FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Iklan Jawatan Kosong - Pembantu Keselamatan Biasa 'B'

04/12/2012

Tawaran adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan yang disyaratkan seperti dibawah:

a.  Calon Luar

i.    Warganegara Malaysia (Lelaki sahaja).

ii.    Berumur di antara 18 hingga 26 tahun pada tarikh iklan ditutup.

iii.  Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan lulus sekurang-kurangnya enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan tersebut.

iv.  Memenuhi semua syarat asas seperti di bawah.
 

b.  Calon Dari Bekas Polis Dan Tentera

i.    Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik serta berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh iklan ditutup boleh juga memohon.

ii.    Memenuhi semua syarat asas seperti di bawah.
 

Syarat - syarat Asas

i.    Ketinggian minima 1.65m (5’ 4”) tanpa sepatu.

ii.    Berat badan minima 47.6 kg (105 paun).

iii.  Ukuran dada biasa 81cm ke 86cm (32” – 34”) semasa menarik nafas.

iv.  Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan sebarang alat bantuan atau cermin mata.

v.    Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.

vi.  Tidak mempunyai sebarang kecacatan pada tubuh badan dan mental.

vii.  Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Cara-cara memohon

Calon-calon Luar dan Calon-calon dari Bekas Polis dan Tentera yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan secara ‘online’. Sila layari http://emadis.tnb.com.my.

Sila maklum bahawa sebarang permohonan dari calon-calon Luar dan calon-calon dari Bekas Polis dan Tentera tanpa melalui ‘link’ di atas, tidak akan dilayan?.

Hanya pemohon yang telah disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian fizikal. Pemohon yang lulus ujian fizikal akan ditemuduga pada hari yang sama. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan adalah dianggap tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 22 Disember 2012. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan diberi pertimbangan.

Hanya pemohon yang memenuhi syarat sahaja layak memohon dan akan disenaraipendek.