FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Megat Jalaluddin Terajui TNB sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif

01/03/2024

Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan (kanan) hari ini, 1 Mac 2024, mengambil alih tugas sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk tempoh dua tahun akan datang.

Beliau yang sebelum ini memikul tugas sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) TNB, menggantikan Dato’ Seri Ir. Baharin Din yang menamatkan tempoh perkhidmatannya semalam, 29 Februari 2024.

Sebagai seorang yang berpengalaman dalam industri tenaga dan telah menerajui pelbagai peranan utama dalam TNB sejak tahun 1989, termasuk sebagai Ketua Pegawai Strategik, Ketua Pegawai Retail dan Ketua Pegawai Strategi dan Usaha Niaga, Megat Jalaluddin dianggap sebagai pemimpin yang berkaliber untuk membawa syarikat ke arah pertumbuhan yang lebih mampan dan memberikan nilai tambah kepada semua pihak berkepentingan.




Untuk ketahui lebih lanjut: File