FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Bantuan Kewangan RM4 Juta Untuk Mangsa Banjir

24/12/2021

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyediakan RM4 juta bantuan banjir dengan masing-masing RM2 juta disalurkan kepada Yayasan Keluarga Malaysia dan bantuan secara langsung melalui Tabung Warga TNB Prihatin (TWTP).

Pengerusi TNB, Dato’ Sri Hasan Arifin berkata, TWTP yang ditubuhkan pada Jun lalu untuk warga kerja TNB menyumbang bagi meringankan beban mereka yang terkesan susulan pandemik COVID-19, meneruskan kutipan bagi membantu mangsa banjir pula. 

Katanya, RM2 juta itu adalah geran padanan maksimum kepada jumlah kutipan TWTP yang disumbangkan oleh warga kerja syarikat utiliti itu dan Lembaga Pengarah TNB sudah pun meluluskan RM500,000 sebagai pendahuluannya.

“Peruntukan RM4 juta ini adalah tambahan kepada kira-kira RM40 juta peruntukan kecemasan disediakan oleh TNB bagi kerja-kerja pemulihan khususnya membaik pulih aset dan infrastruktur bekalan elektrik di lapan negeri yang dilanda banjir,” katanya di Kuala Lumpur, hari ini. 

Menurut Hasan, ini adalah kali kedua TNB menyediakan geran padanan bagi Tabung Warga TNB Prihatin dengan kali pertama sebanyak RM1.64 juta, sekali gus menjadikan lebih RM3.4 juta terkumpul pada bulan lalu dan diagihkan kepada lebih 6,000 penerima di seluruh Semenanjung.




Untuk ketahui lebih lanjut: File