FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Pelan Antirasuah Nasional (National Anti-Corruption Plan) (NACP) 2019 hingga 2023 telah dilancarkan pada 29 Januari 2019 dengan objektif untuk menjadikan Malaysia negara yang dikenali dengan integriti dan bukannya rasuah.

Lanjutan daripada itu, pada 29 Mac 2019, satu Arahan YAB Perdana Menteri Bil.1/2018, Siri.2 Bil.01/2019 mengenai “Pemantapan Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia” telah dikeluarkan yang menyatakan mengenai keperluan pembangunan Pelan Antirasuah Organisasi (Organizational Anti-Corruption Plan) (OACP) sebagai salah satu inisiatif mandatori di bawah “Strategi 2: Memperkukuhkan Kecekapan Penyampaian Perkhidmatan Awam” di bawah inisiatif 2.1.5 di dalam NACP 2019-2023.

Manakala inisiatif 6.2.1 di dalam NACP turut menyatakan keperluan pembangunan OACP di setiap Badan-badan Berkanun, Syarikat Milik Kerajaan (SOE), Syarikat Terhad dengan Jaminan (CLBG) dan sektor swasta yang dikawal selia oleh badan kawal selia.

Pelan Antirasuah Organisasi TNB dibangunkan selaras dengan arahan tersebut sebagai satu dokumen yang menjadi dasar pelan tindakan atau inisiatif antirasuah di peringkat Syarikat di dalam usaha untuk menangani permasalahan dan kelemahan tadbir urus, mencegah perbuatan rasuah serta pelanggaran integriti di kalangan anggota kerja. Pelan Antirasuah Organisasi TNB dibangunkan oleh Jabatan Integriti TNB dengan kerjasama semua Bahagian dan Jabatan di dalam TNB.

Klik di buku-buku bawah untuk 

1. Online flipbook Pelan Anti Rasuah Organisasi

2. PDF flipbook Pelan Anti Rasuah Organisasi