FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

PRU DUN ke-15 di Enam Negeri: TNB Siap Siaga Pastikan Bekalan Stabil 12 Ogos Ini

10/08/2023

Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membuat persiapan bagi memastikan bekalan elektrik di semua 3214 Pusat-Pusat Mengundi dan 180 Pusat-Pusat Penjumlahan Rasmi Undi bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan berada dalam keadaan baik pada hari pengundian Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu, 12 Ogos ini.

Menurut Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian (Chief Distribution Network Officer) TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood, lebih 2,500 orang anggota kerja TNB ditugaskan untuk sentiasa berada dalam tunggu sedia di lapangan dan bilik-bilik gerakan operasi di negeri-negeri terlibat ketika proses pengundian PRU DUN ke-15 ini.

“TNB telah pun melakukan persiapan awal dalam usaha memastikan aspek teknikal, operasi dan tunggu-sedia bekalan elektrik ke lokasi-lokasi tersebut sentiasa terjamin. Kami juga telah menempatkan pasukan-pasukan petugas bagi memantau dan menunggu sedia untuk lokasi-lokasi penting ini,” katanya.




Untuk ketahui lebih lanjut: File