FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

TNB Fokus Rangkul Treble TNB-MHL 2024

28/02/2024

Pengurusan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan hoki TNB di atas prestasi yang cemerlang dalam misi menjulang kejuaraan Piala Liga TNB-MHL 2024, di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.

Ketua Pegawai TNB Global Business Solutions (TGBS), Datuk Ahmad Hushairi Ibrahim berkata, kejayaan merangkul Piala Liga TNB-MHL 2024 telah mengakhiri penantian selama 21 tahun yang mana kali terakhir TNB memenanginya pada 2003.

“Ia adalah trofi kedua dimenangi TNB bagi musim ini, selepas merangkul Piala Sumbangsih pada 7 Februari. Syabas kepada ketua jurulatih, Nor Saiful Zaini Nasiruddin yang membimbing pasukan hoki TNB dan telah mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang aksi kejohanan liga.

“Bagi pihak pengurusan TNB, saya berharap agar barisan pemain dapat mengekalkan prestasi yang cemerlang dan memberi tumpuan sepenuhnya pada perlawanan yang bakal diharungi bagi menjuarai Piala TNB sekaligus mencapai aspirasi memenangi piala tiga berganda (treble) buat kali pertamanya,” katanya.




Untuk ketahui lebih lanjut: File