FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Majlis Pelancaran Projek Iskandar Malaysia 10 (IM 10)

22/09/2011

20 Sept 2011 - Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mengadakan Majlis Pelancaran Projek Iskandar Malaysia 10 (IM10) TNB yang dirasmikan oleh Menteri Besar Johor, Y.A.B. Dato’ Haji Abdul Ghani bin Othman.

Projek khas IM10 TNB adalah sebahagian daripada program yang telah digariskan dalam “electricity blueprint” yang dirancang bagi mengukuhkan dan menaik taraf sistem di kawasan Iskandar Malaysia.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Y. Bhg. Dato’ Sri Che Khalib Mohamad Noh dalam ucapan aluannya berkata satu pasukan khas juga telah ditubuhkan untuk mempertingkatkan kualiti dan dayaharap bekalan elektrik di Iskandar Malaysia dengan mensasarkan pencapaian tahap SAIDI (Indeks Sistem Purata Masa Gangguan) yang tidak melebihi 10 minit menjelang tahun 2015.

“TNB telah mengenal pasti 8 kawasan kritikal bagi pelaksanaan Fasa Pertama projek ini, iaitu meliputi pusat bandar Johor Bahru, Pasir Gudang, Tampoi/Larkin, Tebrau, Gelang Patah/Bukit Indah, TUTA/Mutiara Rini, Seri alam, dan Johor Raya/Desa Cemerlang,” tambah beliau.

Program pelaksanaan IM10 meliputi 3 fasa (2011 - 2020) di lima zon Ekonomi Utama iaitu Bandar Johor Bahru, Nusajaya, Pintu Pembangunan Barat, Pintu Pembangunan Timur dan Senai-Skudai.

Turut hadir semasa majlis pelancaran ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Mohd Ali bin Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa & Industri, Tenaga, Air, Komunikasi & Alam Sekitar Negeri Johor, Encik Tan Kok Hong, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor YB Dato’ Haji Obet bin Tawil, Ketua Eksekutif, Iskandar Regional Development Authority (IRDA), Tuan Haji Ismail Ibrahim serta Pengurusan Tertinggi TNB.

DSC 0269  DSC 0289