TNB Kukuhkan Sistem Bekalan di Pantai Timur Menjelang Aidiladha
13/06/2024
Permintaan penggunaan tenaga elektrik di negeri-negeri di Pantai Timur, khususnya Kelantan dijangka meningkat sempena sambutan Aidiladha pada pertengahan bulan ini dengan ramai perantau merancang pulang berhari raya seperti mana perayaan Aidilfitri, April lalu.
Rekod Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagaimanapun menunjukkan bahawa gangguan voltan rendah melibatkan pelanggan domestik di negeri Cik Siti Wan Kembang itu pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini, menurun sebanyak 67% sekalipun permintaan tertinggi meningkat sebanyak 27MW kepada 570MW dalam tempoh berkenaan.
Prestasi lebih baik ini berdasarkan gangguan voltan rendah di negeri itu menurun daripada 1,966 dalam tempoh 12 hari mulai enam hari sebelum Aidilfitri tahun lalu kepada 657 dalam tempoh sama tahun ini. Gangguan ini adalah disebabkan permintaan bermusim meningkat dan membebankan sistem bekalan sedia ada sehingga memberi kesan kepada pepasangan TNB seperti talian atas bertebat, fius serta komponen peralatan yang lain.
Untuk ketahui lebih lanjut: File