FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN, PLEASE CALL 15454
FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Respons kepada Isu Bil Elektrik: Mekanisme AFA Pastikan Ketelusan dan Perkongsian Kos Yang Adil

15/09/2026

Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil maklum mengenai kebimbangan segelintir pengguna berkenaan bil elektrik, terutamanya berkaitan komponen Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (Automatic Fuel Adjustment – AFA). Kami memahami bebanan kos sara hidup dan ingin menjelaskan bagaimana mekanisme AFA berfungsi dan langkah-langkah yang telah dilaksanakan bagi melindungi pengguna.


AFA diperkenalkan bermula 1 Julai 2025 berikutan penstrukturan tarif elektrik sebagai ganti kepada mekanisme Imbalance Cost Pass-Through (ICPT). Justeru, AFA bukan caj tambahan baharu dan ianya tidak menyalurkan keuntungan terhadap TNB. AFA berfungsi sebagai mekanisme dua hala untuk mengimbangi perubahan kos bahan api dan kadar tukaran wang asing.




Untuk ketahui lebih lanjut: File