FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Iklan Jawatan Kosong: Operator Telefon/Penyambut Tetamu Tingkatan Biasa 'B' Gred PS03

16/10/2011

Tawaran adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan yang disyaratkan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Operator Telefon/Penyambut Tetamu Tingkatan Biasa ‘B’ Gred PS03 di Tenaga Nasional Berhad.

Calon-calon Luar dan Calon-calon dari Bekas Polis dan Tentera yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan secara online. Sila layari http://emadis.tnb.com.my

Hanya pemohon yang memenuhi syarat sahaja layak memohon dan akan disenaraipendek.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 3 November 2011. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan diberi pertimbangan.

Hanya pemohon yang telah disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian fizikal. Pemohon yang lulus ujian fizikal akan ditemuduga pada hari yang sama. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan adalah dianggap tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:

  1. Encik Abdul Rahim bin Abdul Rahman Tel : 03-7964 3624 Emel : [email protected]
  2. Puan Norasikin binti Sidek Tel : 03-7964 3631 Emel : [email protected]
  3. Cik Nurzul Atikah binti Ramli @ Malek Tel : 03-7964 3630 Emel : [email protected]
  4. Encik Mohd Zulhelmi bin Abdullah Tel : 03-7964 3635 Emel : [email protected]