Memupuk Generasi Peka dan Bijak Tenaga di Green Guardian, Pusat Sains Negara
11/06/2024
Satu lagi platform peka tenaga dilancarkan di Pusat Sains Negara (PSN), Kuala Lumpur hari ini dengan sasaran memupuk generasi muda yang bakal mewarisi masa depan, agar memahami dan mengguna tenaga secara bijak, sekali gus mendukung Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) demi kehidupan lebih sejahtera.
Pelbagai produk pandang dengar (audio visual) sebagai bahan pendidikan, dipersembahkan dalam bentuk mudah difahami yang sesuai dengan generasi muda itu, dilancarkan oleh Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir di Green Guardian Centre, PSN.
Inisiatif Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kerjasama Yayasan Hijau Malaysia ini adalah antara program Malaysia Energy Literacy Program (MELP), dengan memberi akses kepada orang ramai terhadap ilmu kecekapan tenaga, tenaga boleh baharu dan penjanaan tenaga.
Untuk ketahui lebih lanjut: File