FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN, PLEASE CALL 15454
FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

3 PM - Status Pemulihan Bekalan Elektrik & Penutupan Bekalan Sementara di Johor & Melaka

06/01/2022

Pelanggan yang dihargai,

Setakat jam 3 petang, gangguan bekalan elektrik bagi 59 kawasan terjejas di Melaka telah dipulihkan sepenuhnya. Manakala, satu kawasan di Johor iaitu di Jalan Durian Chondong, Muar masih belum mendapat bekalan elektrik ekoran penutupan bekalan oleh TNB demi keselamatan pengguna setempat.

Usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

PERINGATAN: Jangan hidupkan peralatan elektrik sekiranya palam atau soket alir keluar berada dalam keadaan basah atau dilitupi air/kekotoran banjir.

Kesabaran dan keprihatinan anda amat dihargai.