FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Iklan Kekosongan Jawatan - Juruteknik

27/12/2010

Tawaran adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan yang disyaratkan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Juruteknik di TNB Integrated Learning Solution-ILSAS.

Syarat-syarat Kelayakan

     
  • Warganegara Malaysia
  •  
  • Mempunyai Sijil Kejuruteraan Mekanikal dari Politeknik atau institusi-institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dengan mendapat CGPA 3.00 dan ke atas atau memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (Kimpalan) dari institus-institusi kemahiran yang diiktiraf DAN
  •  
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.
  •  
  • Umur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.

Nota : Calon bagi jawatan Juruteknik (Jurulatih) hendaklah dari kalangan mereka yang berminat dan berkebolehan untuk menjadi tenaga pengajar.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah menggunakan Borang TNB188C yang boleh didapati di pejabat-pejabat TNB yang berhampiran atau dimuat turun dari laman web TNB. Tarikh Tutup: 14 Januari 2011

Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Salinan Transkrip & Kelayakan Akademik, Kad Pengenalan, Resume/CV dan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan), dan dialamatkan kepada:

Pengurus Besar

Pengurusan Sumber Manusia

Bahagian Sumber Manusia

Tenaga Nasional Berhad,

Aras 9, Bangunan Ibu Pejabat TNB

No 129, Jalan Bangsar

59200 Kuala Lumpur

Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat anda. Hanya pemohon yang telah disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Pemohon-pemohon yang disenarai pendek akan dikehendaki melalui sesi-sesi pemilihan dan temuduga untuk menentukan kesesuaian mereka.

Penempatan

Calon-calon yang berjaya akan ditempatkan di TNB Integrated Learning Solution-ILSAS.