FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Iklan Jawatan Kosong: Pengawal Keselamatan Tingkatan Biasa 'B'

16/10/2011

Tawaran adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan yang disyaratkan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Operator Telefon/Penyambut Tetamu Tingkatan Biasa ‘B’ Gred PS03 di Tenaga Nasional Berhad.

Syarat-syarat Kelayakan

Calon Luar

  • Warganegara Malaysia (Lelaki sahaja)
  • Berumur di antara 18 hingga 26 tahun pada tarikh iklan ditutup
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan lulus sekurang-kurangnya enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan tersebut
  • Memenuhi semua syarat asas seperti di bawah

Calon Dari Bekas Polis Dan Tentera

  • Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan dan mempunyai rekod perkhidmatan yang baik serta berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh iklan ditutup boleh juga memohon
  • Memenuhi semua syarat asas seperti di bawah

Syarat Asas

  • Ketinggian minima 1.65m (5’ 4”) tanpa sepatu
  • Berat badan minima 47.6 kg (105 paun)
  • Ukuran dada biasa 81cm ke 86cm (32” - 34”) semasa menarik nafas
  • Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan sebarang alat bantuan atau cermin mata
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
  • Tidak mempunyai sebarang kecacatan pada tubuh badan dan mental
  • Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah

Cara-cara Memohon

Calon-calon Luar dan Calon-calon dari Bekas Polis dan Tentera yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan secara online. Sila layari http://emadis.tnb.com.my

Hanya pemohon yang memenuhi syarat sahaja layak memohon dan akan disenaraipendek.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 3 November 2011. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan diberi pertimbangan.

Hanya pemohon yang telah disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian fizikal. Pemohon yang lulus ujian fizikal akan ditemuduga pada hari yang sama. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan adalah dianggap tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:

  1. Encik Abdul Rahim bin Abdul Rahman Tel : 03-7964 3624 Emel : [email protected]
  2. Puan Norasikin binti Sidek Tel : 03-7964 3631 Emel : [email protected]
  3. Cik Nurzul Atikah binti Ramli @ Malek Tel : 03-7964 3630 Emel : [email protected]
  4. Encik Mohd Zulhelmi bin Abdullah Tel : 03-7964 3635 Emel : [email protected]