FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Iklan Jawatan Kosong: Juruteknik Tingkatan Biasa (Mekanikal/Awam)

22/09/2011

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk dipertimbangkan bagi mengisi kekosongan jawatan Juruteknik Tingkatan Biasa (Mekanikal/Awam) di Bahagian Penjanaan TNB di seluruh Semenanjung Malaysia.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia                    
  • Mempunyai Sijil atau Diploma dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal atau Awam dari Politeknik tempatan dan universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan
    • Minimum CGPA 3.00 bagi peringkat Sijil
    • Minimum CGPA 2.60 bagi peringkat Diploma
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia dan lulus dalam matapelajaran berikut:

    • Bahasa Inggeri
    • Matematik
    • Sains
  • Tidak rabun warna dan sihat tubuh badan (tidak menghidap sebarang penyakit kronik)
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer
  • Boleh bekerja dalam satu pasukan
  • Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia
  • Keutamaan adalah kepada calon lelaki

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan melalui http://emadis.tnb.com.my

Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui URL di atas tidak akan dilayan.

Hanya pemohon yang telah disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 2 bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan adalah dianggap tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

  1. Encik Lukman bin Sulaiman - Tel : 03-22965566 ext 5925, Emel : [email protected]
  2. Encik Mohd Firdaus bin Mohd Fadzil - Tel : 03-22965566 ext 5576, Emel : [email protected]
  3. Cik Syazwani Izzati bt Mohd Ariffin - Tel : 03-22965566 ext 5920, Emel : [email protected]

Tarikh tutup permohonan

8 Oktober 2011