FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Iklan Jawatan Kosong: Pengawal Keselamatan Tingkatan Biasa 'B' (Wanita)

10/01/2012

Tawaran adalah dibuka kepada wanita warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan yang disyaratkan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Pengawal Keselamatan Tingkatan Biasa ‘B’ Gred PK03 di Tenaga Nasional Berhad.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia (wanita sahaja)
  • Berumur di antara 18 hingga 26 tahun pada tarikh iklan ditutup
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan lulus sekurang-kurangnya enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan tersebut
  • Calon yang memiliki kelayakan akademik melebihi kelayakan akademik SPM adalah tidak layak memohon
  • Memenuhi semua syarat asas seperti di bawah:
    • Ketinggian minima 1.57m tanpa sepatu
    • Berat badan minima 48 kg
    • Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan sebarang alat bantuan atau cermin mata
    • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat
    • Tidak mempunyai sebarang kecacatan pada tubuh badan dan mental
    • Tidak mempunyai sebarang rekod jenayah

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan secara online. Sila layari http://emadis.tnb.com.my

Sila ambil maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui link di atas, tidak akan dilayan.

Hanya pemohon yang telah disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian fizikal. Pemohon yang lulus ujian fizikal akan ditemuduga pada hari yang sama. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan adalah dianggap tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

Tarikh Tutup Permohonan: 17 Januari 2012

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:

Encik Abdul Rahim bin Abdul Rahman
Tel : 03-7964 3624   Emel : [email protected]

Puan Norasikin binti Sidek
Tel : 03-7964 3631   Emel : [email protected]

Cik Nurzul Atikah binti Ramli @ Malek
Tel : 03-7964 3630   Emel : [email protected]

Encik Mohd Zulhelmi bin Abdullah
Tel : 03-7964 3635   Emel : [email protected]