FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Iklan Jawatan Kosong: Pembaca Jangka

22/07/2012

Pelawaan

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk dipertimbangkan bagi mengisi kekosongan jawatan yang dinyatakan, di Bahagian Pembahagian TNB di seluruh Semenanjung Malaysia.

Permohonan dibuka kepada Calon Luar sahaja. (Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak-Anak Syarikat TNB)

  Syarat Permohonan

Butir-Butir Jawatan

Syarat & Kelayakan

Jawatan :  Pembaca Jangka
Gred : PS03
Taraf Jawatan : Tetap
Gaji Tetap : RM950.00 sebulan

- Warganegara Malaysia.

- Minima Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dengan memperolehi sekurang-kurangnya peringkat 8E (Lulus) dalam matapelajaran Bahasa Malaysia.

- Memiliki lesen memandu B2. (Lesen L Tidak Layak)


- Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna.

- Berumur tidak melebihi 28 tahun pada tarikh tutup iklan.

- Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.

- Hanya terhad kepada calon lelaki sahaja.

Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan secara ‘on-line’. Sila layari laman web seperti di bawah:

http://emadis.tnb.com.my atau https://emadis.hq.tnb.com.my/emadis/

Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui ‘link’ di atas, serta permohonan secara manual (borang) tidak akan dilayan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 13 Ogos 2012.

Status Permohonan

Hanya pemohon yang telah disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 2 bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan adalah dianggap tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :

Encik Muhamad Azwan bin Mohd Zain
Tel : 03-79679000 ext 1209   E-mail : [email protected]

Encik Wan Faizul Azahar bin Wan Mansor
Tel : 03-79679000 ext 9396   E-mail : [email protected]

Encik Ahmad Hasnulfitri bin Che Kamaruddin
Tel : 03-79679000 ext 1202   E-mail : [email protected]