FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Peralihan Tampuk Kepimpinan TNB Lancar

15/12/2023

Lembaga Pengarah Tenaga Nasional Berhad (TNB) semalam mengumumkan pelantikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu adalah sejajar dengan pelan penggantian dalaman TNB bagi memastikan proses peralihan tampuk kepimpinan berlaku dengan lancar dan sempurna.

Justeru, TNB merakamkan terima kasih kepada Kerajaan khususnya Kementerian Kewangan DiPerbadankan, atas persetujuan melantik Ketua Pegawai Operasi (COO) TNB, Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan sebagai Presiden dan CEO bagi menggantikan Dato’ Seri Ir. Baharin Din yang akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 29 Februari 2024.

Semalam, TNB dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia mengumumkan pelantikan itu berkuatkuasa mulai 1 Mac 2024.

Sementara itu, TNB turut mengumumkan pelantikan Pengurus Kanan, Ali Munawar Salim sebagai Setiausaha Syarikat mulai 1 Januari 2024, bagi menggantikan Norazni Mohd Isa yang tamat perkhidmatan.




Untuk ketahui lebih lanjut: File