FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Empangan-Empangan TNB Sedia Hadapi Musim Tengkujuh

03/12/2023

Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah mempersiapkan semua empangan skim hidroelektriknya di Cameron Highlands, Sungai Perak dan Tasik Kenyir bagi menghadapi impak Monsun Timur Laut, termasuk kemampuan menakung kapasiti air yang dijangka meningkat pada musim tengkujuh.

Pemeriksaan berkala secara bulanan dan audit integriti setiap enam bulan adalah antara langkah yang diambil melebihi garis panduan “Malaysia Dam Safety Management Guidelines” (MyDAMS) demi keselamatan empangan untuk memastikan keutuhan struktur.

Pengarah Urusan TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco), Ir. Muhamad Nazri Pazil, menyatakan bahawa langkah-langkah ini memastikan empangan dapat berfungsi dengan baik bukan sahaja sebagai penjana tenaga hidro tetapi juga membantu usaha penebatan banjir.




Untuk ketahui lebih lanjut: File