Sinaran Merdeka Incentive 2023
09/08/2023
In conjunction with the 66th Malaysian Independence Day celebration this year, TNB is offering a special Sinaran Merdeka Incentive for commercial customers. The two-months incentive for electricity consumption in August and September 2023 is given to encourage commercial customers to light up their buildings and surrounding areas with decorative lighting.
Eligibility requirements:
- Registered customers under commercial tariffs such as skyscrapers, office buildings, commercial complexes, shopping complexes, hotels and petrol stations.
- Customers received electricity supply before 1 August 2022 and at least one actual bill between May to July 2023.
- Sinaran Merdeka 2023 Incentive promotion starts on 1 August 2023 until 15 September 2023. Customers can apply through the myTNB portal at or at the nearest Kedai Tenaga.
Incentive Period and Rates:
- This incentive is offered for a two-months period of electricity consumption from 1 August 2023 to 30 September 2023.
- The incentive rate is 20.8 sen/kWh for any amount of increase in electricity consumption exceeding the average consumption in three months from May, June and July 2023.
- Eligible customers for this Sinaran Merdeka Incentive will enjoy this one-off amount which will be reflected in October 2023 bill, denoted as ‘Carnival Discount’.
For more information on the Sinaran Merdeka incentive, customers can:
- Visit myTNB portal
- Email to [email protected]
- Call TNB CareLine at 1-300-88-5454
-----------
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-66 pada tahun ini, TNB menawarkan Insentif Sinaran Merdeka untuk pelanggan perdagangan. Insentif Sinaran Merdeka telah diberikan sejak tahun 2000 dan ditawarkan bagi tempoh penggunaan elektrik selama dua bulan iaitu dari 1 Ogos 2023 sehingga 30 September 2023 sebagai galakan kepada pelanggan perdagangan menerangi bangunan dan kawasan persekitaran mereka dengan lampu hiasan.
Syarat-Syarat Kelayakan:
- Pelanggan yang berdaftar di bawah tarif perdagangan seperti bangunan pencakar langit, bangunan pejabat, kompleks komersial, kompleks membeli-belah, hotel dan stesen minyak.
- Pelanggan telah mendapat bekalan elektrik sebelum 1 Ogos 2022 dan telah menerima sekurang-kurangnya satu bil sebenar sama ada pada bulan Mei, Jun atau Julai 2023.
- Promosi Insentif Sinaran Merdeka 2023 bermula pada 1 Ogos 2023 sehingga 15 September 2023. Pelanggan boleh memohon secara online melalui portal myTNB atau membuat permohonan di Kedai Tenaga berhampiran.
Tempoh Dan Kadar Insentif
- lnsentif ini ditawarkan bagi tempoh penggunaan elektrik selama dua bulan iaitu dari 1 Ogos 2023 sehingga 30 September 2023.
- Kadar insentif adalah 20.8 sen/kWh bagi jumlah peningkatan penggunaan elektrik yang melebihi purata penggunaan tiga bulan yang terdahulu.
- Purata penggunaan tiga bulan adalah berdasarkan kepada pengggunaan elektrik atau pembilan pada bulan Mei, Jun dan Julai 2023.
- Pelanggan akan menikmati Insentif Sinaran Merdeka ini yang akan dimasukkan ke dalam bil bulan Oktober 2023 secara sekali gus sebagai ‘Diskaun Karnival’.
Untuk maklumat lanjut mengenai Insentif Sinaran Merdeka, pelanggan boleh mendapatkan maklumat melalui:
- Layari Portal myTNB
- E-mel kepada [email protected]
- TNB CareLine di talian 1-300-88-5454