FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

Tawaran Mengikuti Program Pendidikan Pembantu Tadbir / Penyelenggara Stor Kemasukan 2013/2014

18/11/2013

Tenaga Nasional Berhad mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon mengikuti Program Pendidikan Pembantu Tadbir / Penyelenggara Stor. Latihan intensif dalam kelas dan latihan di tempat kerja (on job training) selama enam (6)  bulan akan dijalankan di TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd - ILSAS, Bangi dan di stesen/jabatan TNB yang lain.

Peserta yang terpilih akan diwajibkan menandatangani satu dokumen perjanjian penajaan pengajian TNB. Semasa di TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd - ILSAS, peserta program akan dibayar Elaun Sara Diri sebanyak RM60.00 sebulan manakala makan/minum serta penginapan asrama disediakan. Peserta akan di bayar Elaun Sara Diri sebanyak RM30.00 sehari semasa menjalani latihan di tempat kerja (on job training - OJT) di stesen/jabatan TNB terpilih.

Peserta yang berjaya menamatkan program dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan akan diberi pertimbangan untuk ditawarkan ke jawatan Pembantu Tadbir “B” gred PP07 atau Penyelenggara Stor “B” gred PP07 (RM1,150.00 – RM2,950.00) tertakluk kepada keperluan pengisian jawatan di seluruh TNB.

Syarat-Syarat Kelayakan

a)    Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik

Untuk Sijil Terbuka SPM, lulus sekurang-kurangnya enam (6) matapelajaran termasuk kepujian dalam matapelajaran yang disyaratkan seperti di atas.

b)    Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai Sijil atau Diploma dalam bidang Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Undang-undang dan lain-lain jurusan yang berkaitan dari Institusi-institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan.

c)    Mempunyai tahap kesihatan yang baik dengan BMI (Body Mass Index) tidak melebihi 30.

d)    Berusia tidak melebihi 30 tahun bagi calon lelaki dan tidak melebihi 25 tahun bagi calon perempuan pada tarikh tutup iklan.

e)    Pengalaman kerja di bidang pentadbiran/perkeranian/pengurusan merupakan satu kelebihan.?

Cara-Cara Memohon

Calon-calon yang berminat adalah dikehendaki membuat permohonan secara ‘on-line’. Sila layari laman web seperti di bawah:

?    http://emadis.tnb.com.my  atau

?    https://emadis.hq.tnb.com.my/emadis/  atau

?    >Careers>>eMadis”>www.tnb.com.my>>Careers>>eMadis

Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui ‘link’ di atas, serta permohonan secara manual (borang) tidak akan dilayan.

Tarikh tutup Permohonan ialah 27 November 2013