FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Iklan Kekosongan Jawatan - Setiausaha

30/09/2010

Tawaran adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan yang disyaratkan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Setiausaha (Tetap) di Tenaga Nasional Berhad.

Syarat-syarat Kelayakan

     
  • Memiliki Diploma / Sijil Kesetiausahaan yang diiktiraf. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mendapat markah CGPA tidak kurang daripada 2.70

ATAU

     
  • Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan satu (1) lulus penuh dan dua (2) lulus sebahagian

DAN

     
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) (SPM/SPMV) dengan mendapat kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  •  
  • Umur tidak melebihi 27 tahun pada tarikh tutup iklan.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dilaksanakan secara online melalui http://madis.tnb.com.my/madis Borang permohonan yang dimajukan secara manual tidak akan dilayan.

     
  • Pemohon-pemohon yang disenaraipendek akan dijemput ke sesi pemilihan bagi tujuan untuk menentukan kesesuaian mereka dengan jawatan yang dipohon
  •  
  • Sekiranya permohonan tidak dijawab dalam masa 6 (enam) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan dianggap tidak berjaya
  •  
  • Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan

Tarikh Tutup: 15 Oktober 2010