FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN, PLEASE CALL 15454
FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Iklan Kekosongan Jawatan - Juruteknik T/Biasa 'B' (Senibina)

14/06/2011

Tawaran adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan yang disyaratkan dan berminat untuk dipertimbangkan bagi mengisi kekosongan jawatan Juruteknik T/Biasa ‘B’ (Senibina) di Bahagian Perkhidmatan Korporat TNB.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Lulusan Sijil dalam bidang Senibina dari Politeknik tempatan atau institusi pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan (Minimum CGPA 3.00)
  • Mempunyai SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya peringkat 6C dalam matapelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik serta lulus dalam matapelajaran Bahasa Inggeris
  • Tidak rabun warna dan sihat tubuh badan
  • Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer
  • Boleh bekerja dalam satu pasukan

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat bolehlah membuat permohonan dengan memajukan Borang TNB 188C berserta salinan dokumen-dokumen berkaitan yang telah disahkan kepada :

Ketua (Pengurusan Sumber Manusia & Perkhidmatan Pentadbiran)
Bahagian Perkhidmatan Korporat
Tenaga Nasional Berhad
Aras 3, Lobi 1
Bangunan Crystal Plaza, Jalan 51A/223
46100 Petaling Jaya, Selangor

Permohonan hendaklah sampai ke alamat di atas selewat-lewatnya pada 30 Jun 2011. Borang permohonan yang tidak lengkap dan yang diterima selepas tarikh tutup iklan tidak akan dilayan.

Hanya pemohon yang telah disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Sekianya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh tutup iklan, permohonan adalah dianggap tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

Peringatan: Salinan kad pengenalan dan salinan sijil-sijil akademik yang telah disahkan benar perlu difotostat di atas kertas bersaiz A4 dan dimajukan bersama-sama borang permohonan.

Tarikh Tutup: 30 Jun 2011