FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Iklan Jawatan Kosong : Setiausaha (Tetap)

29/09/2011

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk dipertimbangkan bagi mengisi kekosongan jawatan Setiausaha (Tetap) di seluruh bahagian di Tenaga Nasional Berhad.

Syarat-syarat Kelayakan
  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki Diploma Pengurusan & Teknologi Pejabat dari UiTM / Diploma / Sijil Kesetiausahaan yang diiktiraf. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mendapat markah CGPA tidak kurang daripada 2.70  DAN
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dengan mendapat kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta sekurang-kurangnya Lulus dalam matapelajaran Matematik.
  • Umur tidak melebihi 27 tahun pada tarikh tutup iklan.

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan melalui http://emadis.tnb.com.my

Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui URL di atas tidak akan dilayan.

Tarikh tutup permohonan

21 Oktober 2011   12:00 AM