FOR POWER OUTAGE OR BREAKDOWN,
PLEASE CALL 15454

TNB Siap Siaga, Sedia Gerakkan Aset Strategik Sebagai Langkah Persediaan Hadapi Musim Tengkujuh

17/11/2023

Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah bersedia menggerakkan aset-aset strategik dan mobiliti warga kerjanya bagi menangani musim tengkujuh yang dijangkakan bermula pada 11 November hingga Mac tahun depan, kata Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagiannya (Chief Distribution Network Officer), Wan Nazmy Wan Mahmood.

Menurutnya, bagi persediaan awal menghadapi musim monsun timur laut kali ini, TNB telah menyediakan 247 set janakuasa mudah alih (portable genset), 279 unit lori, 38 buah bot, 296 set janakuasa bergerak (mobile genset) dan 885 unit kenderaan pacuan empat roda.

Di samping itu, warga kerja teknikal TNB yang terlibat dengan tugas-tugas penghentian sementara dan penyambungan serta pemulihan bekalan akan diberikan dengan 108 unit lampu limpah (flood lights) serta 10 unit telefon satelit.




Untuk ketahui lebih lanjut: File