FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Iklan Kekosongan Jawatan - Pembantu Tadbir (Kontrak)

12/06/2011

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan Pembantu Tadbir (Kontrak) di TNB.

Syarat-syarat Kelayakan

     
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya:

       
    • Bahasa Malaysia - Kepujian

       

    • Bahasa Inggeris - Kepujian

       

    • Matematik - Lulus ATAU

       

    • Bahasa Malaysia - Kepujian

       

    • Bahasa Inggeris - Lulus

       

    • Matematik - Kepujian

       

     

  • Untuk Sijil Terbuka SPM, lulus sekurang-kurangnya enam (6) matapelajaran termasuk kombinasi matapelajaran di atas.

     

  • Umur tidak melebihi 30 tahun bagi calon lelaki dan tidak melebihi 25 tahun bagi calon perempuan pada tarikh tutup iklan.

     

  • Mereka yang berjaya akan dilantik secara kontrak untuk tempoh selama satu (1) tahun. Pertimbangan penyerapan ke dalam perkhidmatan tetap akan dilaksanakan setelah calon mengikuti dan lulus Program Pendidikan Pembantu Tadbir (PPPT)

     

Penempatan

Seluruh Bahagian di Tenaga Nasional Berhad

Cara Memohon

Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan secara online. Sila layari http://emadis.tnb.com.my Pemohon hendaklah mengisi permohonan jawatan secara online tanpa melibatkan borang permohonan. Borang permohonan yang dimajukan secara manual tidak akan dilayan. Pemohon-pemohon yang disenarai pendek akan dijemput ke sesi pemilihan bagi tujuan untuk menentukan kesesuaian mereka dengan jawatan yang dipohon. Sekiranya permohonan tidak dijawab dalam masa 6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya.

Tarikh Tutup: 20 Jun 2011