FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN, PLEASE CALL 15454
FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Jemputan Pra Kelayakan untuk Skop Kerja Pemasangan Perancah (Scaffolding) di Tenaga Nasional Berhad

04/09/2020

TNB mempelawa syarikat-syarikat yang berkelayakkan untuk menyertai Pra Kelayakan untuk kerja Pemasangan Perancah (Scaffolding) di Tenaga Nasional Berhad.

Syarat kelayakkan bagi menyertai sesi Pra Kelayakan ini adalah seperti berikut:-

No. Kriteria Keperluan
1. Berdaftar dengan CIDB dan mempunyai kod bidang CIDB CE 29/B21

ATAU

Berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan mempunyai kod bidang KK 221102/221104
Sijil CIDB  mengikut kod bidang kerja yang  diperlukan

ATAU

Sijil KK mengikut kod bidang kerja yang  diperlukan
2. Status syarikat Bumiputera dari CIDB/KK jika ada Sijil taraf Bumiputera dari CIDB/KK
3. Berdaftar dengan Tenaga Nasional Berhad Sijil Vendor TNB mengikut kod bidang kerja yang diperlukan
4. Orang Kompeten Sijil Kekompetenan daripada DOSH
  • Sijil scaffolding Level 1 (Basic) Atau
  • Sijil scaffolding Level 2 (Intermediate) Atau
  • Sijil scaffolding Level 3 (Advanced)
Orang kompeten ini perlu mempunyai pendaftaran yag sah dengan DOSH dan berdaftar atas nama syarikat bekerja. Pembuktian pekerjaan adalah dengan memajukan 3 bulan penyata KWSP.
5. Laporan Kewangan Beraudit untuk 12 bulan terkini bagi syarikat Sendirian Berhad Memajukan Laporan Kewangan Beraudit terkini
6. Bagi syarikat enterprise perlu memajukan penyata bank terkini. Memajukan penyata bank 3 bulan terkini iaitu bagi bulan Jun, Julai dan Ogos
7. Peralatan kerja Perancah (Scaffolding) yang berkaitan seperti tubes, accessories dan lain-lain. Nyatakan sama ada milik sendiri atau sewa
8. Mempunyai 2-3 tahun pengalaman untuk kerja yang sama di TNB atau bukan TNB Senaraikan pengalaman kerja mengikut Jadual di bawah:

Tahun Keterangan Kerja Client Tempat Value (RM)
         

 
9. Tidak disenaraihitam/digantung/kes litigasi di TNB Tiada
10. Dokumen tambahan sekiranya ada seperti keperluan berikut.
  • Professional Civil Engineer bagi pengesahaan  scaffolding design yang melebihi 15 meter.
  • Memajukan Authorized Entrant and Standby Person (AESP) certification sekiranya ada
  • Kad NTSP sekiranya ada

Permohonan Pra kelayakan ini perlu dibuat secara atas talian, Oleh itu, syarikat-syarikat yang ingin menyertai Pra kelayakan ini perlu membuat permohonan melalui emel dengan mengisi “Subject :- Pra Kelayakan Skop Kerja Pemasangan Perancah (Scaffolding)” kepada alamat email [email protected]. Pihak kami akan membalas email tersebut dan memberikan maklumat lanjut berhubung sesi ini.

Tarikh akhir bagi permohonan dan mengisian maklumat bagi sesi pra kelayakan ini adalah seperti berikut:

  • Tarikh : 13 September 2020
  • Hari :  Ahad
  • Waktu : 5.00 Petang

Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan pegawai seperti nama di bawah.

Berikut adalah no telefon dan alamat email yang boleh dihubungi :-

Nama No. Telefon
En. Hashim bin Yasir 03 – 2776 7164
Puan. Nuraini Bt. Mohd Yusof 03 – 2776 7166
Puan Norul Huda binti Ibrahim 03 – 277 67152
En. Mohd Nazarudin Bin Asmuni 03 – 277 67177
En. Husani Bin Shahidan 03 – 277 67177