FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

RM40 Electric Bill Rebate Programme

The RM40 Electricity Bill Rebate Programme is a targeted Government assistance program, aims to provide up to RM40 in monthly electricity bill subsidies to underprivileged individuals registered in the eKasih system.
READ MORE

The RM40 Electric Bill Rebate Program is a targeted Government assistance program to finance monthly electricity bills up to RM40 to those who are underprivileged and registered in the eKasih system.

The program was announced by the Government in 2019 Budget Speech on 2nd November 2018, replacing the RM20 Electric Bill Rebate Program which ended in December 2018. In 2024, this program is continued for Miskin Tegar category under the eKasih system.

Eligibility

  • Head of Household (KIR) under the Miskin Tegar category listed and verified in the eKasih System and semakanrebat.petra.gov.my are eligible for RM40 Electric Bill Rebate Programme.
     
  • The income for the Miskin Tegar is based on Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per household issued by the Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM). In this case, the average national monthly income for Miskin Tegar or is RM1,198.
     
  • For recipients who wished to register in the e-Kasih program, the recipients are required to refer to the Pejabat Pembangunan Persekutuan/Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPPN/JPP), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (UPP JPM) at state level / Unit Pembangunan Daerah. Data from e-Kasih is made by survey and registered by PPPN/JPP UPP JPM Offices at state level.

Rebate Criteria

  • Eligible recipients will receive a rebate up to RM40 in monthly electricity bills until December 31, 2024.
     
  • Electricity bill rebate will only be given up to a maximum of RM40 per month. If the bill is less than RM40, the balance will not be carried over to the next month, and if the bill is more than RM40, recipients will have to pay the balance.
     
  • Only one electricity bill account is eligible to receive a rebate for each KIR.
     
  • Rebate only applies to Tariff A (Domestic) and including all types of charges (for example penalties late payment).
     
  • For eligible KIR that have an active TNB account (Tariff A, Domestic) will automatically receive RM40 rebate in monthly bills whereby for eligible KIR without TNB registered accounts, application may be submitted to declare third-party accounts by submitting the application form semakanrebat.petra.gov.my to the nearest Kedai Tenaga.
     
  • Recipients may change their TNB electricity account number for which they receive rebates from time to time by contacting TNB Careline or the nearest Kedai Tenaga to update the account number.

Security Deposit Exemption Criteria

  • Security Deposit Exempted Criteria
     
  • Limited to eligible KIR that have an active TNB account in their own name.
     
  • Limited to 1 electricity account with Residential tariff, A only.
     
  • Security deposit exemption period is subject to eligibility in the RM40 Electricity Bill Rebate Program. eKasih users who are removed from the eligible list based on the annual update will be required to pay the security deposit according to the security deposit schedule established based on the type of premises.
     
  • Eligible users may apply for deposit waiver during account opening at Kedai Tenaga. Users are only required to pay the other account opening fees, such as user connection fees, stamp duty, etc.
     
  • Eligible users can apply for refund of existing deposit in the electricity account in their own name.

Enquiry Channels

 

---------------------

 

Program Rebat Bil Elektrik RM40

Program Rebat Bil Elektrik RM40 adalah program bantuan Kerajaan secara bersasar untuk membiayai bil elektrik bulanan sehingga maksimum RM40 kepada Ketua Isi Rumah yang berdaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih.

Program ini diumumkan oleh Kerajaan dalam Ucapan Belanjawan 2019 pada 2 November 2018, menggantikan Program Rebat Bil Elektrik RM20 yang berakhir pada Disember 2018. Pada tahun 2024, program ini diteruskan untuk kategori miskin tegar di bawah sistem eKasih.

Kelayakan eKasih

  • Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah kategori miskin tegar seperti yang disenaraikan dalam Sistem eKasih dan semakanrebat.petra.gov.my layak untuk Program Rebat Bil Elektrik RM40 tahun 2024.
     
  • Pendapatan bagi miskin tegar adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per isi rumah yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM). Dalam hal ini, pendapatan purata bulanan nasional untuk Miskin Tegar adalah RM1,198.
     
  • Individu yang ingin mendaftar dalam program eKasih dikehendaki merujuk/menghubungi Pejabat Pembangunan Persekutuan/Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPPN/JPP), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (UPP JPM) di peringkat negeri atau Unit Pembangunan Daerah. Data dalam sistem eKasih dikumpulkan melalui kaji selidik dan didaftarkan oleh pejabat PPPN / JPP UPP JPM di peringkat negeri.

Kriteria Rebat Bil Elektrik RM40

  • KIR yang layak akan menerima rebat sehingga RM40 dalam bil elektrik bulanan sehingga 31 Disember 2024.
     
  • Rebat bil elektrik hanya akan diberikan maksimum RM40 sebulan. Sekiranya bil kurang daripada RM40, baki tidak akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil lebih daripada RM40, penerima perlu membayar baki bil tersebut.
     
  • Setiap KIR layak menerima rebat untuk satu (1) akaun bil elektrik sahaja di bawah tarif Domestik, A.
     
  • Rebat RM40 merangkumi semua jenis caj bil, termasuk penalti lewat bayar.
     
  • Untuk KIR layak yang mempunyai akaun TNB (Tariff Domestic, A), akan menerima rebat RM40 dalam bil bulanan secara automatic.
     
  • Bagi KIR layak yang tidak mempunyai akaun berdaftar dengan TNB atau menyewa rumah, permohonan rebat untuk akaun elektrik pihak ketiga boleh dihantar ke Kedai Tenaga terdekat melalui borang permohonan semakanrebat.petra.gov.my.
     
  • Pengguna yang layak boleh mengemaskini nombor akaun elektrik untuk menerima rebat dari semasa ke semasa dengan menghubungi TNB Careline atau Kedai Tenaga terdekat.

Kriteria Pengecualian Wang Cagaran

  • Pengecualian wang cagaran terhad bagi akaun elektrik yang didaftarkan atas nama pengguna eKasih sendiri.
     
  • Pengecualian wang cagaran terhad kepada 1 akaun elektrik dengan tarif Kediaman, A sahaja.
     
  • Tempoh pengecualian wang cagaran berdasarkan kelayakan di dalam Program Rebat Bil Elektrik RM40. Pengguna eKasih yang terkeluar dari senarai layak berdasarkan pengemaskinian tahunan perlu menjelaskan wang cagaran mengikut jadual wang cagaran yang ditetapkan mengikut jenis premis.
     
  • KIR yang layak boleh memohon pengecualian wang cagaran semasa proses pembukaan akaun di saluran Kedai Tenaga. Pengguna perlu membayar caj-caj proses pembukaan akaun yang lain seperti caj sambungan pengguna, duti setem dan lain-lain.
     
  • Penerima yang kini menikmati Rebat Bil Elektrik RM40 melalui akaun elektrik yang didaftarkan dengan nama mereka sendiri boleh meminta bayaran balik wang cagaran.

Saluran Pertanyaan

Year:

View All

Description Date
View All
X