FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Iklan Jawatan Kosong - Pentadbir Sistem/Juruteknik IT

03/09/2012

Tenaga Nasional Berhad mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon kekosongan jawatan Pentadbir Sistem/Juruteknik IT.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai Sijil dari Politeknik tempatan atau universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan dalam jurusan Teknologi Maklumat atau Sains Komputer (Minimum CGPA 3.00)
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia dan lulus dalam matapelajaran berikut :
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
  • Tidak rabun warna dan sihat tubuh badan (tidak menghidap sebarang penyakit kronik)
  • Umur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer
  • Boleh bekerja dalam satu pasukan
  • Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia
  • Keutamaan adalah kepada calon lelaki

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan secara on-line.  Sila layari http://emadis.tnb.com.my

Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui ‘link’ di atas, serta permohonan secara manual (borang) tidak akan dilayan.

Tarikh tutup permohonan: 17 September 2012

Hanya pemohon yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 2 bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan adalah dianggap tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

En Mohd Noh Mohd Hamzah
Tel : 03-21802288 samb 2236   Emel : [email protected]

Puan Azizah binti Haji Abdullah
Tel : 03-21802288 samb. 6104   Emel : [email protected]