2023

Awas Penipuan! Taktik baharu scammer, guna logo & tandatangan palsu CEO TNB untuk perdaya mangsa.
TNB dan pihak berkuasa mengesan taktik terbaharu yang digunakan ‘scammer’ bagi memperdayakan mangsa dengan menggunakan surat palsu, yang mempunyai logo dan tandatangan palsu CEO TNB.
Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan jangan terpedaya dengan taktik terbaharu scammer ini. Kami berharap agar orang ramai berkongsi maklumat ini bersama masyarakat di sekeliling supaya tidak terpedaya dengan taktik surat palsu ini.
Hubungi kami bagi mendapatkan pengesahan yang sahih untuk sebarang maklumat menerusi talian TNB Careline di 1-300-88-5454 atau PM Facebook TNB Careline atau DM X @Tenaga_Nasional.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap taktik scammer yang menggunakan nama TNB di akaun media sosial Telegram.
Dapatkan sumber yang sahih melalui laman Facebook TNB Careline atau X @Tenaga_Nasional.

Waspada Taktik Scammer, Jangan Mudah Terpedaya!
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap taktik scammer yang menggunakan nama Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan TNB melalui e-mel atau mana-mana platform komunikasi.
Sentiasa ambil langkah berhati-hati sebelum membuat perkongsian maklumat peribadi kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Para pelanggan TNB dinasihatkan supaya berhati-hati apabila mendapat panggilan daripada pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai anggota kerja TNB.
Untuk makluman pelanggan, TNB akan mengeluarkan notis pemotongan dalam bil dan surat arahan pemotongan sebelum melaksanakan aktiviti pemotongan bekalan elektrik.
Gunakan saluran pembayaran rasmi dan jangan membuat pembayaran bil elektrik kepada mana-mana akaun peribadi. Untuk melihat saluran pembayaran rasmi, layari "Payment Methods"

We would like to advise all TNB customers to not engage with the email scam that says you have won the Sinaran Merdeka 2023 Promotion.
TNB does not organize cash giveaways online. Please be careful and avoid sharing your personal information with irresponsible parties.
You can get official information from us through our official page TNB Careline on Facebook or @Tenaga_Nasional on Twitter.

TNB customers are advised to ignore survey links that claim they can win cash rewards from TNB.
TNB does not organize any kind of cash prize giveaway on social media. Please be careful and avoid spreading this false information.
You can get official information from us through our official page TNB Careline on Facebook or @Tenaga_Nasional on Twitter.
2022

Para pelanggan TNB dinasihatkan supaya berhati-hati dan mengabaikan panggilan daripada scammer yang menyatakan bekalan elektrik anda akan dipotong jika bil tunggakan tidak dijelaskan.
Untuk makluman pelanggan, TNB hanya membuat panggilan untuk memberi peringatan tentang tunggakan bil dan memaklumkan notis pemotongan melalui surat sahaja.
Gunakan saluran pembayaran rasmi dan jangan membuat pembayaran bil elektrik kepada mana-mana akaun peribadi. Untuk melihat saluran pembayaran rasmi, layari bahagian "Payment Methods"

TNB menegaskan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu yang tular mengenai penutupan bekalan elektrik di seluruh Kelantan yang boleh menimbulkan situasi panik dalam kalangan orang ramai.
Sekali lagi, TNB menekankan supaya orang ramai mendapatkan info yang sahih dan terkini di Facebook TNB Careline.
Sila ikuti Panduan Keselamatan Elektrik menghadapi banjir yang telah disarankan oleh pihak TNB dan Suruhanjaya Tenaga.

TNB menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat palsu yang tular mengenai penutupan bekalan elektrik di seluruh Terengganu akibat pencawang elektrik yang tenggelam dimana ianya boleh menimbulkan situasi panik di kalangan orang ramai.
Dapatkan sumber yang sahih dan terkini melalui Facebook TNB Careline.

TNB ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu yang tular mengenai ‘Amaran Awal Kemungkinan Empangan Kenyir Pecah’ yang boleh menimbulkan situasi panik di kalangan orang ramai.

Awas! TNB tidak menganjurkan sebarang cabutan bertuah hadiah wang tunai di media sosial. Hati-hati dan jangan sebarkan info palsu ini.

Awas! Jangan mudah percaya dengan info yang disebarkan melalui Whatsapp dan media sosial lain. Sekiranya anda menerimanya, sila abaikan dan elak memberi maklumat peribadi anda kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jangan tertipu dengan scammer. Sila abaikan jika anda terima mesej dipilih sebagai pemenang bertuah untuk menerima wang tunai daripada TNB.

Hati-hati! Sebarang info mengenai kekosongan jawatan di TNB hanya dipaparkan di https://jobs.tnb.com.my/ sahaja.

Hati-hati semua! TNB tidak menganjurkan apa-apa soal selidik dan menawarkan hadiah wang tunai.
Sentiasa waspada supaya anda tidak kongsi butiran peribadi anda dengan pihak yang tidak bertanggungjawab. Pengumuman terkini dan berita sahih hanya di laman web atau media sosial rasmi TNB.

Admin nak ingatkan pada scammer-scammer, tak baik sebarkan berita palsu kait nama TNB tau, Lebih-lebih lagi nak dekat Raya ni.
Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan pihak yang menyamar sebagai UMNO Rompin Pahang yang kononnya menawarkan ‘Sumbangan Raya Motorsikal Superbike dan Kereta’.
Sila abaikan info tersebut jika anda menerimanya dan jangan berikan maklumat peribadi jika dihubungi pihak yang ingin memberikan sumbangan palsu tersebut.

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan laman web yang mengiklankan jawatan kosong palsu di TNB menggunakan nama Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Untuk makluman, TNB tidak mengiklankan kekosongan jawatan seperti yang dipaparkan. Anda boleh semak info rasmi mengenai iklan kekosongan jawatan di TNB melalui https://jobs.tnb.com.my/
2021

TNB ingin menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan video air deras yang mengatakan lokasi ‘Tasik Kenyir, 30/12/2021’. Sungai di dalam video tersebut adalah Sg Telemong yang berdekatan dengan Gawi, di mana aliran Sg Telemong tidak mengalir masuk ke Tasik Kenyir.
Setakat ini, paras air di empangan Tasik Kenyir masih di paras selamat dan terkawal.
Orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkongsi berita yang tidak sahih di media sosial.

Sekiranya anda menerima mesej seperti ini dari mana-mana platform, anda hendaklah menyemak dahulu dengan platform rasmi TNB di Facebook TNB Careline atau Twitter Tenaga Nasional untuk info yang sahih dan terkini.

Paras air di ketiga-tiga empangan hidroelektrik milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Tasik Kenyir, Terengganu; Cameron Highland, Pahang dan Sungai Perak, Perak berada pada tahap normal & sedang beroperasi dalam keadaan terbaik.
Sejak Ogos tahun lalu, pihak pengurusan stesen telah membuat persediaan dengan melakukan pelepasan air secara terkawal bagi menampung peningkatan jumlah air ketika musim tengkujuh.
Selain menjana elektrik, empangan-empangan hidroelektrik milik TNB turut berfungsi sebagai tebatan banjir dengan menakung air di hulu sungai. Oleh itu, pelepasan air tidak perlu dilakukan buat masa ini kerana keadaan masih terkawal.
Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bekalan elektrik, orang ramai boleh menghubungi talian TNB CareLine di 15454 atau Facebook TNB CareLine.