FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN, PLEASE CALL 15454
FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

TNB Lancar BESS Santong 100MW/400MWh, BESS Pertama Disambungkan Kepada Grid Di Malaysia

18/05/2026

Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini melakar satu lagi pencapaian penting dalam usaha peralihan tenaga negara melalui pengoperasian Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (Battery Energy Storage System, BESS) Santong berkapasiti 100 megawatt (MW) / 400 megawatt-jam (MWh) di Pencawang Masuk Utama (PMU) 132/33kV Santong BESS, Dungun, Terengganu, yang merupakan sistem BESS pertama di Malaysia disambungkan kepada grid.

Kemudahan ini merupakan antara inisiatif strategik TNB untuk memperkukuh keupayaan sistem grid nasional, khususnya dari segi penyimpanan dan pelepasan tenaga secara terkawal bagi meningkatkan kestabilan serta kebolehpercayaan bekalan elektrik, selaras dengan aspirasi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Majlis perasmian projek strategik ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Amar Fadillah Yusof.




Untuk ketahui lebih lanjut: File