Iklan Jawatan Kosong: Juruteknik T/Biasa (Elektrik)
25/08/2011
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk dipertimbangkan bagi mengisi kekosongan jawatan Juruteknik T/Biasa (Elektrik) di Bahagian Pembahagian TNB di seluruh Semenanjung Malaysia.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai Sijil atau Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) atau Elektrik & Elektronik dari Politeknik tempatan dan universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan
- Minimum CGPA 3.00 bagi peringkat Sijil
- Minimum CGPA 2.60 bagi peringkat Diploma
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia dan lulus dalam matapelajaran berikut:
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Tidak rabun warna dan sihat tubuh badan (tidak menghidap sebarang penyakit kronik)
- Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan
- Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer
- Boleh bekerja dalam satu pasukan
- Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia
- Keutamaan adalah kepada calon lelaki
Cara Memohon
Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan melalui http://emadis.tnb.com.my
Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui URL di atas tidak akan dilayan.
Hanya pemohon yang telah disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 2 bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan adalah dianggap tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
- Encik Wan Faizul Azahar bin Wan Mansor - Tel : 03-79679000 ext 9396, Emel: [email protected]
- Encik Muhamad Azwan bin Mohd Zain - Tel : 03-79679000 ext 1209, Emel: [email protected]
- Cik Suriayani binti Che Yahya - Tel : 03-79679000 ext 1223, Emel : [email protected]
Tarikh tutup permohonan
10 September 2011