atas barang – barang pengeluaran kilang (manufactured goods)
  • Termasuk keluaran tempatan / import
  • Dikenakan di peringkat pengilang sahaja
  • Kadar 5% atau 10%
X

2. Adakah SST cukai baharu?

Tidak. Ia wujud sebelum Cukai Barangan & Perkhidmatan (Goods & Services Tax).

X

3. Bolehkah TNB mengenakan SST?

  • Di bawah Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018, peruntukan elektrik ditetapkan sebagai perkhidmatan yang dikenakan cukai. Sebagai ‘Taxable person’ yang berdaftar, TNB harus mengenakan Cukai Perkhidmatan untuk penyaluran bekalan elektrik.
  • Walau bagaimanapun, tidak semua pelanggan TNB dikenakan Cukai Perkhidmatan.
X

4. Apakah kategori Pengguna TNB yang akan dikenakan Cukai Perkhidmatan?

Kategori Pengguna Kena Cukai Perkhidmatan
Domestik (Kediaman) Ya berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan seperti di perkara 5.
Komersil Tidak
Perindustrian Tidak
Perlombongan Tidak
Lampu Jalan Tidak
Pertanian Tidak

Untuk makluman lanjut berkaitan penerangan kategori pengguna, sila layari

X

5. Apakah syarat Cukai Perkhidmatan yang dikenakan terhadap pengguna TNB bagi kategori Domestik?

Cukai Perkhidmatan 6% akan dikenakan ke atas Pengguna Kediaman (Domestik) adalah seperti berikut :

  • Penggunaan bulanan yang melebihi 600 kWj (lebih daripada RM 231.80); dengan syarat
  • Tempoh pembilan adalah 28 hari dan ke atas
X

6. Di manakah termaktubnya bahawa TNB boleh kenakan Cukai Perkhidmatan ke atas pembekalan elektrik?

Rujukan boleh dibuat kepada Jadual Pertama [Peraturan 3] di bawah Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018.

X

7. Penggunaan bulanan kediaman saya kurang daripada 600kwj. Adakah Cukai Perkhidmatan dikenakan?

Tidak, anda tidak dikenakan Cukai Perkhidmatan jika tempoh pembilan anda adalah 28 hari dan ke atas. Walau bagaimanapun, jika tempoh pembilan adalah kurang dari 28 hari, Cukai Perkhidmatan akan dikenakan terhadap keseluruhan unit penggunaan anda.

X

8. Mengapa tempoh pembilan saya kurang daripada 28 hari?

Secara amnya, tempoh bil bulanan ditetapkan dari 28 ke 31 hari. Namun, tempoh pembilan boleh kurang daripada 28 hari dalam senario berikut:

  • Apabila pelanggan membuat permintaan untuk menamatkan kontrak bekalan mereka dengan TNB.
  • Apabila pelanggan menandatangani kontrak bekalan baharu dengan TNB.
  • Apabila pelanggan membuat permintaan untuk perubahan tarif dari Kediaman kepada Bukan Kediaman atau sebaliknya.
X

9. Adakah TNB mengenakan Cukai Perkhidmatan ke atas pelanggan Bukan Kediaman?

Tidak. Pelanggan Bukan Kediaman tidak dikenakan Cukai Perkhidmatan.

X

10. Adakah jumlah cukai perkhidmatan yang perlu dibayar akan tertera pada bil saya?

Ya, hanya untuk Pelanggan Kediaman. Maklumat Cukai Perkhidmatan yang perlu dibayar akan dicetak sebagai baris berasingan dengan jelas.

X

11. Apakah komponen yang dikenakan Cukai Perkhidmatan 6%?

  • Penggunaan Tenaga (kWJ)
  • Diskaun (Cukai Perkhidmatan akan dikira selepas diskaun)
  • ICPT
  • Caj Bekalan Sementara
X

12. Adakah caj servis lain di TNB turut dikenakan Cukai Perkhidmatan?

Hanya komponen pembilan yang disenaraikan di perkara 11 dikenakan Cukai Perkhidmatan. Servis lain seperti Caj Sambungan Bekalan, Permohonan Bekalan, Ujian Kejituan Meter tidak tertakluk kepada Cukai Perkhidmatan.

X

13. Saya mempunyai Lampu Jalan Individu di dalam akaun saya. Adakah Cukai Perkhidmatan dikenakan?

Tidak. Lampu Jalan Individu tidak dikenakan Cukai Perkhidmatan.

X

14. TNB mengenakan 1% caj lewat bayar ke atas jumlah bil tertunggak. Adakah caj ini dikenakan cukai?

Tidak. Caj 1% Lewat Bayaran tidak dikenakan Cukai Perkhidmatan.

X

15. Adakah 1.6% KWTBB dikenakan Cukai Perkhidmatan?

Tidak. KWTBB tidak dikenakan Cukai Perkhidmatan.

X

16. Apakah yang dilakukan TNB terhadap caj Cukai Perkhidmatan yang dikenakan dalam bil elektrik?

Sebagai ‘Taxable Person’ yang berdaftar, TNB perlu caj cukai perkhidmatan, kutip cukai yang dicaj daripada pengguna dan majukan jumlah keseluruhan cukai tersebut kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

X

17. Di manakah saya boleh bertanya dan mendapatkan informasi lanjut mengenai Cukai Perkhidmatan?

Untuk pertanyaan, sila hubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454 atau e-mel kepada [email protected]

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda juga boleh melayari laman web Jabatan Kastam Diraja Malaysia di mysst.customs.gov.my

X

Contoh pengiraan Cukai Perkhidmatan di dalam bil

Contoh 1: Pengiraan bil elektrik untuk penggunaan dalam tempoh peralihan

  • Tarif : A - Kediaman
  • Tempoh Bil : 18/08/2018 - 17/09/2018 (31 hari)
  • Jumlah Penggunaan : 694 kWj

 

Kaedah pengiraan seperti berikut:

 

Contoh 2: Pengiraan bil elektrik selepas 1 September 2018

  • Tarif : A - Kediaman
  • Tempoh Bil : 3/9/2018 - 3/10/2018 (31 hari) - Tiada Tempoh Peralihan
  • Jumlah Penggunaan : 730 kWj

Langkah 1:

  • Tentukan jumlah penggunaan melebihi 600 kWj:
  • 730kWj – 600kWj = kWj

Langkah 2:

  • Rujuk kepada ruangan ‘Kena ST’ :
  • Kegunaan Bulan Semasa x Kadar ST 6%. RM70.98 x 6% = RM4.26
X