FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN, PLEASE CALL 15454
FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

TNB & MHC Perkukuh Kerjasama Strategik Demi Masa Depan Hoki Negara

12/05/2026

Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus memperkukuh komitmennya terhadap pembangunan sukan negara dengan memeterai kontrak penajaan baharu bersama Malaysia Hockey Confederation (MHC) bagi tempoh 2026 hingga 2030. Majlis menandangani kontrak penajaan berkenaan berlangsung di Leo Moggie Convention Centre (LMCC), Bangsar.

Kerjasama strategik yang terjalin sejak tahun 2006 itu mencerminkan komitmen jangka panjang TNB dalam memperkukuh pembangunan hoki negara secara menyeluruh dan mampan — daripada pembangunan akar umbi sehinggalah ke pentas antarabangsa.

Majlis berkenaan turut disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari, bersama kepimpinan TNB, MHC, Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).




Untuk ketahui lebih lanjut: File